Aiskrim vanilla antara pilihan anak-anak dan menjadi pilihan seisi keluarga. Sedap dimakan dengan kon, roti atau begitu sahaja. Apa kata buat sendiri aiskrim vanilla homemade seperti yang dikongsikan ini jika teringin nak makan. Mudah dan teksturnya pun gebu!
Aiskrim Vanilla Homemade, Lembut, Gebu
RESIPI AISKRIM VANILLA
300 ml air
2 sudu tepung jagung
300 ml susu segar
60 gram gula pasir
1 sudu serbuk vanilla
1 sudu ovelette
Rasa Macam Beli Di Kedai, Confirm Anak Suka!
Cara membuat:
1. Mula-mula sekali, masukkan air bersama tepung jagung ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati bancuhannya. Tapi pastikan jangan buka api dapur dahulu.
Ads
2. Kemudian, buka api dan masak bancuhan sehingga menjadi jernih seperti gambar di atas.
3. Seterusnya, masukkan pula susu segar dan kacau lagi sekali sehingga sebati bancuhan tersebut.
Ads
4. Masukkan pula gula pasir bersama serbuk vanilla dan kacau dengan rata. Hati-hati jangan sampai tertumpah ke luar, rugi tau.
5. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.
6. Selepas 5 jam, keluarkan dan hancurkan aiskrim tadi ke dalam bekas pengadun.
Ads
7. Masukkan ovelette dan kacau dengan pengisar pengadun hingga sebati dan kembang.
8. Langkah terakhir, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan selama 5 jam juga.
Dah siap aiskrim vanilla hasil air tangan sendiri! Boleh makan bersama kon aiskrim atau letak dalam cawan makan begitu saja. Makan dengan roti pun layan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyediakan hidangan buat anak-anak kecil kita saban hari sememangnya menyeronokkan. Apa lagi saat melihat mereka menghabiskan suapan terakhir hingga licin pinggan. Satu kepuasan buat ibu.
Selain menu yang berat seperti nasi dan bubur, manisan antara yang begitu disukai anak-anak sebagai selingan di waktu minum petang. Bubur Som Som Buah Naga ini antara yang disyorkan. Selain mudah dan ringkas, rasanya juga cukup sedap. Malah warnanya juga cukup menarik. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini.
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 sb tepung beras
3/4 cawan santan segar
1 cawan air
Bahan B :
1/4 cawan sagu
air secukupnya
Bahan C :
1/2 biji buah naga
Satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk.
Masak di aatas dapur menggunakan api sederhana perlahan. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi pekat dan meletup letup.
Pastikan tepung telah benar benar masak. Tutupkan api dan tuangkan ke dalam bekas.
Ketepikan seketika. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih sepenuhnya. Tutupkan api.
Tuangkan ke dalam penapis dan basuh sagu tersebut.
Satukan Bahan B bersama Bahan C dan kacau sebati. Tuangkan ke atas Bahan A tadi.
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain makanan berat dan utama, anak juga sama macam kita, sukakan makanan yang pelbagai. Salah satu menu yang boleh diberikan kepada anak-anak kita adalah beraneka bubur. Pun begitu, untuk bayi dua tahun ke bawah perlulah dikawal kandungan gulanya supaya tidak terlalu manis. Sebolehnya elakkan letakkan gula di dalam bubur anda.
Potong juga buah atau elemen utama dalam saiz yang kecil supaya tidak membahayakan anak untuk makan. Apapun jenis makanan dan bubur pastikan ibu sentiasa mengawalnya ketika anak makan. Lebih selamat. Anak kenyang, ibu pun senang hati.
Empat pilihan pengat atau bubur manis daripada empat ibu hebat ini nampak sedap. Pilihan buat anak-anak kita di petang hari. Jom cuba.
Resipi Atieyn Myra ini mudah sahaja, hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Petang ni tea time Mawaddah ibu buatkan bubur jagung. Sedap walaupun no sugar no salt. Ibu dah makan semangkuk dah.
