Teruja sungguh buat aiskrim ni. Tak menyabar menunggu beku esoknya. Menngalahkan anak pula. Jom buat aiskrim mewah ala-ala magnum 4 bahan je. Serius sebiji rasa macam yang jual di kedai tu.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Riena Eris. Memang puas hati sebab cara nak buatnya pun mudah sangat!
Bahan-bahannya:
Diary whipping krim
Susu pekat manis
Coklat masakan (double boilerkan)
Almond nibs (sangai @ bakar )
Cara-caranya rujuk pada gambar:
Memula tuangkan susu pekat. Kemanisan ikut citarasa masing-masing ye..
Yang ni diary milk whip krim.. rase dia memang lagi lemak-lemak tapi tawar. Boleh je pakai non diary whip krim tapi beza la rasa dia sikit tak sama.
Tuang kan separuh kotak yer. Nak habis kan pun boleh ikut sukalah.
Lepas tu bagi anak kacau ye dan suruhlah rasa dah manis ke belum.
Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim tinggal ruang sikit sebab nanti beku akan mengembang sikit. Pastikan dah letak batang aiskrim tau. Boleh beli acuan aiskrim silikon.
Dah siap letak penutupnya terus masuk peti ais & biar beku semalaman lebih kurang 8-10 jam..supaya nnt senang nak coating coklat.
Almond nibs sila sangai kan.
Coklat masakan tadi kite double boiler kan.. tapi hakak beli yang dah siap senang terus celup je.. berryls gourmet dark coklat kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal.
Aiskrim yang dah dibekukan dan sedia untuk dicelup.
Boleh celupkan dalam coklat dan ratakan bagi kelilingnya rata.
Haa dah siap celup dan rasa tak sabar nak makan.
Lepas coating choc terus cecepat kita tabur almond nibs tau. Sebab kalau lambat nanti yang coklat tadi terus auto mengeras..nanti tak lekat pula badam tu. Nak sedap letak banyak tau memang holiau lah.
Lepas dah salut badam, masuk kan dalam freeze 15-30 minit bagi dia firm sikit. Lepas tu boleh terus makan. Dah jimat boleh dapat lebih 20 batang 1 kotak diary whipping krim tu. Jimat juga kan. Mesti anak-anak bangga mak dia pandai buat aiskrim magnum macam ni.
Moga bermanfaat.
Kredit: Riena Eris
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)