Kasihnya ibu membawa ke syurga. Walau pun tidak dapat diluahkan, air mata yang mengalir dan tangisannya cukup menjelaskan tulusnya cinta seorang ibu.
Nor Fadilla yang melahirkan anak sulungnya pada sembilan bulan lalu mengalami komplikasi yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri (koma) selama dua bulan.
Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par ibu muda ini masih terlantar selepas tersedar daripada koma ketika berjuang melahirkan anak tunggalnya, Muhamad Syahmi Mohd Saiful secara pembedahan hampir sembilan bulan lalu.
Dalam perkembngan terkini, adiknya itu perlu diuruskan 100 peratus oleh suami selepas dibenarkan pulang dua bulan lalu.
“Kami perlu menguruskannya kerana dia tidak boleh bergerak langsung termasuk untuk mendakap anak tunggalnya, namun faham apabila kami memberi arahan,” kata Nur Hasirah tentang keadaan adiknya yang mesra dengan panggilan manja Moklaa itu.
KASIH IBU SAUDARA
Nur Hasirah juga turut menumpahkan kasih sayangnya buat anak pasangan ini. Anak tunggal Nor Fadilla Muhamad Syahmi, 9 bulan masih belum merasa didakap ibunya. Si kecil ini dijaga Nur Hasirah sepenuh masa.
“Saya mengambil alih menjaga anak tunggal mereka. Memandangkan Nor Fadilla memerlukan penjagaan rapi termasuk diberi susu khas dan memakai lampin pakai buang,” kata ibu saudara yang penyayang ini.
TIDAK MAMPU MENGGERAKKAN ANGGOTA
Ads
Nur Hasirah berkata, adiknya kini berada di rumah ibunya di Kampung Kok Lintang, Gunong, dekat Bachok tidak boleh bercakap dan tidak mampu menggerakkan anggota badan serta bergantung kepada suaminya, Mohd Saiful Sudin, 29.
KERAP MENANGIS SEMASA AWAL KEPULANGAN KINI SENTIASA CERIA
Ibu kepada dua anak ini mengakui adiknya itu dulu kerap menangis. Namun melihat Syahmi dan suaminya sentiasa ada di depan mata, ibu istimewa ini
“Ketika awal pulang ke rumah, dia kerap menangis mungkin terlalu gembira dan sedih apabila dapat berjumpa anaknya setiap hari. Namun, kini wajahnya sentiasa ceria kerana dapat berada di sisi suami dan anak,” katanya.
Ads
SYAHMI MENUMPANG KASIH IBU SAUDARA
Menurutnya, dia sepenuhnya menjaga Muhamad Syahmi bagi meringankan beban Mohd Saiful yang perlu memberi sepenuh perhatian kepada isterinya.
Katanya, pada waktu malam, dia akan membawa Muhamad Syahmi pulang ke rumahnya yang tinggal berdekatan dan siang hari akan membawa bayi itu untuk berjumpa dengan ibunya.
Ads
SUAMI MENJAGA SEPENUH MASA KINI TIDAK DAPAT BEKERJA
“Sejak adik sakit, suaminya tidak dapat bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan, selain bantuan susu khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta dibeli sendiri,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0300941000166384 atas nama Mohd Saiful Sudin.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Nor Fadilla koma selama empat bulan selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu.
Sebaik tersedar, Nor Fadilla yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dilihat menangis teresak-esak sehingga mengeluarkan suara kerana terlalu gembira apabila anak yang dilahirkan diletakkan di pangkuannya buat kali pertama.
Secara realiti, memahami hati seorang isteri tidaklah rumit. Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan apa yang isteri mahukan dari suami bukanlah yang diluar kemampuan tetapi cukup jika dapat membimbing keluarga ke jalan yang diredhai untuk kebahagiaan bersama.
Berdasarkan perkongsian dari Profesor Muhaya, beliau ada memberi sedikit perkongsian mengenai golongan lelaki yang tidak bekerja serta malas mendirikan solat.
Pakar mata popular itu memuat naik perkongsiannya dalam satu video di instagramnya setelah sering diajukan persoalan sama dari golongan isteri.
“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?
“Ini saya sebut tagline, “suami malas akan suka cari isteri berdikari.” Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerja dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.
“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” katanya.
Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal dikalangan selebriti juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.
“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengena soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya.
“Tolong suami yang tak solat, tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak isteri ke syurga.
“Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup. Cuba audit balik hidup kita.
“Hentilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” kongsinya.
Sumber: ig Prof Muhaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukar jadinya bila anak asyik nak melekat 24 jam dengan ibu atau ayah. Rasa diri takut dari ancaman dari wajah yang asing. Ini sebenarnya yang dirasakan anak kecil kita.
Pun begitu, menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira, sikap ibu ayah yang terlebih bersifat melindungi atau overprotective hanya akan menambahkan lagi rasa sukar anak untuk berpisah. Apa mak ayah perlu buat. Tip ini pasti membantu.
Siapa yang ada anak sukar nak berpisah ini? Saya tengah laluinya bersama anak yang ketiga yang umurnya 7 bulan. Mahukan ummi dan abinya sahaja.
