Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya kini hamil anak menerusi perkongsiannya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Aisyah juga turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya.
Aisyah menerusi perkongsian video itu turut sama berdoa agar bayi keempatnya bersama suami sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je.
Ads
“Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” kongsi Aisyah menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun mendoakan agar kehamilan itu dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan anak nanti.
Ads
Terdahulu, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah. Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut. Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Tapi nak tahu cara yang diguna pakai itu berkesan atau tidak, cuba lakukan seperti yang dikongsi oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini. Antara marah dan pujuk si kecil ternyata keduanya mempunyai kesan yang tersendiri.
Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.
Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.
Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!”
Maka….
Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.
Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.
“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”
Hmmm… Nak tahu apa jadi?
Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.
Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”
So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.
Nampak macam melawan kan?
Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.
Reaksi survival manusia.
Maka…. Saya pun tukar method.
Kan tengah eksperimen tadi kan?
Saya pause dalam 2 minit.
Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.
Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…
Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…
“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”
Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.
“Tiup jom”
Macam magik. Terus datang dan tiup abang.
“Aufa cakap sorry abang, salam abang”
Sekali lagi macam magik.
Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan
So, apa kesimpulannya di situ?
Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah….
Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.
Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.
Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.
Apa nak buat?
KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.
Macam mana nak buat?
LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)
UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.
RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.
Mama, Ayah…..
Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya.
Anak kecil sekejap saja.
Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.
Siti ‘Aisyah Rozalli
Jadi mak ayah, sebelum bertukar jadi marah tu sila tenangkan diri dahulu. Tarik nafas Panjang-panjang dan faham situasi anak-anak sebelum ambil tindakan. Bukan tak bagi marah langsung, tapi kalau boleh cuba berlembut kerana dengan cara itu anak juga akan lebih tenang dan emosi mereka juga tidak terganggu dengan perasaan marah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, banyak mainan kecil yang diselitkan dalam makanan ringan anak-anak. Ini bertujuan untuk bagi anda rasa gembira apabila membukanya. Namun ibu bapa harus ambil peranan dalam hal ini terutama apa yang anak makan dan dapat dalam kotak atau plastik jajan.
Sebagai anak kecil mungkin mereka tak tahu apa-apa lagi melainkan rasa seronok sahaja. Disebabkan itu, jika boleh elakkan, lebih bagus.
Sama seperti perkongsian Ummi Kalsum Ismail di Facebooknya yang memberitahu mengenai mainan yang cuba ‘meracuni’ pemikiran anak saudaranya. Nasiblah waktu itu tergerak hati untuk melihat. Jika semua tak perasan, tak tahu apa yang akan difikirkan oleh kanak-kanak di usia itu.
Hari tu anak saudara yang berusia 7 tahun makan lolipop. Kawan beri katanya. Jarang mereka dapat makan jajan ni, sebab tu tanya dapat mana. Lolipop tu dapat sekali mainan kecil dalam plastik.
Mulanya saya tak perasan mainan apa. Ingatkan keychain atau binatang mainan. Tergerak hati minta nak tengok mainan tu.
“Astaghfirullahalazim … Mainan apa bagi budak-budak ni. Tak senonoh betul!”
Terkejut saya bila tengok betul-betul mainan tu. Mujurlah anak saudara saya belum buka mainan tu. Masih dalam plastik. Dia pun tak tahu mainan apa yang dia dapat.
Terus saya minta untuk ambil. Saya cakap pada dia, mainan ni tak elok.
Kalian lihatlah sendiri mainan apa. Kita yang dah dewasa ni memang tak perasan mainan kecil macam ni melainkan tengok betul-betul. Iyalah, mainan ni lebih kurang besar ibu jari tangan sahaja saiznya.
Anak-anak pula tak tahu benda begini tak elok bawa main. Seronok dapat mainan free.
Lepas ni,
✓ Lihat mainan apa yang mereka dapat ✓ Jika dapat yang begini, cepat ambil dan buang ✓ Beritahu mereka, benda begini benda tak elok
Saat masyarakat kita berperang dengan pelbagai isu yang macam-macam berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini, ada pula pihak yang senang-senang secara halus nak kacau fikiran anak-anak kita. Haih, geram betul!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruang dapur terhad bukan penghalang untuk nampak teratur dan kemas. Lagi-lagi jika di situlah juga ruang laundry yang menempatkan mesin basuh dan keperluan sabun pencuci. Kadang boleh sakit mata melihat plastik atau botol sabun diletakkan atas lantai.
Bukan itu saja, bagi yang ada anak kecil, risau takut anak diam-diam masuk dapur dan bermain barang-barang yang boleh membahayakan mereka. Jika ada tempat khas meletakkan barang-barang tersebut, lagi elok.
Bagi anda yang ingin pastikan ruang dapur dan tempat membasuh pakaian tersusun elok, boleh ambil idea yang dikongsikan oleh Nur Suhada Saiman.
Aktiviti DIY hujung minggu bersama encik suami. Baru belajar. Rasanya buat 5 lubang je, yang selebihnya encik suami yang buatkan.
Bakul bertingkat serbaguna
Bakul 3pcs × RM2.30 = RM6.90
Roda 2pack × RM2.30 =RM4.60
Besi Bentuk L (tak tahu nama) * 2pek × RM2.30 = RM4.60
Skru (beli kat hardware) = RM12
Total = RM27.80 sahaja
Tebuk lubang ikut jenis saiz besi L
Bila dah siap tebuk, boleh susun dan masukkan skru. Siap!
Nak memudahkan pergerakan bakul serbaguna ini, boleh pasang roda di bahagian bawah. Jadi senang sikit nak tolak ke mana-mana.
**Bakul bertingkat serbaguna ini juga boleh digunakan untuk meletakkan barang mainan anak. Jadi lepas main anak boleh terus letak je dalam bakul ni. Kuranglah sikit bersepah rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!