Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.
Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama.
Apa kata cuba buat ais krim dua bahan yang sangat mudah dan mesti disukai anak.
Berikut perkongsian dari Puan Umairah Jamaah mengenai cara buat ais krim yang sangat ringkas dan cepat.
Ni kakMai share resepi ice-cream termudah di abad ini (amboi ayat dia). Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.
Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun ok je)
• Sebiji Epal
Sumber: Umairah Jamaah