Ibu bapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara ibu bapa perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air. Ia boleh berlaku sekelip mata dan pastinya buatkan kita rasa menyesal seumur hidup. Betul ajal maut ketentuan ilahi, tapi langkah pencegahan itu tetap perlu.
Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai hal ini.
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Ads
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Ads
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cabaran mendidik anak-anak bukan mudah, kerana pelbagai faktor sekeliling boleh mempengaruhinya. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Allah kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih mudah percaya dengan apa yang mereka lihat dan dengar sehingga menjadi ikutan.
Lagi satu, ibu bapa tak boleh meletakkan 100 peratus kepercayaan pada anak. Sekurang-kurangnya mesti ada juga sedikit rasa ‘sangsi’ sebagai langkah berhati-hati. Mungkin kita rasa di rumah anak sangat baik, tetapi dengan orang lain kita tak tahu kan?
Seperti perkongsian bekas guru tadika, Norainsyah Abdul Halim, situasi anak-anak seperti ini ramai ibu bapa tak percaya walaupun hakikatnya betul.
Ramai lagi ke orang percaya yang budak-budak tak pandai menipu? Sebagai seorang bekas cikgu tadika, saya boleh katakan budak-budak sebenarnya lagi banyak akal dari kita.
Ikut pengalaman saya dulu, ada kes budak umur 5 tahun bagitau mak ayah dia, cikgu sekian-sekian cubit dia sampai berdarah. Mak ayah datang sekolah, mengadu kat principal.
Bila saya siasat, rupanya dia main cubit-cubit dengan kawan.
Ada tu, memang bijak budaknya. Umur 6 tahun, good looking, sangat petah dan famous di sekolah. Buat perangai banyak, suka buli kawan. Bila cikgu tegur, dia balik mengadu kata cikgu marah dia.
Mak dia? Mak dia pun marah-marah dan salahkan cikgu. Yang dia pukul kawan, ejek kawan, lawan cakap cikgu tu, dia tak cerita.
Ada mak yang datang serang budak 4 tahun di sekolah sebab percaya cerita anak. Konon kawan pukul dia. Sebenarnya dedua sama naik bila bermain.
Gitulah kisah budak-budak. Dari kecil lagi, ada yang dah pandai reka cerita, tokok tambah. Kadang belajar dari rumah, kadang belajar dari kawan.
Dengar tu boleh, tapi siasat dulu. Kalau tak, buruk padahnya. Kesan perbuatan kita terlalu menangkan anak-anak ni, mungkin tak nampak sekarang. Tapi tengoklah bila dah besar sikit.
Better safe than sorry. Sungguh.
Semoga ibu bapa diberi kesabaran dalam mendidik anak terutama dengan keadaan hari ini yang sungguh mencabar. Ingatlah didikan melalui teladan yang baik, akan melahirkan anak-anak yang hebat dan berakhlak!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bergelar ibu, ada waktunya fokus untuk kecantikan diri terutamanya kami sering kita abaikan. Masalah kulit kaki merekah menjadi sebahagian masalah ibu yang selalu kita abaikan.
Bukan tidak pandai menjaga diri tetapi banyak faktor lain yang menyebabkan bahagian tumit kaki ini sering kering dan pecah. Apatah lagi jika selalu pijak lantai, tumit makin teruk dan rekahan makin dalam.
Ditambah pula dengan kesan kehitam-hitaman yang mengganggu penampilan kita. Apa nak buat?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Siti Norshafika Amran untuk mengatasi masalah tumit merekah ini mama kena cuba. Tak perlukan masa yang lama, kaki kembali bersinar dalam masa lima minit sahaja. Wow!
“Jangan pandang rendah tumit merekah. Tumit pun ada nak kena lawa dan flawless juga,” katanya.
Bahan-bahan:
Limau nipis atau lemon
Garam
Berus gigi
1. Celupkan limau ke dalam garam.
2. Sapu limau dengan sedikit tekanan pada tumit yang kasar dan hitam.
3. Gosok perlahan hingga tumit menjadi licin kembali.
4. Anda boleh menggunakan berus gigi selepas limau habis digunakan.
Lihatlah hasilnya, memang cantik!
Punca Kulit Mereka Sebab Kurang Air
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, punca utama masalah kulit kaki merekah biasanya disebabkan oleh kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Mak ayah mana yang tidak merasa bangga bila mana anak ‘cepat tangkap’ dan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan mudah. Penguasaan Bahasa Inggeris misalnya amat-amat diperlukan anak kita malah baik untuk anak-anak kita membesar selain bahasa-bahasa lain.
Bagaimana nak mahirkan anak dengan Bahasa Inggeris? Ini yang dikongsikan Pn Hanis Athirah Rusli. Biar anak tahu dan faham terlebih dahulu dan kemudian anak akan menguasainya dengan baik. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.
Tips Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris
Hari ni terdetik nak kongsikan pengalaman kecil cara mengajar anak membaca Bahasa Inggeris memandangkan ada beberapa ibu yang bertanya. Sebenarnya saya pun tak pandai juga, sekadar cuba yang termampu, dan bila nampak keberkesanannya dan ada cebisan ilmu yang saya belajar rasa tak salah nak berkongsi kan?
Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca Bahasa Inggeris, anak-anak perlu
✅Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf
✅Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik
✅Dilatih anak untuk ‘blend and segmentise’ perkataan
✅Dibiasakan anak dengan kata kunci ( sight words)
✅Digalakkan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah
✅Mempunyai kesedaran cetakan (Print Awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama
Faktor ini berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi. Dan faktor lain seperti kesediaan anak membaca juga memainkan peranan penting supaya anak lebih fokus untuk membaca.
Jadi, untuk anak menguasai 6 faktor yang saya ceritakan diatas, saya biasakan lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai Bahasa Inggeris.
1️. Biasakan anak dengan buku
Sebelum ajar anak membaca, biasakan lakukan aktiviti bacaan inggeris bersama anak seperti Read Aloud atau Bedtime Story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul.
Sebagai contoh set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman serta mempunyai perkataan baru diperkenalkan secara beransur-ansur.
2️. Aktiviti membaca menyeronokkan
Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain. Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.
3️. Gunakan buku belajar membaca yang berkesan
Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca. Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal. Buku I Can Read ni ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris.
Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca. Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.
4️. Gunakan teknik nyanyian untuk mantapkan lagi pemahaman anak-anak
Anak-anak ini biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyikan bersama lagu tersebut.
Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu kepada membaca dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. InsyaAllah lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik.
5️. Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan menulis pengukuhan dan pengayaan
Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka. Buku latihan yang digunakan perlulah buku yang lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahiran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.
Buku yang kami gunakan juga Buku I Can Write terdapat dalam pakej I Can Read ini. Setiap buku teks mengandungi 2 buku latihan, jadi kebiasaannya selepas aktiviti membaca anak-anak gunakan buku ini untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insyaAllah dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.
6️. Gunakan educational game untuk hiburan yang bermanfaat.
Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian tapi dalam bentuk Pendidikan untuk berikan anak keseronokkan sambil belajar.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf mana yang kurang sebab dulu masa belajar pun fokus untuk belajar mendidik anak sekolah rendah, bila anak sendiri kita gali ilmu dan insyaAllah kita sama-sama belajar ya.
All the best!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!