Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.
“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.
Ads
Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.
“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.
Ads
“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
Ads
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Kita baru sahaja menerima berita yang mengejutkan ramai pihak apabila pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh sudah berpisah talak satu semalam di Mahkamah Syariah Daerah Gombak semalam.
Rata-rata sedih mendengar keputusan tersebut, malah ramai yang memuji sikap pasangan ini yang tidak menceritakan tentang masalah rumahtangga kepada umum walaupun mereka selebriti kesayangan ramai.
Ini antara sikap Mizz Nina sebagai isteri dan ibu yang boleh dicontohi ramai. Perwatakanya yang lemah lembut, tutur kata yang baik pasti membuatkan ramai yang senang denganya. Ikuti perkongsian daripada Puan Suryani Yaakob ini.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka.
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Kami mendoakan agar Mizz Nina, Noh Salleh dan baby Musa sentiasa dalam rahmat-Nya.
Menjadi budaya kanak-kanak apabila hari raya pastinya aktiviti kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah menjadi perkara yang wajib dilakukan! Disebakan itulah masyarakat kita sudah terbiasa menerima tetamu kecil yang datang beraya.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada wanita ini setelah menerima kunjungan dari sekumpulan kanak-kanak yang ingin beraya.
Menurut perkongsian yang tular di Facebook, Puan Norfatin hanya berkongsi cerita yang baru sahaja berlaku kepadanya dan memohon orang ramai agar berwasapada jika kumpulan kanak-kanak yang sama datang beraya. Risau ada yang terkena sepertinya.
“Kejadian yang berlaku di rumah saya..Jadi saya nak pesan la kot ada budak-budak tu datang beraya mohon berjaga-jaga la..”
“Petang tadi (semalam) rumah saya ada sekumpulan budak-budak (9 org) semua pakai baju merah sedondon, berkulit gelap datang nak beraya, sebab nampak budak-budak kan jadi kami bagi jelah diorg masuk kebetulan ade kakak saya sekali datang masa tu”
Dalam pada kami sibuk dok hidang-hidang air budak-budak tu sempat menyelongkar beg tangan orang, mula-mula kami tak perasan dah budak-budak tu balik, tengok sampul-sampul duit raya dah hilang.. kami jumpa sampul-sampul tu dalam bilik air, tapi dah kosong baru teringt budak-budak tu guna bilik air tadi”
“Masa budak2-budak tu beraya macam-macam soalan diaorg tanya, dalam rumah ada siapa? bilik berapa? macam-macam la.. kami pun tanya ramai-ramai dari mana, katanya bandar mahkota (brookland), ikotkan jauh jgk la dr Bukit Changgang ni katanya datang naik kereta mak sedara hantar tapi mak sedara tak masuk cuma tunggu dalam kereta”
“Bila pikir balik buat apa sanggup datang susah-susah dari jauh tak ada sedara mara pun kat sini, tapi datang hantar budak-budak tu beraya.. kami semua jadi tanya tanya sakarang ni, & dalam keadaan risau jugak.. sebab budak-budak tu tanya macam-macam detail kita malam ni tido kene jaga-jaga la jawabnya..”
Tak tahu apa yang terlintas di fikiran suami ini saat memukul dan bertindak kejam pada isterinya. Rakaman video yang tular semalam itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kejadian yang dirakam oleh seorang individu sebelum memuat naik di media sosial itu telah memudahkan pihak polis untuk buat siasatan lanjut setelah laporan polis dibuat.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan adalah bekas suami penyanyi dangdut popular yang bertindak kejam apabila membelasah wanita dipercayai isteri baharunya.
Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.
Mangsa mengalami trauma
Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.
“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.
“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.
“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.