Air biji kembang semangkuk penawar untuk anak demam, batuk berkahak selain makan ubat. Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah biji kembang semangkuk.
Air Biji Kembang Semangkuk Penawar Untuk Anak Demam, Batuk Berkahak Selain Makan Ubat
Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk. Biji kembang semangkuk (malva nut/Taiwan sweet gum) berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
1. Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2. Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3. Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih baik.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
Ads
ELAKKAN MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, jajan, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Ads
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Ada juga yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, memohon orang ramai supaya mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anak keduanya pada pertengahan bulan ini berjalan lancar.
Katanya, Adam Musa yang baru berusia setahun enam bulan menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
“Saya harap sepanjang dua minggu ini sama-sama mendoakan anak saya, Adam Musa Khairul Azhar yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pertama.
“Semoga Adam Musa segera pulih selepas pembedahan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan diberkati dengan kehidupan yang sihat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan IJN, doktor dan kakitangan di atas kelancaran urusan dan layanan sejak anaknya menerima rawatan di situ.
“Terima kasih kerana segala proses kemasukan Adam Musa ke wad berjalan lancar, malah semua kakitangan memberikan layanan yang baik.
“Dia asyik menangis sejak pagi, tetapi gembira selepas dapat menikmati buah beri biru dan tauhu dengan nasi.
“Saya sangat gementar, namun berharap anda semua dapat mendoakan Adam supaya cepat pulih,” tambahnya.
Terdahulu, bayi lelaki yang dilahirkan pada Disember 2017 itu pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.
Selain Adam, Hunny yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai seorang anak perempuan, Eva Medina, yang kini berusia tujuh tahun.
Daun sirih dan vicks, penawar mujarab rawat anak batuk, selesema. Bila anak-anak tidak sihat, golongan ibulah yang paling susah hati. Sudah tentu pelbagai petua dan ubat diambil untuk pastikan anak sihat seperti sedia kala.
Daun Sirih & Vicks, Penawar Mujarab Rawat Anak Batuk, Selesema
Tak kurang juga kalau jenis anak yang susah nak makan ubat, makin lambatlah sembuhnya. Bimbang ia boleh memudaratkan lagi kesihatan anak-anak. Jadi, ada cara untuk kurangkan anak batuk dan selesema.
Antara perkongsian oleh Sue Manja untuk rawat anak batuk dan selesema dengan hanya guna daun sirih dan vicks, boleh cuba!
Ubat Mujarab Batuk Dan Selesema
Dalam perkongsian ini juga adalah untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah lelah. Mak-mak boleh cuba untuk anak yang ada batuk dan selesema.
Caranya:
1. Ambil sehelai daun sirih dan layurkan dengan api.
2. Selepas itu, ambil vick dan sapukan pada permukaan daun sirih tadi.
3. Kemudian, letak di hadapan dada dan belakang dada. Buat setiap kali mereka nak tidur. Pasti lena sampai pagi.
Pemakaian bengkung dilihat sudah cukup sinonim bagi wanita berpantang dengan alasan untuk kempiskan perut dan kembali langsing macam dulu.
Walhal apa yang lebih penting lagi pemakaian bengkung ini adalah untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak. Apa yang anda perlu tahu mengenai pemakaian bengkung ini?
Apa sebenarnya bengkung bersalin?
Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti:
#Belly wrap
Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut.
#Abdominal compression binder
Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen.
Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.
Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya.
#Waist trainers/cinchers
Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul.
Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam.
Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat.
#Korset
Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik.
Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia?
Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti:
Bengkung tradisional bertali
Bengkung lilitan jawa
Bengkung tali zig zag
Bengkung bertali/barut
Bengkung sarung moden – tube
Bengkung moden – velcro
Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak.
Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan.
Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya.
Manfaat pemakaian bengkung bersalin
Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.
Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya.
Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah.
Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh.
Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan C-Sec.
Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat.
Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan?
Bengkung bantu kurangkan berat badan?
Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.
Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan.
Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.
Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan.
Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.