Air selusuh diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Benarkah akar fatimah mempercepatkan proses kelahiran?
SELUSUH YANG MELIBATKAN HANYA AIR KOSONG DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN DOA, SEPATUTNYA TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN. ADA BEZA TU, DOA DAN JAMPI YANG BUKAN-BUKAN. JANGAN KELIRU!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.
Ia merbahaya kerana jumlah dos untuk menggalakkan kontraksi ini tidak dapat diketahui berbanding hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Ia juga tidak diberikan kepada si ibu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kehamilan & Kesihatan Wanita, tentang isu ini.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg menggunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menggalakkan penggunaannya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
IBU BERPUASA
Ads
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
AIR SELUSUH ‘PAKSA’ PINTU RAHIM
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Ads
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya.
KONTRAKSI YANG KERAP KETIKA BERSALIN AKIBAT AIR SELUSUH INI KADANGKALA MENYEBABKAN PEREDARAN DARAH PADA BAYI TERGANGGU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN BAYI LEMAS SECARA TIDAK SEMENA-MENA.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
Ads
KONTRAKSI ‘TERPAKSA’, SAKITNYA BUKAN MAIN!
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN.
Semoga dengan penerangan dari Dr Izzat ini dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang sedang ‘menunggu hari’ tentang penggunaan air selusuh untuk melancarkan proses kelahiran. Elakkan meminumnya untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya apabila datang kontraksi atau sebarang tanda untuk melahirkan, segeralah ke hospital untuk pemerhatian doktor dan jururawat berpengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rancangan TV Pa&Ma, ibu berkongsi info tentang saat awal anaknya didiagnosis masalah pendengaran. Tidak terkejut apabila menengar bunyi kuat mercun serta beberapa simpton lain menjadi tanda-tanda awal yang dikenalpasti.
Puan Noor Liza binti Ishak, ibu kepada adik Noor Yasmeen binti Shahar, 9 tahun mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dengan keadaan telinga kanan profound, manakala telinga kiri severe.
Liza yang tampil dalam rancangan TV Pa&Ma episod Mendidik Anak Pekak & Bisu berkata sejak berumur 3 bulan, Yasmin telah membuat tiga kali saringan di Hospital Klang dan disahkan mempunyai masalah pendengaran pada umur 9 bula. Bukan itu sahaja, Yasmeen juga mempunyai Leukodistrophy pada bahagian otaknya.
BUNYI KUAT MERCUN TIDAK MEMBUATNYA TERKEJUT
“Pada mulanya kami suspect, yasmeen ada masalah pendengaran bila dia tidak menunjukkan respon terkejut bila bunyi kuat seperti mercun, sedangkan orang lain menutup telinga, tetapi Yasmeen biasa-biasa saja Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan Yasmin?
Pada umur 4 bulan, semasa follow up dengan Klinik Ibu & Anak, mereka Membuat saringan pendengaran, tetapi Yasmeen tidak memberikan respon positif.
Pada umur 9 bulan, Yasmeen masih belum boleh meniru sebutan “da… ma…. ba…” lalu ini menyebabkan anak kecil ini perlu dirujuk ke Hospital Besar.
PENDIDIKAN DITERUSKAN
Pada awal persekolahan, masa berumur 5 tahun, Liza dan suami memasukkan Yasmin ke Tabika Kemas dan kemudian menukarkannya ke Prasekolah Khas sehingga kini bersekolah di di Sek. Keb. Pendidikan Khas Selangor, Shah Alam. Kini Yasmeen menuntut di tahun 2.
ALAMI GROSS MOTOR DELAY
Sejak dilahirkan, Yasmeen mempunyai bebeberapa appoinmen di klinik pakar hospital, antaranya Klinik Kanak-Kanak dimana perkembangan beliau dipantau kerana masalah gross motor delay, Yasmeen tidak seperti anak normal lain yang mengikut step perkembangan biasa.
