Aiskrim vanila antara pilihan anak-anak dan menjadi pilihan seisi keluarga. Sedap dimakan dengan kon, roti atau begitu sahaja. Apa kata buat sendiri aiskrim vanilla homemade seperti yang dikongsikan ini jika teringin nak makan. Mudah dan teksturnya pun gebu!
RESIPI AISKRIM VANILA HOMEMADE
300 ml air
2 sudu tepung jagung
300 ml susu segar
60 gram gula pasir
1 sudu serbuk vanilla
1 sudu ovelette
CARA PENYEDIAAN
1. Mula-mula sekali, masukkan air bersama tepung jagung ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati bancuhannya. Tapi pastikan jangan buka api dapur dahulu.
2. Kemudian, buka api dan masak bancuhan sehingga menjadi jernih seperti gambar di atas.
3. Seterusnya, masukkan pula susu segar dan kacau lagi sekali sehingga sebati bancuhan tersebut.
4. Masukkan pula gula pasir bersama serbuk vanilla dan kacau dengan rata. Hati-hati jangan sampai tertumpah ke luar, rugi tau.
5. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.
6. Selepas 5 jam, keluarkan dan hancurkan aiskrim tadi ke dalam bekas pengadun.
7. Masukkan ovelette dan kacau dengan pengisar pengadun hingga sebati dan kembang.
8. Langkah terakhir, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan selama 5 jam juga.
Dah siap aiskrim vanilla hasil air tangan sendiri! Boleh makan bersama kon aiskrim atau letak dalam cawan makan begitu saja. Makan dengan roti pun layan. Selamat mencuba!
Tonton video penuh di sini:
@zamaiskrim Aiskrim Vanilla Homemade #fyp #aiskrimvanilla #aiskrimvanillahomemade ♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim
Sumber: Tiktok Zam Aiskrim ; Sirap Limau
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)