Air Ketuban Terlebih, Berat Naik Mendadak Dan Kena Minum Air Gula Sekali Lagi. Bayi Tasha Manshahar Berkemungkinan Berat 4kg Ketika Lahir Nanti!

Share

Baru-baru ini, Tasha Manshahar berkongsi tentang pengalamannya membuat ujian imbasan terperinci. Dia dan suaminya mengikut saranan doktor untuk membuat ujian ini dan kemudiannya Tasha dirujuk kepada pakar.

Cerita Tasha, kandungannya baik sahaja tetapi doktor mendapati air ketubannya agak banyak. Terlebih sedikit dari paras normal. Ini salah satu faktor mengapa perutnya Nampak besar dan berat badannya juga naik banyak. Ada beberapa sebab mengapa air ketuban terlebih, tetapi Tasha diminta untuk buat follow up untuk kenal pasti mengapa ia boleh terjadi kepadanya.

Isteri kepada penyampai radio Zayan FM, Raqib Majid, ini turut memberitahu yang bayinya sihat tetapi dalam kategori bersaiz besar. Ketika pertemuan mereka dengan doktor, Tasha diberitahu yang saiz dan berat bayi Tasha perlu dipantau kerana risau apabila masuk usia kehamilan 40 minggu, berkemungkinan bayinya mencecah berat 4kg ke atas.

Tasha juga dinasihatkan untuk tidak menunggu kandungannya mencecah usia 40 minggu, mungkin perlu diindius untuk cuba melahirkan secara normal. Kata doktor lagi, ini mungkin terjadi kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah, jadi bayi pun membesar sama.

Mengakhiri perkongisiannya itu, Tasha memberitahu yang dia perlu minum air gula lagi. Ada masanya ibu kena kencing manis apabila kandungan sudah besar. Tasha juga sempat memohon agar didoakan agar kesihatan dia dan bayinya baik sahaja. Kata doktor, ada juga sesetngah kes ibu naik berat badan, air ketubannya banyak dan bayi pun besar tetapi semuanya normal. Pun begitu kata Tasha lagi, dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

Admin doakan agar Tasha dan bayinya sihat dan tiada sebarang masalah. Jaga diri baik-baik ya, Tasha!

Published by
Emy H