Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
Air barli boleh merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Menyejukkan badan, air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung Dengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Jom ikuti resepi air barli yang dikongi:
Ads
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
Ads
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Ads
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Mastura Rashid
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Sebagai ibu bapa anda pastinya menitik beratkan tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Setiap apa yang berlaku kepada anak menjadi satu detik penting untuk diambil kira. Salah satunya adalah corak pemakanan anak-anak.
Kadang bila si kecil kurang makan, sudah semestinya ibu menjadi risau bimbang tak cukup keperluan nutrisi untuk tumbesaran mereka. Tak kurang juga risaunya bila anak terlebih berat badan atau dengan kata lainnya obes.
Sebagai ibu ayah anda tentu mahukan anak-anak membesar dengan sihat, jadi apakah anak-anak yang mengalami masalah obes ini perlu di dietkan supaya berat badan mereka tidak mengganggu kesihatan mereka?
terpanggil untuk menjawab persoalan tersebut, Nutritionist Pn NurrusSaadah Md Ghazali menjelaskan apa yang perlu ibu ayah buat jika mempunyai anak yang obes berusia bawah 3 tahun.
Ramai bertanya bagaimana pula untuk anak kecil umur bawah 3 tahun tetapi obes. Graf pertumbuhan berada di +3sd (merah).
Anak-anak obes nak diet macam mana? Kena buat diet macam org dewasa ke? IF ke? atkins ke? dan mcm2 lg la diet popular?
Kena sekat anak makan ke?
JANGAN “DIET” KAN ANAK ANDA WALAUPUN DIA OBES!
Konsep pemberian makanan untuk kanak-kanak kecil (bawah 5tahun) masih sama
1. Kuantiti (Porsi) makanan mengikut umur
2. Kekerapan pengambilan makanan
3. Kepelbagaian pengambilan makanan.
Tambahan, kawal pengambilan susu anak sehari. Kebanyakannya minum susu berlebihan.
Sebagai contoh anak minum susu formula 12oz setiap 2 jam. Terlalu banyak
Berapa banyak pengambilan susu?
200ml 3-4 kali sehari.
Apa?
Yess. Bila anak dah boleh mula makan mulai umur 6 bulan, susu bukan lagi makanan utama untuk anak anda.
TIP
1. Pastikan kuantiti (porsi) makanan anak mengikut umur anak. Kuantiti makanan anak TIDAK SAMA dengan kuantiti orang dewasa/ remaja. Anak makan nasi 3 senduk, too much! Kurangkan mengikut umur anak
2. Kekerapan pengambilan makanan. Ya, anak mesti kerap makan jangan skip waktu makan anak. Breakfast awal, WAJIB!
3. Pelbagaikan makanan anak dalam sehari. Pelbagaikan lauk anak. Pelbagaikan sayur anak. Pelbagaikan buah. Pelbagaikan kaedah masakan. Banyak kes yg saya jumpa breakfast nasi putih + sup ayam. Lunch nasi putih sup ayam. Dinner nasi putih sup ayam.
Jangan begini XXX
Sebagai tambahan, TIDAK kepada makanan/ minuman manis atau mengandungi gula tambahan, elak memberi makanan ringan seperti jajan, nuget, sosej. Makanan ini mempunyai kepadaran tenaga yang tinggi namun tiada zat.
Tambahan lagi, parents perlu rajin, sabar serta konsisten dalam menyediakan serta memberi makanan kepada anak. Makan bersama keluarga, tunjuk contoh yang baik semasa makan. Percaya kepada anak 100 %
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak-anak makan. Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak-anak. Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka.
Bila anak dah boleh makan, itulah masanya untuk ibu-ibu terokai pelbagai makanan untuk diberikan kepada si kecil yang baru belajar makan. Dalam satu perkongsian oleh pakar pemakanan Fizah Sobri menerangkan bila masanya yang sesuai untuk ubah tekstur makanan anak supaya risiko tersedak atau tercekik dapat dikurangkan.
JANGAN TUNGGU GIGI TUMBUH BARU NAK UBAH TEKSTUR MAKANAN.
Kes cekik, kes tersedak ada terjadi dan ini akan menjadi sumber ketakutan dan kerisauan kepada mommies dan daddies untuk ubah tekstur makanan anak terutamanya yang antara 6-12bulan.
