Air Selusuh Doa Al-Quran, Ikhtiar Waktu Dekat Bersalin. Lagi Afdal Suami Buat Sendiri!

Share

Pastinya ramai ibu-ibu yang bakal bersalin atau dah ada pengalaman bersalin tahu mengenai air selusuh. Sebab ada yang kata ambil air selusuh ini masa dah betul-betul sakit dan anak keluar dengan mudah serta sakitnya hanya sekejap saja. Waallahualam.

Bagaimanapun ada juga yang berkongsi jangan minum air selusuh terlalu awal, minum masa betul-betul sakit, kalau tak risau akan ada komplikasi pada ibu dan bayi nanti. Sebab kelahiran setiap anak tak sama. Cuma bolehlah ikhtiar asalkan caranya betul.

Jadi sebaik-baiknya biarlah air selusuh ini berlandaskan ayat suci Al-Quran dan lebih baik jika suami atau ibu sendiri yang bacakan. Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim melalui pengalaman sendiri buat air selusuh untuk setiap kelahiran anaknya.

Air selusuh doa Al Quran

Kelahiran ini berbeza Allah aturkan, dan hakikatnya semua 6 anak tak sama hikmah kelahiran Allah beri. Betapa Allah Maha Penyayang. Semalam jam 3 pagi baru ustazah buat air selusuh dan doa diperut doa mudah bersalin. Dalam keadaan panik semalam nak naik ambulan, Allah tak lupakan minta suami bawakan air zam zam.

Jika anak-anak sebelum ini, ustazah akan doa bersama suami. Suami letak tangan diperut dan suami yang doakan adalah lebih baik dan afdal.

Kali ini baby nak keluar cepat. Ummi abi tak sempat doa bersama. Abi doa di rumah ya untuk baby.

Ikhtiar penawar Al Quran #Airselusuh ni ada dua:
1. Untuk mudahkan bersalin
2. Untuk kelahiran yang susah

Jangan salah amal. Berkah penawar Al-Quran tak mampu dan tak akan disangkal. Cukup besar mukjizatnya. Anak mendapat rahmat Al-Quran dan ibu juga.

Cara amal:

1. Minum ketika nak masuk labour room. InsyaAllah dimudahkan Allah kelahiran seperti kisah Maryam a.s dan anak jadi soleh dengan keberkahan Maryam ameen.

2. Lepas kelahiran, air selusuh ini blend dengan kurma buat minum lepas lahir untuk memulih tenaga ibu dan memperbanyak susu ibu. Ini selalu suami ustazah yang buatkan dan bawa ke klinik untuk beri pada ustazah minum lepas bersalin dan amalan dalam 7 hari pertama bersalin. Badan akan cepat sihat, luka akan cepat sembuh dan susu banyak masyaAllah

Inilah cara yang Allah ajarkan Maryam di dalam Al Quran saat nak melahirkan nabi Isa sendirian. Allahuakbar. Ini antara amalan ustazah setiap kelahiran. Amalan sunnah nabi.

Ibu-ibu yang nak bersalin, amalkanlah amalan sunnah nabi ini. Besar rahmatnya. Ustazah share kaedahnya ya. Jemput amal dan share.

Kredit: Ustazah Nazirah Abd Rahim

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy