Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi, ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi. Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur. Jika anda juga mempunyai anak-anak yang cerewet, bolehlah cuba resipi ini.

Katanya idea resipi ini didapati dari laman Facebook juga, cuma diolah menjadi lebih mudah dan sesuai dengan selera anaknya.

Resipi Lain: [Anak Demam Selesema, Cuba Resipi Sup Antibiotik Ibu Ini. Mudah!]

Resipi Bebola Nasi

Bahan-bahan A:

Nasi panas

Kiub ayam

IKLAN

Daun sup } dicincang halus

Lobak merah } dicincang halus

Bahan-bahan B:

2 sudu besar tepung gandum

IKLAN

1 sudu besar tepung beras

2 sudu besar nestum

Secubit garam

IKLAN

Sedikit serbuk lada hitam

1 biji telur

Resipi lain: [Kuah Sedap, Pekat & Likat. Resipi Soto Raya Power, Ini Rahsianya!]

Cara Membuat:

  1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sebati semuanya.
  2. Siap digaul semuanya, bulatkan nasi tersebut. (boleh juga gunakan acuan menarik jika mahu)
  3. Satukan semua bahan B dalam satu mangkuk. Telur di dalam mangkuk lain.
  4. Lumur telur pada adunan bulat tadi dan masukkan ke dalam campuran bahan-bahan B.
  5. Kemudian masukkan semula ke dalam telur dan lumur bahan B sekali lagi.
  6. Selesai buat semuanya, goreng dalam minyak panas dengan api sederhana. Tidak perlu digoreng lama kerana khuatir menyerap minyak. Apabila bertukar warna kekuningan, angkat dan tos minyak. Bolehlah diberi makan kepada anak.

*Resipi ini sesuai buat anak-anak berusia dua tahun ke atas.

Sumber Resipi: EINN FAZRIN MOHD HAIRI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI