Ibu bapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara ibu bapa perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air. Ia boleh berlaku sekelip mata dan pastinya buatkan kita rasa menyesal seumur hidup. Betul ajal maut ketentuan ilahi, tapi langkah pencegahan itu tetap perlu.
Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai hal ini.
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
ARTIKEL MENARIK [Lepas Bersalin, Ibu Kena Jaga Diri. Nak Cepat Sembuh Selepas C-Sec, Dr Maiza Kongsikan Tip!]
LAGI YANG MENARIK [Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!]
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)