Pulang ke kampung masa raya haji hari tu, MasyaAllah, tak nak berenggang dari ummi abi. Melekat betul. Memang menguji ya emosi dan ketahanan jiwa. Tapi ummi hari tu rasa boleh bertahan walaupun dalam struggle bila tahu ianya normal sahaja.
Rupanya ianya normal saja antara usia 6 bulan hingga 3 tahun , mengikut perkembangan kanak-kanak. Anak baru memahami yang ibu ayah bukanlah sebahagian dari dirinya. Satu jasad yang lain.
Kalau melebihi umur 4 tahun, masih ada separation anxiety lagi, maka itu tak normal. Antara sebab separation anxiety anak menjadi teruk,
✅Ibu ayah terlalu overprotective, anak serap keresahan ibu ayah. ✅ Ibu ayah yang stress , anak terpaksa menghadapi emosi ibu ayah yang berubah-ubah. ✅ Trauma seperti kehilangan yang disayangi atau kematian.
Jujurnya, saya lah tu yang pertama. Overprotective. Tengah cuba rawat yang tu. Suami banyak bantu. Kesannya ada kelihatan pada anak pertama.
Alhamdulillah, saya jumpa ilmu ini setelah dapat anak kedua dan ketiga. Jadi, mereka berdua alhamdulillah ummi dah prepare. Anak pertama alhamdulillah juga makin berani dari sebelum ini.
Dalam buku Behavenya Anakku ini, memang belajar tips untuk rawat dan memahami separation anxiety ini.
Antaranya, ✅ Ibu ayah sendiri kena tenang dan urus emosi dengan baik di hadapan anak. Kalau tak mampu, elok dapatkan bantuan kaunselor dan pakar psikologi untuk rawat emosi sendiri. ✅ Elak terlalu paksa anak ✅Ajak anak main aktiviti yang memerlukannya berpisah dengan anak sebentar seperti main sorok-sorok dan main cak cak.
Begitulah. Kena selalu tambah ilmu kan dalam mengurus tingkah laku anak ni.
Adakala kita tak tahu dan tersilap. Adakala itu hanya perkembangan normal anak. Adakala ada sebab yang mendorong anak berkelakuan begitu. Sentiasa ada ruang untuk melakukan yang lebih baik untuk kita dan anak-anak.
Anak-anak terkadang ada sahaja perangai mereka yang “menduga” kita. Bukan berniat nak berkasar dengan anak-anak namun tekanan kerja, tekanan urusan seharian kadang-kadang mencabar emosi.
Anak-anak yang “berperangai” sebenarnya dia hanyalah inginkan perhatian kita sebagai ibu bapa. Cuba mama atau papa ketepikan laptop ataupun hand phone dan layan anak untuk seketika pasti ada perubahan pada tingkah laku anak. Namun ramai yang tidak dapat mengawal emosi apabila anak mula tantrum.
Saya pernah jadi bengis pada anak saya dulu
Yela, anak saya si Solahuddin ni dia punya ragam tu mintak ampun. Anak nombor 2 kan. Memang dia punya perangai ‘attention-seeking’ tu lain macam sikit.
Menangis tanpa sebab munasabah, jadi excited melampau bila saya balik rumah sampai dia terpukul adik beradik yang lain, suka bergaduh berebutkan riba saya, suka merengek tak berhenti dan banyak lagi lah.
Cuma saya perasan, bila saya jadi bengis ni perangai Solahuddin akan berubah tapi dia akan berubah jadi sedikit penakut dan penikus. Aduh! Bahaya ni kalau berterusan sampai dewasa. Silap haribulan benda ni boleh efek sampai ke usia tua!
Jadi saya ubah pendekatan saya. Daripada gunakan pendekatan bengis kepada cara yang penuh loving & caring tetapi pada masa yang sama tetap tegas dan firm dengan keputusan.
Satu lagi benda yang saya ubah, saya tukar mindset dan perkataan saya daripada duk mengata anak saya ni ‘attention-seeker’ kepada ‘connection-seeker’.
Ya, anak kita bukannya ATTENTION-SEEKER, mereka cuma CONNECTION-SEEKER! Bila kita ubah mindset macam ni la baru kita akan kurang ‘annoying’ sikit dengan bermacam ragam anak kita kerana kita tahu mereka bukan sengaja buat ragam tu tapi mereka perlukan ‘connection’ dalaman yang sedang kehabisan!
Ye, anak yang buat hal ni kebanyakannya sebab dia sedang mencari ‘connection’ yang tak terisi. Depa ni macam telefon yang tak dicas hingga akhirnya lowbat ( low-battery ).
Jadi otak anak kita tu akan hantar signal bahawa mereka perlu buat hal supaya mak ayah boleh bagi sedikit ‘connection’ untuk penuhkan kembali tangki emosi yang tak terisi.
Tu je sebenarnya cuma kerana kurangnya kita dalam ilmu parenting la membuatkan kita lupa tentang benda ni sehingga kita hamburkan segala amarah kita pada anak anak kita.
Tu yang kita malam malam rasa sebak je tengok anak tidur dalam tangisan kerana deep down inside, kita tahu kita bersalah pada mereka
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.