Dah jadi lumrah anak-anak, patang nampak kolam renang punyalah seronok. Memang teruja nak mandi kolam! Tak ada masalah untuk benarkan anak-anak mandi kolam, cuma perlu pentingkan aspek keselamatan. Jangan biarkan anak mandi tanpa pengawasan orang dewasa.
Nak seronok tu boleh tapi kena utamakan keselamatan di kolam renang juga. Takut terjadi kemalangan yang tak diingini. Selain risau anak lemas, ada juga beberapa perkara lain yang perlu mama papa titikberatkan. kadang-kadang bila mandi kolam, anak mungkin berisiko untuk mengalami cirit-birit.
Risau betul bila jumpa anak-anak kecil jatuh sakit lepas mandi kolam! Musim orang semua tengah bercuti ni lagilah banyak kes macam tu.
Kadang tu ada mak ayah yang datang beritahu anak dah beberapa hari demam panas tak kebah kebah. Lembik lesu tubuh kecil budak tu.
Ads
ANAK MUNTAH, CIRIT-BIRIT & TAK LALU MAKAN LEPAS MANDI KOLAM
Ada yang terbatuk-batuk, cirit birit, sakit perut memanjang sampaikan hilang selera nak makan lepas mandi kolam. Ni semua sebenarnya boleh jadi akibat Recreational Water Illness (RWI).
Sebab tu kena berjaga jaga sikit bila pergi ke kolam mandi ni. Lagi pulak bila dah ramai sangat masuk mandi kat situ. Tak mustahil najis dan air kencing bercampur sekali kat situ. Memang beranak pinak lah kuman kat dalam tu.
BANYAK KUMAN DALAM AIR KOLAM
Ada banyak jenis kuman dalam air kolam tu.
Ada E. Coli (yang jadi punca cirit-birit), Legionella (punca jangkitan pada salur pernafasan) dan macam macam jenis lagi. Chemicals dalam pools pun boleh efek mata dan kulit.
Ads
MATA MERAH-MERAH & RASA PEDIH
Benda ni kalau termasuk ke mata, akhirnya mata jadi pedih dan merah menyala.
Kalau terminum air kolam tu hingga masuk ke saluran penghadaman, tak pasal pasal si kecil terkena cirit-birit.
Bila air kolam bersentuh dengan tubuh anak kita lebih lebih lagi mana yang ada luka luka pada badan, terus kuman tu masuk melalui pembuluh darah.
Jadi nak elakkan penyakit ni semua, tolong sama sama amalkan 3 panduan penting ni:
1️. Sebelum nak masuk mandi atau lepas keluar je dari kolam mandi tu, make sure bilas badan si kecil dengan air bersih.
Ads
2. Jangan bagi anak mandi kolam kalau dia tengah cirit-birit. Mana yang masih pakai pampers, tukarkan selalu pampers dan bersihkan elok elok. Yang dah pandai ke tandas, ajaklah dia ke tandas bila nak buang air.
3️. Pesan pada anak, jangan telan air kolam tu. Ingatkan berulang-ulang kali pun tak apa.
Tolong share paduan penting ni dengan kawan-kawan yang lain tau. Jika tiba tiba anak jatuh sakit jugak lepas mandi kolam (naudzubillah), lekas bawa si kecil tu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan.
Pengambilan epidural untuk mengurangkan rasa sakit semangnya digalakkan. Pelakon Elfira Loy yang baru melahirkan anak keduanya turut sama menasihati untuk mengambil epidural jika punya lebihan kewangan.
Menurut kata Elfira, dua pengalamannya dengan pengambilan dan tanpa mengambil bahan sokongan itu begitu banyak bezanya kata Elfira.
Menerusi Insta Storynya, Elfira berkongsi cerita selepas menerima pelbagai persoalan dari peminatnya di IG.
“Masa first baby, dengan yakin tak nak ambik epidural. Biasalah sebab semua advice tak yah ambikkan. So El dah tahan contraction sehari, 12 malam tu terpaksa jugak pergi emergency sebab memang tak tahan sangat rasa nak mati, check bukaan baru 2cm tapi sebab contraction tinggi Dr suruh admit.
“Bayangkan doktor seluk nak check pun tak rasa sakit sebab memang contraction tu lagi sakit. Yang kali ni barulah tahu sakit seluk tu.
“Bila masuk ward, nurse kasi painkillers supaya boleh tidur dan beranak the next day. But no, tak boleh baring tak boleh tidur ye. El berdiri sambil menangis sebab sakit sangat. Give up rasa.
“Then waktu subuh, nurse check tak boleh tidur so dia suggest epidural so El pun ambik.
“Sama jugak, doktor cucuk Epidural tak rasa sakit langsung ye sebab contraction lagi sakit. Yang kedua ni baru tahu heheh, sakit jugak cucuk epidural ni. Cucuk pagi beranak 5pm,” kongsinya.
Kata Elfira lagi, jika berkemampuan dari segi kewangan, ambillah epidural ini untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
“Bayangkanlah betapa lamanya kalau kena tahan. Memang berbeza sangat ambik & tak ambik. Kalau takde kekangan kewangan ambik lah epidural,” kongsinya lagi.
Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu?, yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Aisehmen.. ini boleh bikin ibu stress. Bila stress makin berkuranglah susu nya.
Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone – only Pill (POP).
Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.
Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.
Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.
Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.
Suntikan (depo) / implan.
Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.
Jumpa doktor/pakar.
Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.
Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda.
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan.
Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.
Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.
Soalan saya, bayi saya kerap sembelit. Dia asyik menangis dan meneran kalau nak membuang. Ada tak cara nak rawat sembelit. Kesian tengok dia sampai kepala kebawah nak teran.
-Hidekan nama saya-
Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
-Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
-Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
-Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.
Sembelit boleh menyebabkan:
-Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
-Rasa tidak selesa.
-Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
-Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
-Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
-Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit:
-Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
-Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
-Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
-Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
-Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan:
Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis. Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas. Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu. Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku.
Sumber: MyHealth portal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.