Cuti sekolah yang sedang berlangsung ini jadikan waktu terbaik untuk bersama anak-anak. Ambillah cuti sekali sekala untuk lebihkan masa bersama anak-anak. Tak perlu bercuti atau ke tempat-tempat mahal nak hiburkan hati anak, di rumah pun sudah memadai.

Memasak antara salah satu aktiviti yang buat anak cukup terhibur. Apa lagi menyediakan aiskrim homemade yang menjadi kegemaran mereka. Nak tambahkan khasiat lebih, masukkan buah-buahan sebagai bahan utama dalam aiskrim. Tak perlu tambah gula, hanya gunakan susu segar dan manis dari buah sebenar.

Resipi Aiskrim Homemade 3 Layer Buah Segar, Confirm Tak Cukup Makan Satu!

Resipi aiskrim dari Puan Shezz Yusof yang dikongsikan menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik kerana menggunakan 3 lapisan buah yang manis dan mempunyai warna yang mampu menarik perhatian anak kecil. Cuma katanya sedikit memerlukan masa kerana terpaksa menunggu aiskrim keras sebelum menambah lapisan lain. Tak mengapa, janji anak suka. Jom cuba.

IKLAN

Kegigihan seorang Mak buatkan ice-cream 3 layer untuk anak. First layer dragonfruit then avocado lastly mango. Lecehnya, setiap kali keluarkan mold untuk tambah layer, anak dah dok teriak jerit jerit “MOMMYYYYYY!! ES-YEMMM!!!”.

Resipi Aiskrim Homemade 3 Layer Buah Segar, Confirm Tak Cukup Makan Satu!

Bahan-bahan:
Buah naga
Buah mangga
Buah avokado
Susu segar

IKLAN

Resipi Aiskrim Homemade 3 Layer Buah Segar, Confirm Tak Cukup Makan Satu!Saya lenyekkan satu persatu buah dan campur dengan susu full cream sedikit.

Resipi Aiskrim Homemade 3 Layer Buah Segar, Confirm Tak Cukup Makan Satu!Masukkan satu persatu buah dalam acuan. Tunggu dah keras dalam 2 jam, then baru masukkan next buah. Sejuk bekukan sampai keras.

IKLAN

Resipi Aiskrim Homemade 3 Layer Buah Segar, Confirm Tak Cukup Makan Satu!Siap.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI