Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah perumpamaan didikan ibu ayah untuk membesarkan anak-anak yang cemerlang, berfikiran terbuka sentiasa positif. Untuk membentuk peribadi anak, ibu ayah haruslah menjadi contoh yang baik supaya menjadi ikutan mereka.

Membesarkan anak dengan didikan positif dapat membantu mereka untuk mencapai potensi terbaik. Bukan sekadar mengajar tetapi membimbing anak-anak untuk sentiasa di landasan paling tepat sepanjang mereka membesar. Nak didik anak memang tak mudah, tapi kalau ibu ayah ada cara unik dan kreatif, mereka dapat bermain dan belajar pada masa yang sama!

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini, Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah!

Paling penting, tunjuklah yang anda sentiasa ada untuk membantu anak-anak melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Anak-anak yang selalu melibatkan diri dengan aktiviti bersama keluarga akan menjadi individu yang lebih yakin dan berani untuk mencuba pelbagai perkara baharu. 

Ayuh, ajarkan beberapa perkara ini kepada anak-anak:

  1. Ajar Mereka Tentang Kepentingan Kelestarian Alam

Wujudkan rasa empati pada diri anak-anak dengan mendidik mereka tentang kelestarian alam. Betapa penting untuk menjaga alam semulajadi bagi mengekalkan ekosistem yang baik. Bukan saja untuk kehidupan manusia tetapi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang memainkan peranan tersendiri dalam memastikan semua dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini, Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah!

Ibu ayah boleh ajarkan anak-anak untuk bercucuk tanam dan bermain dengan tanah. Dengan cara ini, pelbagai kemahiran sensori anak dapat dirangsang seperti menghidu, memegang, dan dan melihat.

  1. Bentuk Peribadi Anak, Lebih Positif & Peka Dengan Persekitaran 

Dalam zaman yang serba mencabar, bukan mudah untuk membentuk peribadi anak-anak. Sebagai ibu ayah kita perlu peka dan serius untuk mendidik mereka menjadi individu positif yang banyak memberi kemudahan kepada orang lain dan alam sekitar. Ada banyak cara untuk memastikan anak bersedia menjadi masyarakat hari esok:

Ads
  •         Ajarkan anak untuk sentiasa peka dengan persekitaran mereka.
  •         Latih dan didik anak-anak untuk sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
  •         Terapkan nilai murni dalam diri anak seperti rasa tanggungjawab, menghormati orang lain dan lain-lain.
  1. Anak Anda, Hero Masa Depan!

Tahukah anda, anak-anak kita sebenarnya Hero masa depan? Mungkin mereka tidak mempuyai kuasa seperti adiwira dalam TV tetapi mereka berkuasa untuk mengubah masa depan jika sudah dididik sejak kecil!  

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini, Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah!

Untuk pengetahuan ibu ayah, GAMUDA LAND baru sahaja melancarkan kempen Heroes Of Tomorrow yang bakal berlangsung bermula 25 November 2023 – 21 Januari 2024.

Oleh itu, terdapat 3 tema yang fun dan sesuai untuk anak-anak belajar sambil bermain!

Bengkel pertama bertemakan pembentukan masa depan dengan aktiviti membina model rumah. Untuk bengkel ini anak-anak akan belajar cara membina rumah yang mampan. Tambah menarik, mereka juga dapat mengenali peralatan dan mesin di sebalik pembinaan rumah. Memang sesuai untuk memupuk minat anak-anak.

Ads

Selain itu, anak-anak juga akan belajar untuk memperkasakan masa depan melalui bengkel cabaran membina kereta mainan yang menggunakan kuasa solar. Mereka bukan sahaja akan belajar tentang kelestarian alam bahkan bagaimana penggunaan kuasa solar dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kalau anak-anak yang sukakan kereta, pasti akan enjoy bengkel ini! 

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini, Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah!

Satu lagi tema menarik adalah bercucuk tanam yang mendidik anak-anak untuk menanam sayuran. Dalam bengkel ini, anak-anak akan belajar cara penggunaan peralatan cucuk tanam yang betul. Lebih bagus lagi, mereka juga akan diberi pendedahan terhadap kitar hidup tumbuh-tumbuhan. Confirm syok!

Menariknya, untuk menyertai bengkel ini sangat berbaloi. Ibu ayah boleh daftarkan anak-anak dengan empat pilihan pakej bermula RM30 sehingga RM130 (paling best sebab KOMBO untuk 2 orang anak).

Setiap pakej termasuk hero cape, carousel ride, tiket masuk ke SplashMania, pek snek kanak-kanak dan goodies bag yang menarik. 

Ads

Tak susah pun untuk ajarkan nilai murni kepada generasi muda. Paling penting, tarik minat mereka dengan aktiviti menarik dan berikan kebebasan kepada mereka untuk meneroka potensi yang ada pada diri mereka. Mereka pasti akan menjadi Hero terbaik untuk hari esok.

Jangan tunggu lagi, ayuh daftar anak-anak anda sekarang!

Selain itu, Gamuda Land akan mengadakan acara ‘Jolly Christmas with CoComelon’ dari Disember 2023 hingga Februari 2024!

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini, Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah!

Mari bawa anak-anak anda ke Quayside Mall dan twentyfive7 di Kota Kemuning, Jade Hills, Bukit Bantayan Residences di Sabah!

Banyak aktiviti menyeronokkan untuk anak-anak anda sertai dan pelbagai bengkel akan diadakan seperti bengkel belon udara panas dan bengkel ‘Wheels on the Bus’. Di samping itu, anda boleh menantikan pertunjukan maskot, claw machine, kolam bola angin, dan banyak lagi aktiviti menarik lain.

JJ, TomTom, dan YoYo juga akan membuat penampilan istimewa untuk sesi tarian bersama dan juga sesi foto, saat ini pasti seronok untuk anak-anak dan seluruh keluarga!

Maklumat lanjut mengenai event Jolly Christmas with CoCoMelon ini, anda boleh mendaftar di SINI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI