Aiskrim Baskin Robbin Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Sahaja, Serius Sedap!

Share

Hampir sebulan tidak menikmati aiskrim Baskin Robbin pastinya buat hati terasa rindu. Terbayang-bayang keenakkan dan rasa aiskrimnya yang super premium, padat dan enak. Apa lagi rasa lemak-lemak manis yang unik dan cukup menyelerakan.

Tak perlu menahan diri sebaliknya cuba buat aiskrim persis Baskin Robbin ini sendiri di rumah. Paling menarik bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim ini hanyalah tiga bahan sahaja. Resipi perkongsian Pn Ameera ini serius sedap malah rasanya hampir sama. Tak percaya? Apa kata anda cuba!

Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!

2 kotak whipping cream
4 sudu besar milo
1/2 tin susu pekat

Tidak perlu letak air. Terus blender semua bahan.

Dah blend masuk terus dalam bekas.

Masuk dalam peti ais bahagian keras beku dan biar selama 4 jam.

Dah jadi aiskrim ibu. Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh!

Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap. Share la ibu halalkan!

Resipi wajib cuba: Kek Marble Moist Gebu 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak Padu

 

Published by
SRM