Tapi jangan tunggu ada gigi baru nak ubah tekstur.
Sebab 1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak. Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu? 2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis.. Gusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur. 3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah
6-7 BULAN PURI, CAIR, KISAR HALUS
– baby belajar merasa makanan dan telan – sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan – transition dari susu ke makanan pelengkap – jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup – tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
7-8 BULAN : LENYEK, KISAR KASAR
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut – lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’ – sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan – transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan – kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 BULAN : CINCANG KASAR
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan – melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah – makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan – kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan – dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 BULAN : POTONGAN KECIL/KIUB LEMBUT – bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut – anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi – kuantiti 5 – 7 sudu besar – memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 BULAN KE ATAS – Sama seperti makanan dewasa – anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri – jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita – sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun. Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku. Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri Seterusnya 3x lenyek
Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah😉
Lemahlah serapan. Lemahlah sel sel otak yang sedang ligat tumbuh. Sepatutnya otak geliga. Kasihankan?
Bagaimana cara mahu atasi?
Haramkan kesemua di atas dari berada di rumah atau di tangan anak-anak. Masa depan mereka di tangan anda. Act now before its too late.
Sosej, Nugget, Jajan Punca Anak Seawal 6 Tahun Dapat Darah Tinggi, Obesiti & Hipertensi. Hati-Hati
Bagi mereka yang mempunyai anak, sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah. Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak-kanak di seluruh dunia. Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripadanya. Ingin tahu apakah perkara tersebut? Baca pendedahan oleh Hello Doktor di bawah ini.
Darah tinggi pada usia 6 tahun
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Oxford mendapati, terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda bagi kadar kanak-kanak yang mempunyai tekanan darah tinggi berbanding jumlah pada tahun 2000. Jika pada tahun 2000, hanya 3 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai tekanan darah tinggi, angka tersebut telah meningkat kepada 6 peratus pada tahun 2015. Untuk pengetahuan anda, hanya 1 peratus kes ini direkodkan pada tahun 1990-an. Ini bermakna peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kanak-kanak adalah sangat konsisten tahun demi tahun.
Kajian ini telah mengumpulkan data antara tahun 1994 hinggalah tahun 2018 yang melibatkan 47 kajian. Paling mengejutkan, tekanan darah tinggi ini telah dikesan dalam kanak-kanak yang berumur seawal enam tahun.
Obesiti dan hipertensi
Hasil kajian ini ditemukan ketika mana sedang berlakunya krisis obesiti kanak-kanak global akibat pemakanan yang tidak sihat. Perkara ini sememangnya bukan satu perkara yang pelik, kerana terdapat perkaitan yang kuat antara berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Pada kebiasaannya, hipertensi tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh membawa kepada kejadian strok dan serangan jantung. Ini kerana salur darah, jantung dan organ-organ lain mempunyai beban yang bertambah.
Hipertensi bukan lagi penyakit orang tua
Hipertensi atau tekanan darah tinggi tidak lagi dianggap sebagai penyakit orang tua. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa, melalui pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat, tekanan darah tinggi ini boleh menjelma seawal usia kanak-kanak.
Antara faktor yang menyebabkan hal ini terjadi adalah, pendedahan terhadap pemakanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan gula, iklan makanan yang mengelirukan serta promosi-promosi makanan ringan yang menarik minat kanak-kanak. Ini telah menjadikan tekanan darah tinggi kanak-kanak sebagai salah satu cabaran kesihatan awam yang perlu ditangani segera di peringkat global sebelum ia membarah.
Nasihati anak-anak anda agar tidak membeli sebarang makanan ringan atau ‘jajan’ yang dijual di kantin sekolah atau penjaja yang berjualan di hadapan sekolah. Mungkin kali ini anda perlu bertindak tegas agar anak anda tidak menjadi salah seorang mangsa tekanan darah tinggi. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh melarang sebarang penjualan makanan ringan di kantin dan koperasi sekolah selain menghalang penjaja daripada berniaga makanan yang tidak sihat di hadapan sekolah. Ingatlah untuk mencegahnya sebelum parah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.