Lana menyatakan kesyukuran tidak terhingga apabila keadaan anaknya, William Daud McKienzie atau Billy berjaya menempuhi pembedahan bagi membetulkan injap jantung.

Kelmarin, keadaan menjadi cemas apabila jantung Billy terhenti selama 10 minit sebelum pembedahan untuk membetulkan injap jantungnya dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN).

Lana melalui ruangan Instagram Live memberikan khabar gembira di mana anak keduanya, Billy, 2 bulan selamat menjalani pembedahan dengan air mata gembira dan sebak. Billy mempunyai masalah pada bahagian injap jantung atau aortic stenosis.

Sepanjang Pembedahan Billy, Lana Tak Henti Berdoa. Air Mata Gembira Iringi Rasa Syukur

PROSEDUR SELAMAT, JANTUNGNYA TIDAK BERHENTI 

IKLAN

“Alhamdulillah anak saya masuk operation theatre, dia baru je keluar. Anak saya selamat. Alhamdulillah selamat. Kerana doa-doa korang anak aku selamat. Prosedur selamat maknanya jantungnya tak stop dan doktor boleh buat rawatan yang sepatutnya. Yang penting anak saya selamat,” kata Lana.

Kata Lana, apabila doktor memberitahu prosedur itu berjalan lancar. Lana sebelum ini bimbang jantung Billy akan berhenti sekali lagi kerana doktor memberitahu sekiranya dia dilakukan sekali lagi, ia berisiko.  Lana dan suami turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

JANGAN AMBIL DIA, BIAR DIA HIDUP DENGAN SAYA

IKLAN

Lana turut menasihatkan ibu-ibu supaya teruskan berdoa. “Sebenarnya apabila benar-benar fokus berdoa, saya seolah-olah bercakap seperti kawan –Jangan ambil dia, bagi dia hidup dengan saya“, kata Lana

GEMENTAR TATKALA DOKTOR KELUAR DEWAN BEDAH

Perasaan ibu ini gementar tatkala doktor keluar daripada dewan bedah. Dia dan suaminya, Mohd Daud McKienzie sama-sama menyambut berita gembira itu. Lana benar-benar menyatakan syukur kepada doa-doa yang mengiringi Billy sepanjang pembedahan.

IKLAN

TIDAK SANGKA RAMAI SAYANGKAN BILLY

Lana turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Dia tidak menyangka ramai yang menyayangi Billy walau pun selama ini tidak pernah memuatnaik gambar Billy di media sosial.

Sumber: Instagram Melodi & lananodinmckienzie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI