Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.
“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.
Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.
“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.
“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!