Tidak dinafikan cuti sekolah yang panjang ini membuatkan dapur rumah menjadi terlalu sibuk. Mana tidaknya bila mana anak keluar masuk dapur tanpa henti dek mencari makanan kegemaran mereka. Stok aiskrim tidak putus-putus. Nak cari kelainan dan tambahkan kegembiraan anak-anak, apa kata mama cuba hasilkan aiskrim milo ni pula.
Hanya gunakan lima bahan sahaja dengan proses paling mudah, aiskrim milo padu dan terlajak sedap macam cadbury tersedia untuk anak-anak. Anak-anak mesti teruja! Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari. Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat!
Bahan-bahan:
Susu cair 1 tin
Milo 1 cawan
Serbuk koko 2 sudu besar
Susu pekat 2 sudu besar
Ovalet 1-2 sudu besar
Satukan semua bahan dalam bekas.
Putar hingga sebati selama 15 minit. Nak putar lama lagi pun boleh, sampai gebu.
Tuang dalam bekas dan hias dengan coklat chip.
Then masuk dalam peti ais semalaman.
Siap!
Artikel berkaitan: Sedapnya Aiskrim Homemade Coklat Berlys Ni, Manis-Manis Berlemak, Sekali Makan Nak Lagi!
Resipi Aiskrim Solero Shot, Guna Serbuk Limau Nipis, Sedapnya Rasa Masam Manis!
Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade, Makan Sejuk Terasa Nikmat Coklatnya!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI