Kehamilan

Air Ketuban Makin Kurang Bahaya Pada Janin, Segera Bertindak!

Share

Air ketuban merupakan salah satu elemen kehamilan yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak di dalam kandungan. Pun begitu ada waktunya kita tak sedar air ketuban makin berkurang. Hal ini teramatlah bahaya.

Oleh sebab itulah apabila usia kandungan anda meningkat, doktor akan memeriksa isipadu air ketuban di dalam kandungan.

Kiraan yang lebih tepat boleh diperolehi melalui pemeriksaan perut menggunakan alat ultra bunyi.

Jika jumlah air ketuban di dalam perut ibu terlalu banyak atau sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang dialami oleh ibu atau anak.

Memang tidak dinafikan, nilai isipadu air ketuban hanya menarik perhatian pegawai perubatan yang memeriksa.

Kebanyakan ibu hamil tidak tahu akan kepentingan air ketuban dalam menyokong perkembangan anak di dalam perut.

Antaranya adalah:

-Membolehkan janin untuk bergerak di dalam perut.
-Memastikan suhu badan janin terkawal.
-Menghindarkan sebarang jangkitan.
-Membantu perkembangan organ anak seperti sistem gastrousus.
-Melindungi bayi daripada ancaman fizikal luar (bertindak sebagai penyerap kejutan).
-Memastikan tali pusat tidak tersepit di antara bayi dan dinding rahim.

Jarang ada ibu yang bertanya perihal air ketuban kepada doktor semasa temu janji mereka.

Malah, ada yang tidak tahu bahawa jumlah air ketuban di dalam perut boleh mempengaruhi tahap kesihatan bayi.

Dari sudut fisiologi kehamilan, air ketuban merupakan salah satu elemen awal yang terbentuk bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk janin membesar.

Ia mula tercipta pada sekitar hari ke-12 selepas persenyawaan berlaku. Pada awalnya, air ketuban berasal daripada air dalam tubuh ibu.

Namun, apabila sistem perkumuhan janin sudah mula berfungsi, ia menjadi campuran dengan air kencing janin.

Melalui air ketuban, janin belajar cara untuk bernafas, menelan dan kencing. Disebabkan itulah air ketuban begitu penting untuk perkembangan janin dalam kandungan.

Risiko air ketuban kurang
Kekurangan cecair amniotic boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada anak anda.

Oleh itu anda perlu ketahui langkah-langkah untuk menambah air ketuban seperti yang disyorkan oleh doctor.

* Suntikan cecair amniotic
* Kerap minum air kosong
* Elak minum minuman beralkohol
* Lakukan senaman ringan

Air ketuban kurang atau dipanggil oligohydramnios boleh menyebabkan kesan yang serius dan bahaya terhadap janin anda. Bertindak segera!

Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Kredit: Hello Doktor

Published by
SRM