Air Mata Seorang Ibu! Demi Selamatkan Bayi, Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid

Share

“Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan adik saya yang dijangkiti Covid dan anak saudara yang dilahirkan secara pembedahan.” Ini yang diluahkan oleh seorang kakak, Norazlina Saro selepas memuat naik statusnya di FB.

Tiada siapa yang minta keadaan seperti ini berlaku namun semua ini hanya Allah yang tahu. Walaupun ini ujian yang cukup besar buat ahli keluarga Norazlina, atas doa anda semua mungkin akan ada keajaiban selepas ini.

Assalamualaikum..Masih mencari kekuatan sebenarnya nak post. Ramai yang tanya keadaan Aini. Tak mampu nak reply. Maafkan saya.

Adik saya, Aini Saro disahkan positif Covid. Ada jangkitan kuman pada paru-paru dan  doktor buat keputusan untuk keluarkan baby. (Czer 18 Januari. Masih tunggu update dari suaminya). Berdebar. Gelisah. Semua ada.

Gambar Hiasan

Update 18/1: Aini selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, keadaan Aini makin baik. Cuma baby tak tahu macam mana lagi. Aini masih di intubate. InshaAllah esok akan disedarkan. Semoga dengan doa kalian, adik saya beransur pulih.

Update 19/1: Aini dah sedar. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Masih bergantung pada ventilator. Pernafasan masih tak cantik. Doktor cakap, mungkin 2 atau 3 hari. Doakan Aini kuat.

Baby tak dapat tahu keadaan dia. Cuma tahu pernafasan baby pun kurang cantik. Doakan ibu anak sama-sama kuat.

Tak ada apa yang saya boleh minta, selain doa dari kalian. Tolong doakan adik saya dan babynya kuat untuk lawan virus ni. Doakan adik saya cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Terima kasih yang bertanya dan bagi kata-kata semangat pada kami. Terima kasih sangat-sangat dan teruskan lah doa yang baik-baik untuk adik saya. Semoga angah kuat dan terus kuat.

Kredit: Norazlina Saro

ARTIKEL MENARIK [“Tuhan Jagakan Dia Untukku. Lihat Kamu Berdua Membesar, Ingatkan Abiy Pada Ibu”]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Isteri Masak & Sejuk Beku Makanan Bukan Malas! Ni ‘Penyelamat’ Kenyangkan Perut Suami]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy