Air mata seorang ibu tumpah lagi apabila mengenang anaknya yang pergi dalam keadaan penuh tanda tanya. Begitulah yang dirasai Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) berusia 22 tahun.
Hari ini, proses penggalian semula kubur anak syurganya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu selesai dijalankan. Menurut peguam keluarga, Datuk Naran Singh, jasad Allahyarham masih berada dalam keadaan baik meskipun sudah beberapa hari dikebumikan. Selepas dibawa keluar pada jam 9.22 pagi, jasad kemudian dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bungkusan khas yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bedah Siasat Kedua Jadi Harapan
Menurut Harian Metro, bedah siasat kedua dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi esok. Proses ini dijalankan bagi memberi kepastian kepada keluarga tentang punca sebenar kematian anak mereka. “Beberapa prosedur akan dijalankan petang ini, manakala proses bedah siasat akan diadakan esok,” jelas Datuk Naran Singh.
Ads
Proses penggalian turut disaksikan tiga pakar forensik dari IPFN HKL dan wakil pakar forensik keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh. Sebelum ini, Ummu Haiman pernah melihat kecederaan pada anaknya seperti luka di dada, lebam dan pendarahan di bahagian muka. Hal ini menimbulkan persoalan kerana kenyataan awal menyebut tiada kecederaan dikesan pada jasad.
Suara Hati Seorang Ibu
“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan proses ini. Terima kasih atas doa, sokongan dan tenaga semua yang hadir. Selepas ini, kita tunggu sahaja keputusan bedah siasat kedua,” luah Ummu Haiman dalam nada sebak.
Ads
Sebagai seorang ibu, kehilangan ini tidak pernah mudah. Namun, kekuatan yang ditunjukkan Ummu Haiman menjadi inspirasi buat ramai. Beliau tidak hanya reda, malah terus berjuang demi mendapatkan keadilan untuk anak tersayang.
Ads
Demi Kebenaran, Bukan Bayaran
Menjawab khabar angin mengenai kos guaman, Datuk Naran Singh menegaskan perkhidmatannya dilakukan secara pro bono (percuma). “Saya lakukan ini demi keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa atau agama,” tegasnya.
Kisah Allahyarham Syamsul Haris menyentuh hati ramai. Doa dan kata-kata semangat daripada rakyat Malaysia menjadi penguat buat keluarga ini. Inilah bukti bahawa kasih seorang ibu tidak pernah terhenti, dan doa orang ramai mampu memberi kekuatan yang luar biasa.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga Ummu Haiman terus kuat menghadapi ujian besar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besar cabarannya bila membawa anak bercuti pada tempoh masa dan jarak yang panjang. Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel antara yang tidak terkecuali berdepan dengan cabaran ini.
Difahamkan, Syamel dan Ernie kini sedang bercuti ke London bersama anak serta ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsian Ernie di Instagram, ibu muda ini memberi bayangan akan cabaran yang dilalui dengan penerbangan yang lama ke London itu.
“Our 1st time flying with Khawla. I guess we are okay?
“Or is it okay not to be okay? Ke tudung ibu yang tak ok tu?,” tulis Ernie di ruangan kapsyennya.
Bukan itu sahaja, bahkan kongsi Ernie lagi, anaknya yang sedang aktif membesar itu cukup sukar untuk diajak bergambar sepanjang berada di sana.
“Menghadapi hari hari ku bersama anak gadis. sungguh challenging nak ambil gambar sama,” kongsi Ernie lagi.
Semuanya kerana Khawla yang kini berusia setahun lebih itu cukup aktif dan mahu berjalan sendirian.
Malah beberapa perkongsian Ernie di Insta Story juga memperlihatkan keaktifan Khawla sepanjang bercuti di London. Memang lincah.
Semoga Khawla terus sihat membesar dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 22 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Kasih ayah yang tiada sempadan! Video yang buat ramai tersentuh hati apabila seorang ayah sedang memujuk anaknya merajuk.
