Minum air masak memang digalakkan. Ia tidak mengandungi kalori, jadi sangat elok untuk diamalkan. Tetapi tidaklah diminum terlalu banyak. Sebaiknya diminum 2-3 liter sehari sahaja.
Di dalam perkongsiannya, Dr Erna Nadia menjelaskan kesan sekiranya seseorang itu minum air masak terlalu banyak. Sekiranya terlebih minum air, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada buah pinggang!
Boleh ke minum sampai 7 liter air satu hari?
Haruslah tidak boleh.
Artikel Menarik: [Jangan Kacau Ibu Lepas Jam 11 Malam. Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik & Kurus!]
Siapa yang minum banyak sampai macam tu?
Tak usah ler pelik pelik komer.
Minum air ni ikut berat badan dan ikut aktiviti harian juga.
Paling mudah nak ingat minum 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari.
Cukuplah.
Jangan over.
Again, air kosong, tak kira sejuk atau panas, tiada kalori. So, please jangan tanya lagi kalau minum ais boleh kembang apa apa ka? Jawapannya tidak. Nehi. Nyet. No.
Macam buah dan sayur, memang penting untuk diet seharian, tapi tetap tak boleh berlebihan juga.
Berpada-pada.
Artikel Menarik: [Isteri Tak Kisah ‘Beranak’ Setiap Tahun, Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga]
Minum terlalu banyak air kosong boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan boleh menyebabkan masalah intoksikasi iaitu keadaan yang dipanggil hyponatreamia.
Ada setengah orang kata minum sampai air kencing jadi transparent terus. Ouh no no no. Air kencing warna kuning cair is good enough dah. Ingat, jangan over.
Simptom yang boleh berlaku jika terlebih air atau berlaku hyponatraemia adalah seperti loya, muntah, sakit kepala dan kekejangan tangan atau kaki serta boleh nampak kaki, tangan, mulut menjadi sedikit bengkak.
Artikel Menarik: [Biasanya Lepas Bersalin, Kurus. Lepas Pantang, Automatik Berat Pun Naik!]
Ada setengah minum sebab nak diet punya pasal, bila lapar, minum, lapar, minum. Aipp!
Nak kurus ni tak perlulah sampai menyiksa diri. Ada cara untuk kurus.
Ikut suku suku separuh dan bersenam 150 minit seminggu.
Ya, bunyi cliche tapi inilah yang terbaik dan sihat.
Bukan nak kurus semata mata.
Ok, so ingat ya bersederhana dalam apa jua.
Even rajin bersenam, jangan over drinking or over dreaming(tiberr)..
Semoga dengan penjelasan Dr Erna dapat memberi sedikit input kepada anda tentang kepentingan dan keburukan pengambilan air masak secara berlebihan. Jika mahu kurus sekali pun, janganlah sehingga memberi mudarat kepada diri sendiri. Lakukan perlahan-lahan tetapi selamat untuk kesihatan anda.