Saat diberitahu bakal mendapat anak lelaki selepas mempunyai dua orang anak perempuan sebelum ini, ibu mana yang tak gembira. Segala persiapan untuk menyambut kedatangan orang baru dibuat dengan penuh rasa teruja.
Namun perasaan gembira itu hanya sementara saja kerana selepas Muhammad Aisy Dayyan bin Sapuan dilahirkan hanya linangan air mata seorang ibu sebagai pengubat kesedihan melihat anak terlantar sakit.
Lahir dengan masalah jantung & banyak tulang rusuk tak ada
Menurut Siti Nor Farhanis, Aisy dilahirkan dengan banyak masalah kesihatan. Doktor sahkan dia mempunai masalah jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan banyak tulung rusuk tak ada.
Semua ini diberitahu oleh doktor selepas melakukan pemeriksaan terperinci seminggu selepas Aisy dilahirkan. Tapi masalah utamanya sekarang adalah tulang banyak tak ada dan ada yang bercabang.
Masa diberitahu oleh doktor, saya tak dapat nak terima tetapi bila memandang wajah anak syurga ini, saya tahu Allah nak berikan ganjaran pahala buat saya dan suami. Kami mula terima dengan hati yang reda dan berjanji untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.
Ibaratnya hospital adalah rumah kedua Aisy kerana dia memerlukan rawatan rapi dari pakar. Masa saya banyak dihabiskan untuk menjaga Aisy dan nasiblah kakak-kakaknya faham.
Ads
Sambut ulang tahun pertama
Dalam keadaannya Aisy yang mempunyai masalah kesihatan dan kadang kala tak stabil sehingga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi, Aisy masih kuat bertahan dan telah pun menyambut ulang tahun pertamanya pada 13 Mac lalu.
Cumanya 3 hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran Aisy, setelah dua bulan berada dalam wad, dapat perkhabaran yang sungguh tak dijangka sama sekali.
Doktor minta bersedia bila-bila masa
Kongsi Siti Nor Farhanis, apabila dapat berjumpa dengan pakar paru-paru dari Kuala Lumpur keputusan dan pandangan doktor sungguh membuatkan hati seorang ibu sedih.
Ads
“Doktor beritahu tiada lagi rawatan lain untuk Aisy dan oksigen terpaksa dicabut. Doktor minta saya tawakal kepada Allah kerana dari Dia kita datang dan satu masa kepada Dia kita kembali.. Allahuakbar!
“Waktu ini tiada kata-kata yang mampu diluahkan cuma saya minta jasa baik doktor sebelum bawa balik Aisy ke rumah, saya nak bekalkan juga dengan mesin oksigen. Bukan tak mahu terima takdir, tetapi selagi belum sampai masanya saya nak jaga sebaik mungkin. Alhamdulillah doktor setuju.
“Jadi saya dengan rendah diri nak mohon bantuan sahabat semua. Saya perlukan modal untuk beli set oksigen kepada anak saya untuk bantunya bernafas kerana pernafasan dia laju sepanjang masa,” katanya.
Mohon sumbangan dapatkan mesin oksigen
Ads
Tambah Siti Nor Farhanis, setelah berbincang dengan doktor, mereka dimaklumkan harga untuk mesin tersebut dianggarkan dalam RM15,000. Ini kerana dua mesin oksigen diperlukan iaitu satu di rumah dan satu lagi untuk di bawa ke hospital sekiranya perlu bawa Aisy dapatkan rawatan.
“Disebabkan kekangan untuk membeli mesin tersebut, saya mohon jasa baik sahabat untuk sama-sama panjangkan hajat saya ini.
“Ini kerana suami yang sebelum ini hanya bekerja kilang dah dua bulan tak bekerja kerana terpaksa menjaga dua lagi anak di rumah. Moga ada sinar untuk Aisy dan saya amat berterima kasih pada yang mendoakan kesembuhan anak saya,” ujarnya.
Jika ada yang ingin memberi sumbangan, boleh terus hubungi Siti Nor Farhanis di talian 0197855870 atau ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
**Dapatkan barangan keperluan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Kanak-kanak memang suka bermain dengan semua jenis permainan. Mereka juga suka memasukkan permainan tersebut dalam rongga-rongga seperti hidung, telinga dan mulut mereka sendiri.
Kadang walau sentiasa perhatikan tetapi tetap juga tak perasaan ada benda yang dimasukkan dalam telinga atau hidung mereka. Akibatnya anak asyik merengek tak selesa dengan benda yang tersumbat dalam hidung atau telinga mereka. Malah keadaan ini juga boleh membahayakan mereka. Jadi sebaiknya ibu dan ayah kena lebih peka dengan apa yang anak-anak pegang.
Seperti perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari mengenai satu situasi yang dirujuk kepadanya. Beliau juga menggesa ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan melakukan 4 perkara ini:
Memang tak senang hati bila tengok si kecil tu asyik duk merengek sebab hidung berhingus, selsema tak baik-baik.
Lately ni pulak perasan yang nafasnya mula berbau busuk tak macam selalu.
“Sebab tu lah saya bawa dia ke mari. Tak tahan dah hari-hari saya tengok keadaan dia macam tu. Doktor tolong periksa ya.”
Nah, mengucap panjang sampai ternganga mulut mak ayah budak bertuah tu akibat terlampau terkejut bila dimaklumkan hasil penemuan selepas kedua-kedua belah hidungnya diperiksa.
Rupa-rupanya ada sepasang patung mainan yang tersangat kecil dah jadi penduduk tetap kat dalam tu.
Patutlah selsema tak sembuh bahkan sampai lendir hingus pun berbau busuk.