Yasmeen tidak meniarap, pada umur 4 bln, tidak boleh duduk sendiri pada umur 10 bln, tidak merangkak, dan benar2 boleh berjalan pada umur 1 thn 7 bln selepas menghadiri fisioterapi dan terapi carakerja di Hospital Klang.
Yasmeen juga mempunyai appoimen untuk mata, kerana mengidap silau rendah. Tapi sekarang sudah didiscaj dari klinik Mata. Masih lagi mempunyai temujanji dengan ENT, terapi pertuturan dan juga Audiology untuk masalah pendengaran dan pertuturannya. Pernah dirujuk ke pusat perkembangan kanak-kanak di sebuah pusat perubatan untuk menilai kognitifnya dan sekarang telah di discaj.
IBU BAPA PERLU PEKA PERKEMBANGAN ANAK
Liza turut berkongsi tip penting. “Sebagai ibu bapa, kita harus tahu carta perkembangan dan peka terhadap perkembangan anak kerana dari situ barulah kita dapat membuat pengesanan ketidaknormalan dan rawatan serta rehablitasi dapat diberikan dengan awal.
“Pada masa kami menerima berita Yasmeen tidak boleh mendengar, kami telah meredhakannya, kami kena kuat dan tabah, sebab kalau kita tak kuat, anak akan lebih terkena kesan, mungkin pengabaian.
“Saya banyak membaca dan mencari informasi di internet mengenai pekak. Mengikuti saranan doktor, kerana mereka lebih tahu alat-alat yang boleh bantu pendengaran. Kini terdapat teknologi moden seperti koklea implan untuk membantu anak2 masalah pendengaran mendengar.
JANGAN SEGAN BERTANYA
Jangan segan untuk bertanya dengan ibubapa yang lebih senior yang mempunyai anak pekak. Boleh bertanya kan tips dan pengalaman mereka menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa ini.
GILAP BAKAT ANAK
Sertai persatuan atau kelab-kelab NGO yang ada. Seperti Persatuan Hear Me , Persatuan Orang-Orang Pekak. Walaupun anak pekak, mereka juga ada bakat dan kelebihan lain, yang ibu bapa kena cari dan gilap, kanak-kanak pekak juga boleh berjaya dan bersosial seperti kanak-kanak normal,
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang wanita, sebulan sekali pasti kedatangan haid. Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk. Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja. Namun ada yang mengalami senggugut teruk sehingga keadaan memaksa mereka mengambil ubat penahan sakit. Lebih menyedihkan jika situasi ini tidak difahami dan dicop sebagai ‘drama queen’.
Rasa sakit senggugut boleh disamakan seperti perut ditumbuk berulang kali dengan kuat dari dalam. Itulah kebenarannya, senggugut sememangnya menyakitkan. Bagi yang selalu mempertikaikan keadaan anda yang mempunyai senggugut teruk, mungkin mereka akan terdiam apabila mengetahui hakikat ini. Sakit senggugut sama seperti serangan jantung!
Kejang perut (senggugut) atau Dysmenorrhea kini secara teknikalnya diakui sakitnya seperti serangan jantung. Seorang profesor reproduktif dari University College London, John Guillebaud mengatakan kesakitan pada abdomen ketika seorang wanita datang haid sama teruk seperti seseorang yang mendapat serangan jantung.
Mungkin efeknya tidaklah sedahsyat serangan jantung, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada kaum lelaki yang sering memandang remeh soal senggugut ini. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor yang berpengalaman dalam bidang ini, sudah tentu kesakitan ketika datang haid tidak boleh dipandang ringan mahupun dipertikaikan lagi.
Bayi umur bawah 6 bulan jangan diberi air masak, boleh mendatangkan bahaya. Zaman dahulu, mak-mak kita, elok saja bagi anak-anak air masak. Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh? Soalan ini bukannya baru tapi sudah lama menjadi persoalan ibu bapa muda.
Bagi menjelaskan keadaan ini, Dr Redza Zainol berkongsi sebab-sebab perlu dielakkan dulu beri bayi 6 bulan ke bawah air masak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...