Nak mudah, nak senang, anak mengamuk terus disua air kotak dan air tin pada anak-anak sampai kita terlupa kandungan gula dalam air kotak tersebut perangkap kepada punca masalah kesihatan anak-anak?
Kenapa air dalam kotak atau tin jadi perangkap kencing manis? Ikuti perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar.
Pagi pagi ni nak pesan. Elak dari perangkap racun manis ni. Ada kajian dari UCLA pasal bahaya gula putih, high fructose corn syrup yang ada dalam minuman tin, kotak, botol dan makanan.
Kita tak perasan. Biasanya bila makan atau rasa sedap kita jadi lupa pasal bahaya ni. Dah sedapkan. Cap cap mulut.
Kita jadi tak perasan sebab kesan bahaya dia tak nampak dengan mata kasar. Bukan immediately. Kesan bahaya dia perlahan-lahan.
Ads
Yang rasa ialah organ dalaman. Yang kena penangan bahaya ialah organ dalaman. Yang menangis sakan ialah organ dalaman.
Contoh mudahnya ialah otak. Dalam kajian UCLA ni pengkaji dapati gula sebegini tukar fungsi 900 genes di dalam otak. Bayangkan berapa banyak fenes yang terganggu.
Ads
Bahagian yang terlibat ialah hippocampus pusat memori dan hypothalamus – pusat yang uruskan metabolisme tubuh.
Lebih dahsyat lagi mereka dapati gula tingkatkan risiko penyakit mental seperti bipolar disorder dan penyakit alzheimer.
Tambah menakutkan lagi gula putih dan high fructose corn syrup ini ganggu komunikasi antara sel otak, tingkatkan toxin dan turunkan prestasi berfikir manusia.
Ads
Poinnya mudah. Jauhi minuman dan makanan yang diletakkan gula putih dan high fructose corn syrup. Sebelum beli, semak senarai ingredients dahulu.
Boleh boleh?
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu paling terbaik untuk manusia, adalah susu ibu. Selepas umur 2 tahun, dah cukup tempoh penyusuan susu ibu, anak-anak dah tak perlu ambil susu secara harian 3 4 botol sehari sebenarnya.
Bagi anak keperluan nutrisi yang secukupnya dari makanan sebenar. Real food, dan bukan ultra processed food. Menurut Dr Mazliana Mazlan, Ibu ayah perlu pelbagaikan makanan anak, supaya mereka tak bergantung lagi dengan susu.
Susu, lembu atau kambing, ada protein casein. Yang boleh tambahkan keradangan pada badan anak.
Saya minum susu setiap hari waktu dalam pantang anak pertama. Baru saya sedar itu puncanya anak saya berkahak waktu umur 10 hari. Lepas stop je susu, terus dah tak dengar bunyi kahak baby yang menyusu. Lain orang, lain ceritanya dengan susu.
Susu, ada banyak jenis. Susu segar, susu tepung, susu formula. Susu kambing lebih baik dari susu lembu, insyaAllah.
Susu kambing, ada protein casein A2, yang mana ianya lebih mudah dihadam dan sifat keradangan kurang berbanding susu lembu yang ada protein casein A1.
Tapi ada jugak susu lembu dari protein casein A2. Kalau jumpa yang ini, insyaAllah ianya lebih baik untuk kita bagi anak.
Saya kongsikan pilihan susu yang ada di pasaran. Bukan yang terbaik, tapi antara yang ok untuk anak-anak. Paling sikit bahannya, paling baik insyaAllah.
Susu-susu ni, hanya untuk anak umur 1 tahun dan ke atas.
Bawah 1 tahun, tetap perlu cari susu formula untuk anak, kalau tak diizinkan untuk kita susukan anak dengan susu ibu. Yang ini saya tak ada cadangan, korang jangan tanya saya tauuu.
Lepas 2 tahun, tak perlu bagi susu secara harian untuk anak. Banyak sumber kalsium, DHA, dari makanan segar lain yang patut anak ambil.
Kadang kita pelik anak tak nak makan nasi, rupanya sebab dia dah kenyang dengan susu formula tinggi gula. Cuba kita stop kejap susu untuk anak yang macam ni, anak mesti lapar, dan akan cari jugak makanan.
Niat perlu ada, untuk kurangkan susu pada anak bila umur dah injak 2 tahun. Kurangkan perlahan-lahan. Bukan drastik stop terus semua susu anak. Terkejut dia nanti, kesian.
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Risiko jika anak minum susu berlebihan
Berikut merupakan 4 alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau dalam berjaga-jaga, ada waktunya kita terlupa memberi yang terbaik buat anak kita. Makanan yang kita jangka tidak akan memberi kesan pada bayi kita kadang kala buat anak terkesan. Jadi perlu lebih berhati-hati. Pemberian finger food misalnya teramatlah baik untuk bayi kita kerana ia merangsang kemahiran dan otak anak berfikir.
Banyak kelebihannya namun jangan pula kita tersalah beri pada anak. Menyediakan finger food nampak mudah namun banyak ciri-ciri yang kita perlu tahu agar anak makan dengan selamat. Ini yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri. Jadikan ia sebagai panduan ketika anda menyediakan finger food buat anak kita.
Haaa kan banyak kali dah kan saya cerita kepentingan finger foods nak bantu anak kembangkan skill mereka. Kait rapat dengan baby led weaning dan boleh dimulakan seawal 6 bulan tapi WAJIB mula waktu 8 bulan.
Penggunaan finger foods penting sebab
1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang
2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut
3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)
4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat takleh kunyah nanti)
5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka
Dan banyak lagi.
Tapi waktu buat finger foods takleh senang senang bagi pada anak. Baby bukan macam orang besar semua dah pandai. Mereka masih lagi dalam fasa belajar.
Maka waktu nak buat finger foods pastikan ada ciri ciri berikut:
1. Saiz finger foods lebih besar dari genggaman baby. Senang baby nak pegang, nak belek, nak gigit. Ingat baby tak boleh pegang guna jari / pinch seperti kita. Mereka masih belajar. Bila dah pandai menyuap dan gigit baru saiz dari potongan panjang jadi kiub besar (waktu ini usia lebih kurang 10bulan)
2. Lembut
Tahap kelembutan adalah makanan tersebut boleh dilenyek untuk jadi makanan baby. Kalau tak boleh lenyek, maka makanan tersebut keras dan perlu di stim/rebus untuk lembutkan lagi. Tak kisah makanan tersebut dari kumpulan karbohidrat ke sayur ke protein ke, pastikan lembut.
3. Jangan beri dalam bentuk bulat
Contoh buah anggur, buah kiwi, pasta makaroni, kacang. Bentuk bulat ni meningkatkan risiko untuk baby tercekik.
4. Beri dalam kuantiti sedikit
Jika terlalu banyak sukar untuk anak capai satu satu. Baby capai banyak sekali dan akhirnya bukan belajar menyuap masuk mulut, nanti bagi meja and lantai makan.
5. Sentiasa pantau anak
Walaupun anak sudah pandai makan finger foods, suap sendiri, parents tetap kena pantau untuk elak risiko anak tercekik.
Tapi harus tahu perbezaan gag reflex dan tercekik. Gag relfex apabila anak makan terlalu banyak atau perkenalkan makanan baru yang mereka tak kenal. Akan buat aksi muntah dan berbunyi wuek..air liur selalu meleleh.
Relax..tengok anak dulu..jangan terus ambil makanan. Tapi cekik tiada bunyi dan nampak anak sukar nak bernafas, tiada air liur meleleh dan senyap. Perlu ambil tindakan segera.
Dietitian Fizah
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.