Seorang bayi lelaki yang masih dalam pantang, berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori muatan tanah di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata, Ayer Tawar, Perak pada Rabu (3 November).
Kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil dinaiki bayi itu bersama lima ahli keluarga lain bertembung dengan kenderaan berat berkenaan.
Nahas dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang dalam perjalanan dari arah Beruas ke Ayer Tawar hilang kawalan selepas melanggar dua lembu dan masuk ke laluan bertentangan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 6.24 pagi.
Ads
Menurut beliau, kejadian turut mengakibatkan pemandu dan penumpang lain iaitu lelaki dan wanita disyaki ibu bapa mangsa bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua hingga sembilan tahun cedera.
“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta telah tersepit, manakala bayi dalam pangkuannya telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu kereta dan tiga kanak-kanak yang berada dalam kereta sama telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada ambulans untuk rawatan.
Ads
“Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 7.58 pagi.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu.
Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit sudah diambil.
“Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.
“Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mendakwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.
Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
DITETAK PADA KEPALA & PERGELANGAN TANGAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
HALUSINASI
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
POSITIF DADAH & PEMINUM KETUM
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.