Kalaulah dibiarkan lama lagi, tak mustahil budak tu berisiko untuk terkena jangkitan yang lebih teruk.
Tapi nak buat macam mana, nak marah pun tak guna sebab memang dah fitrah anak kecil, imaginasi dia orang ni sangat hebat.
Tiap kali jumpa benda baru mesti nak bereksperimen. Kacang, mainan, butang baju, mata pensil, span, kertas, bateri dan macam-macam lagi.
Benda-benda ni kalau tak masukkan kat hidung, boleh jadi disumbat ke dalam telinga.
Sebab tu saya nak mintak tolong sangat-sangat kat mak ayah semua supaya berhati-hati dan lakukan 4 perkara ni selalu:
#1 – Tolong cek kat seluruh pelusuk rumah kita tu. Kalau ada barang atau mainan yang terlampau kecil, simpan kat tempat tersorok dan jangan berikan kat si kecil kita.
#2 – Perhatikan si kecil tu tiap kali dia bermain. Kadang tu bukan setakat disumbatnya objek kat dalam hidung atau telinga, kes telan objek masuk mulut pun selalu je kami jumpa.
#3 – Kalau perasan anak kita tu asyik selsema je, lepas tu baunya pulak busuk dan pelik, bawak je untuk pemeriksaan.
Jangan terkejut pulak ye kalau tiba-tiba nanti terjumpa benda yang tak terjangkau langsung kat dalam fikiran kita ni.
#4 – Dalam kes foreign body tersumbat dekat lubang hidung macam ni, boleh jadi jugak anak kita tu akan mengadu sakit hidung tersumbat, susah nak bernafas dan pergerakan nafasnya berbunyi.
Jika terjadi macam ni, dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan segera.
Paling menakutkan kalau si kecil tu tersedut objek tadi lalu termasuk ke saluran paru-paru sebab risiko kematian mengejut akan jadi sangat tinggi!
Jangan main-main ye.
Tolong #share artikel ni dengan pasangan masing-masing ye. Wajib kena ingatkan antara satu sama lain lagi-lagi kalau kat rumah kita tu ada anak kecil supaya kita dapat elakkan benda tak elok ni dari berlaku kat dalam rumah kita sendiri.
Kes kenaikan jangkitan Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD) yang melanda kanak-kanak kebelakangan ini dilihat semakin membimbangkan. Lebih buruk lagi sambutan hari raya yang baru berlalu, tambah menularkan jangkitan.
Jika anak-anak kita terkena jangkitan HFMD ini sebaiknya jangan cemas. Lakukan sahaja pembersihan dengan kerap mencuci tangan dan sebagainya disamping memantau demam anak setiap masa.
Bagi memudahkan anak-anak, ada baiknya mak ayah sediakan panduan yang dikongsikan oleh Dietitian, Pn Fizah Sobri ini, lebih-lebih lagi untuk makan dengan selesa.
MUSIM HFMD
Siapa yang kata mama tak jaga memang rasa nak cili je. Sejak kes mommy nampak mommy lain bawa anak yang ada chicken pox jalan jalan ke tesco dalam handbag mama ni tak pernah tak ada hand sanitizer and antibacterial wipes.
Takpe biar mulut mereka sedekah pahala dekat mommy, ni tujuan post nak bantu mama lain yang mengalami senasib dengan mama macam mana nak kekalkan anak mama yang kena HFMD ini makan dengan elok walaupun banyak ulser.
1. Sediakan minuman berkotak Untuk Ammar start je diagnosis mama dah siap singgah kedai beli macam macam air kotak yang tinggi zat dan kalori (contoh susu plain, susu soya, susu cokelat, vitagen, fruit juice).
Ni untuk bagi ammar senang nak minum air * Perlu pastikan anak minum air yang secukupnya agar tidak mengalami dehidrasi.
2. Standby makanan yang lembut Makanan seperti kek, bun, kuih (lapis, kek cokelat kukus, kek pisang, apam) sentiasa ada nak gantikan snek yang biasa ammar makan.
3. Sediakan makanan yang memerlukan kurang tenaga atau kerja mengunyah Mama banyak masa dari kumpulan noodles (meehoon goreng, mee soup, spaghetti) senang ammar nak makan dan tak banyak mengunyah macam nasi
4. Guna straw Bagi anak yang minum susu botol, agak sukar sebab sakit sewaktu minum susu botol tersebut, lagi lagi jika ada ulser dalam mulut.
Boleh tukar kepada straw sebab cara minum guna straw tak begitu sakit banding dengan minum botol.
5. Lebihkan makanan/minuman yang sejuk – Buah lembut yang sejuk – Susu/yoghurt drink/ jus buah/ susu ibu jadi macam ice cream malaysia – Pudding/jelly/dadih/agar agar – Lebih elok makanan yang licin (meehoon/mee/pasta/kuehteow) bukan halus (bubur/oat) sebenarnya sebab makanan halus boleh lekat dekat ‘mata’ ulser.
6. TENDER LOVING CARE (TLC) – Gunakan cuti kuarantin yang ada untuk bagi sepenuh perhatian dekat si kecil yang sakit. – Banyak hug, banyak main, dan banyak bergurau agar si manja tak ingat kesakitan yang dia ada, – JANGAN BAWA KELUAR JALAN JALAN! – Ammar masih boleh main dekat luar tapi dalam kawasan rumah sahaja.
Nak nangis setiap kali anak nangis sakit atau tak selesa! Kalau boleh nak amik alih sakit Ammar biarlah mommy yang sakit bukan awak.
Untuk mommies lain di luar sana yang anak sedang atau pernah mengalami HFMD. Harap tips tersebut boleh membantu.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.