Bubur Jagung Simple
2 tongkol jagung manis
1 cawan air
⅓ cawan santan segar (saya lebihkan untuk rasa yang lebih creamy)
2 biji kurma (boleh lebihkan kalau nak lagi manis)
1. Kupas jagung dan sisirkan isinya. Ketepikan.
2. Rendam kurma dengan air panas. Buang kulit dan biji. Lenyekkan.
3. Masukkan santan, air dan kurma ke dalam periuk. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan jagung. Kacau sekejap. Masak sekitar 5 minit sahaja. Tutup api. Siap!
Tips : Kalau beli jagung manis / jagung susu / jagung mutiara dari cameron, cara masaknya memang 5 minit sahaja. Kalau untuk rebus, makesure didihkan air sehingga menggelegak then celup 5 minit. Kalau lebih masa jagung akan kering dan hilang rasa.
Ini pula resipi perkongsian ibu Nor Syahidah Ramli yang menyediakan Pengat Pisang Kurma tanpa garam dan gula. Hanya kurma dan manis pisang sebagai perasa. Dua bahan saja dan cukup.
Semua makanan anak saya Zaid tak ditambah garam/gula tapi tetap cukup rasa.
Bak kata doktor yg ummi jumpa, “Setiap orang tahap masin, manisnya lain-lain. Macam tu juga baby. Baby tu tak kenal lagi masin manis. Deria dia pun 3 kali ganda kuat dari kita. 2 tahun ke bawah tak perlu gula garam. Cukup kenalkan dengan yang semulajadi”
Ps: untuk anak yang masih makan texture halus, boleh blend makanan. Masak dan blend ikut texture anak masing-masing.
Pengat Pasta Kurma dan Pisang
(Sesuai untuk 7m+)
Bahan-bahan:
Pisang – dipotong kecil
Kurma Pasta
Cara:
1. Masak kurma pasta dari Eatalian Express selama 5 minit dengan air yang secukupnya.
2. Masukkan pisang.
3. Masak sehingga lembut semuanya.
Note: boleh masukkan puri kurma sebagai pengganti gula.
Bubur gandum versi baby 9 bulan dari Puan Nurul Afifah pun nampak sedap. Laju je anak makan.
Guna barang asas yang ada di rumah saja.
Bubur Gandum Versi Bayi
Bahan :
Biji gandum
Santan
Kurma
Air secukupnya untuk rebus
Cara cara:
Biji gandum rebus sampai lembut kembang. Dah lembut masukkan santan. Asingkan untuk portion anak. Maniskan skit dengan puree kurma. Selebihnya untuk hidangan keluarga.
Kalau tak ada gandum, guna barli pun boleh. Kalau nak wangi lagi letak daun pandan.
Ini pula resipi Bubur Barli daripada Puan Dahlia Kamaruza. Barli memang sedap dan baik untuk kesihatan jadi tak salah beri anak rasa barli pula kali ini. Jom cuba.
Bubur Manis Barli Epal & Pear
Barli 2 sudu besar
Apple merah 1/2 biji
Pear 1/2 biji
Caranya:
Rendam dulu barli selama 1/2-1 jam. Apple dan pear buang kulit dan potong dadu kecil. Lepas tu rebus je semua sampai barli kembang dan buah lembut.
Rebus sampai air agak kering kemudian blend kejap. Kalau nak halus boleh blend sampai halus. Ikut texture mana yang anak nak makan. Kalau dah boleh makan tak perlu bleh.
Tak perlu tambah kurma pun dah ada rasa manis-manis dari buah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak bila makanan berasaskan coklat, ia antara pilihan nombor satu. Kalau kek yang berasaskan coklat tu, sekejap boleh habis. Biasanya kek coklat moist antara jadi pilihan anak-anak.
Bagi resipi kali ni, mama boleh cuba buat resepi Premium Royal Thai Buttercake perisa coklat. Kek yang gebu, tak muak dijamin seisi keluarga suka. Tak percaya boleh cuba resepi dikongsikan Ummu Yusuf.
-mix butter, gula ising, gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih
-kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap
-seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + creamy esen vanilla, mix sekejap sampai sebati
-kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, mix sekejap lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.
-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing.-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.