Bukan selalu kita jumpa ayah yang jenis suka ‘layan’ kerenah anak, terutama sekali bila anak dah besar dan mula bersekolah. Selalunya, ayah lebih dikenali dengan sikap tegas yang buat anak-anak jadi takut walaupun tak ada apa-apa yang berlaku.
Baru-baru ni, satu video yang memaparkan gelagat anaknya merajuk berjaya mencuri perhatian netizen, dengan lebih 575K tontonan dalam sehari selepas dimuat naik di TikTok @zainehashim82 telah raih perhatian ramai.
Video tersebut menunjukkan seorang anak merajuk kerana ayahnya lewat menjemputnya dari sekolah. Ayah pun segera meminta maaf dan menjelaskan kelewatannya sebab motor habis minyak.
Walaupun merajuk, anak itu tetap berjalan kaki, dan si ayah cuba mengusik dengan menyakatnya sewaktu mereka lalu di tepi kawasan perkuburan. Anak itu, meskipun merajuk, tidak pula bertindak kasar bila si ayah ajak naik motor untuk balik.
Selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya si anak setuju naik motor, terutamanya bila si ayah janji nak singgah ke kedai.
Meninjau ruangan komen pula penuh dengan pujian terhadap si ayah yang pandai memujuk dengan cara lembut dan memberikan penjelasan agar anak lebih memahami. Ada juga yang cemburu, kata mereka, beruntung si anak ni dapat ayah yang penyayang, tak macam sesetengah ayah yang garang sampai anak takut nak dekat.
“Untung ko dek dpt ayah Camni.. klu ayah akk,,tiada gurau senda utk dijadikan kenangan sbb ayah akk terlampau garang.. bila ayah blk Keja.. kitorg dgr je bunyi motor trs brdesup kami lari masuk bilik.”
Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia 11 bulan nyaris dijadikan tebusan oleh seorang lelaki warga Vietnam bersenjatakan pisau dalam insiden di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, Sabtu lalu.
Mangsa, Mohammad Solihin Abd Jalil, 32, berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.45 tengah hari ketika beliau bersama isteri dan tiga anaknya keluar membeli barang keperluan dapur.
Menurutnya, ketika itu beliau bersama anak sulung dan anak bongsu berada di bahagian pakaian, manakala isterinya bersama seorang lagi anak berada di bahagian barang basah. Suasana masih tenang sebelum beliau terdengar kekecohan dan melihat suspek meluru ke arahnya sambil cuba merampas bayi yang sedang didukung kakaknya.
“Saya hanya fikir mahu selamatkan anak walaupun tahu suspek memegang pisau. Ketika itu saya nampak dia cuba menikam kepala anak saya dengan pisau pemotong,” katanya.
Tergamam namun bertindak pantas, Solihin yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya mendapatkan semula anaknya dengan bantuan beberapa pelanggan lain.
Beliau turut mengalami cedera ringan selepas menadah kepala bagi menghalang serangan, namun bersyukur kerana mata pisau tersebut patah. Orang ramai kemudian berjaya menumpaskan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
“Nasib baik kakak dia pegang adiknya dengan kuat. Kalau tidak, saya tak tahu apa akan jadi,” katanya lagi.
Namun begitu, Solihin meluahkan rasa kesal kerana pihak pengurusan pasar raya tidak menghubunginya atau bertanya khabar selepas insiden berlaku. Katanya, bayi mereka kini mengalami trauma, mudah terkejut dengan bunyi bising dan sering menangis ketika tidur.
Beliau berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan pihak pasar raya meningkatkan tahap keselamatan, khususnya dalam mengendalikan kes pencurian atau tangkapan suspek.
Sementara itu, polis mengesahkan suspek ditahan dan direman empat hari sehingga 13 Ogos bagi siasatan di bawah Seksyen 380, Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi nuget ayam homemade mudah dan sihat untuk anak-anak! Tanpa bahan pengawet atau MSG, ibu boleh sediakan snek berkhasiat yang sedap, rangup dan sesuai disimpan sebagai stok makanan keluarga.