Kesihatan

Air Rebusan Kurma Merah Bantu Tambah Susu Badan, Wanita Ini Kongsi Petua Dari Kawan Cina

Share

Air rebusan kurma merah sangat bagus buat ibu-ibu dalam pantang yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Selain membantu ‘menjana’ susu badan, air rebusan kurma merah ini juga baik untuk kulit.

Air rebusan ini menjadikan kulit ibu-ibu jadi lebih berseri. Rugi siapa tak cuba. Melalui perkongsian Nurul Syazwani wanita ini berkongsi petua yang diperolehinya daripada seorang rakannya yang berbangsa Cina.

“Hari itu masa lepas pantang susu badan saya tiba-tiba drop. Lepas itu ada kawan saya bangsa cina suruh cuba buat air rebusan kurma merah ini.

“Ada juga yang suruh minum air kotak kurma merah itu. Bukan tak nak tapi kandungan gula dalam air kotak itu terlalu tinggi. Takut penyakit lain pula yang datang nanti.”

Mari kita cuba air rebusan kurma merah yang kita buat sendiri ini ya.

Resepi Air Rebusan Kurma Merah Bantu Tambah Susu Badan

Wanita Ini Kongsi Petua Dari Kawan Cina

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Kurma merah
2. Kurma hitam
3. Goji berries
4. Longan kering
5. Rose buds
6. Gula batu (jika suka manis)

Cara-caranya:

1. Basuh semua bahan dan toskan.
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air.
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air.

Manfaat lain:

Air ni bukan sahaja untuk tambah susu badan, tapi banyak juga khasiat lain yang akan kita dapat. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ini.

*Air ini boleh diminum 2 kali sehari.

*Minum waktu pagi dan malam.

Sumber/Foto : Nurul Syazwani

Makluman: Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Has