Kesihatan

Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi, Bagus Untuk Otak, Rugi Tak Amalkan

Share

Banyak khasiat saffron terutama sekali untuk otak anak. Elok diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang diambil sebelum ini. Khasiat  saffron ialah untuk merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.

Saffron sangat baik jika dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.

Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi

Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.

Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.

Kredit foto: Freepik

Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.

Bagus Untuk Otak, Rugi Tak Amalkan

Saffron bagus untuk otak anak:

*Bantu untuk kuatkan memori anak.
*Mudahkan proses faham ilmu baru.
*Bantu anak lebih fokus masa belajar.
*Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.

Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;

1. Terus minum air rendaman saffron.

2. Campur madu dalam air saffron.

3. Letak 1 helai safrron dalam susu.

4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.

Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.

Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.

Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

Kredit foto: Freepik

 

Published by
Has