“Air Dalam Badan Kering, Paru-Paru Kecut” Bayi 2 Tahun Meninggal Dunia, Mangsa Strok Haba!

Share

Selain kanak-kanak berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat strok haba semalam, seorang bayi yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan turut menjadi mangsa peralihan monsun ini.

Bayi kecil yang berasal dari Kampung Kota, Kelantan itu disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu selepas mengalami strok haba.

Menurut laporan Astro Awani, bapanya iaitu Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir mendedahkan anak tunggalnya, Nur Imani mengalami batuk sejak seminggu dan muntah-muntah selepas beberapa hari.

Malah menurut perkongsian bapanya, anak tunggalnya itu mengalami dehidrasi malah paru-parunya juga sudah mengecut.

Menurut Ahmad Faris lagi, mereka terlebih dahulu mendapatkan rawatan di hospital kerana anak kecilnya itu sudah mula kritikal pada Isnin lalu namun dibenarkan pulang oleh doktor yang bertugas.

“Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” katanya.

“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.

“Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.

“Doktor bagi balik, saya pun tak tahu. Memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah,” katanya berkongsi kisah sedih itu.

Pun begitu kata Ahmad Faris, keadaan anaknya didapati semakin teruk dan menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 7.20 pagi Selasa.

Turut terkorban dan menjadi mangsa strok haba sebelum ini adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Sumber: Astro Awani

Published by
SRM