Kanak-kanak mana yang tidak sukakan aiskrim. Letak sahaja di depan mata, berebut-rebut keriangan. Apa kata kita cuba kelainan dengan menghasilkan sendiri aiskrim homemade untuk anak-anak di rumah.

Bukan hanya lebih sedap bahkan anak-anak dapat makan sepuasnya setiap hari. Resipi ringkas lima bahan yang dikongsikan oleh Nurulhuda Radzi ini memang mudah. Hanya satukan sahaja kesemuanya dan bland hingga sebati. Terbaik!

Aiskrim Homemade Tiga Layer, Guna 5 Bahan Saja, Tak Cukup Makan Satu!


Anak-anak dok mintak aiskrim. Lupa pulak bekas bertutup habis. Nak letak dalam bekas besaq nanti jenuh nak basuh cawan, qeja ulang makan aiskrim ja.

Bedal ja lah cawan plastik pakai buang tu, tutup dengan plastik nasi lemak potong kecik-kecik ikat getah. Settle.

Aiskrim homemade:
1 tin susu pekat (kurang kan jika tak suka manis)
2 tin susu cair @ susu full krim
Suku tin dairy whipping cream (optional)
2 sb overlett
1 sk esen vanilla

IKLAN

Aiskrim Homemade Tiga Layer, Guna 5 Bahan Saja, Tak Cukup Makan Satu!

Mix selama 25 minit.

Bahagikan kepada 3 adunan, letak emulco atau apa-apa perisa dan pewarna yang anda suka.

IKLAN

Aiskrim Homemade Tiga Layer, Guna 5 Bahan Saja, Tak Cukup Makan Satu!

Masukkan dalam bekas, hiaskan lepas tu masukkan dalam freezer semalaman.

P/s Kurangkn susu pekat jika tak suka manis.

IKLAN

Artikel menarik: Aiskrim Durian Homemade Lagi Puas Buat Sendiri, Anak Makan Berebut!

Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade, Makan Sejuk Terasa Nikmat Coklatnya!

Aiskrim Baskin Robbin Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Sahaja, Serius Sedap!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI