Air Rendaman Halba Letak Hirisan Lemon. Bagus Untuk Milkbooster Ibu Ketika Puasa

Share

Halba sejenis herba yang saiznya kecil tetapi jika diamalkan banyak manfaatnya. Bukan saja murah tetapi mudah di dapati di pasaran.

Menurut Dr Nurhaya Yacob dari Lactation Center, ramai yang mengakui air rendaman halba mempunyai banyak khasiat dan elok untuk kesihatan.

Halba atau nama lainnya fenugreek memiliki seribu satu khasiat. Dalam ukurannya yang kecil mungil itu, ia memiliki serat, protein, zat besi yang lumayan tinggi, karbohidrat dan juga beberapa mineral lain seperti magnesium.

Namun ada kajian yang menyatakan bahawa ia juga boleh membantu dalam mengawal gula darah dan juga membantu meningkatkan produksi susu.

ARTIKEL MENARIK [Anak Bawah 3 Tahun Mengamuk & Hempas Badan Tu Ada Sesuatu Dia Nak Beritahu]

Maka tidak aneh lah sekiranya banyak produk-produk milkbooster di pasaran pasti akan menyelitkan sedikit kandungan halba di dalam produk mereka.

Malah kebanyakan makanan di Timur Tengah dan India juga banyak menggunakan halba di dalam masakan mereka. Antaranya kari, kuah dal dan masakan kurma juga katanya ada yang memasukkan halba. Bestkan.

Kalau tak tahan bau halba dalam minuman, maka ibu boleh masukan di dalam masakan atau membuat cookies dengan memasukkan sedikit sahaja halba. Kalau tak tahan juga dengan bau halba, maka masukkan saja air rendamannya, maka bau halba menjadi tidak terlalu kuat.

Saya ingin berkongsi sedikit bagaimana nak buat air rendaman halba yang buat anda tak kembang tekak nak mampu telan.

AIR RENDAMAN HALBA

1. 1 sudu kecil halba
2. Madu 1 susu kecil
3. Lemon / limau nipis 1 – 2 hiris sesuai keinginan.

Cara-caranya:

1.Masukkan suku air panas yang baru mendidik ke dalam teko/jug atau gelas.
2. Masukkan 1 sudu kecil halba.
3. Rendam sehingga air menjadi suam
4. Kemudian masukkan 1 sudu madu
5. Di ikuti dengan hirisan lemon atau limau nipis tadi. Perah sikit untuk menghilangkan rasa pahit halba.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Biarkan Anak Berlari & Melompat Kalau Batuk Berhingus, Itu Bantu Mereka ‘Keluarkan’ Kahak]

Dalam bulan puasa ni, lepas tarawih boleh amalkan minum air rendaman halba dingin ni. Sedap.. Minum air je, halba letak tepi. Nak makan sama pun boleh kalau suka.

Selamat mencuba

Adakah perkongsian saya ini membantu?

Sumber: Dr Nurhaya Yacob

Published by
Wan Amy