Mendidik anak pada kebaikan memerlukan usaha yang bukan sedikit. Pun begitu jangan terlalu menjadikan kebaikan satu bebanan pada anak-anak kita. Apa sahaja yang ada di sekeliling kita boleh kita jadikan kebaikan jika kena caranya.

Memberi makan pada kucing jalanan, atau membantu mengambil barang antara contoh mudah yang boleh kita terapkan pada anak kita. Perkara mudah tetapi besar kesannya pada anak kita.

Perkongsian penulis keibubapaan, Pn Wawa Shauqi di facebooknya ini boleh mak ayah jadikan teladan kepada ke arah kebaikan untuk menjadikan anak-anak kita lebih sempurna dan baik hati.

Ajar Anak Berbuat Baik, Gembirakan Orang Lain, Besar Kesannya Pada Anak Kita!


Nak kongsi cerita dengan you all. Ada hari-hari yang saya mood low, tapi anak-anak dahagakan perhatian, ada beberapa perkara yang saya ajak anak buat. Dan kesannya sangat best untuk saya dan anak-anak.

Antaranya yang saya pernah buat :
– Bagi air kotak/ botol kat tukang sapu.
– Belikan lunch untuk kontraktor/ orang construction.
– Kumpul duit dengan anak dan aim bagi pada stranger yang nampak susah.
– Cari kucing dan anjing lapar untuk diberi makan
– Bawak beg sampah dan pengepit. Kemudian kutip sampah dekat kawasan rumah atau taman permainan.
– Belikan barang keperluan seperti beras, tepung, telur dan biskut, kemudian beri pada jiran.

Ajar Anak Berbuat Baik, Gembirakan Orang Lain, Besar Kesannya Pada Anak Kita!

Ads

Best sebenarnya buat kerja ni. Kadang-kadang rasa macam treasure hunt. Kami akan pusing satu pekan sampai jumpa orang yang layak untuk kami beri khidmat. Anak pun akan rasa semangat.

Memang biasa waktu kami memberi, orang akan menolak. Tapi bila saya cakap “Bagi can saya buat baik ye kak. Nanti akak doakan saya sihat.”

Ajar Anak Berbuat Baik, Gembirakan Orang Lain, Besar Kesannya Pada Anak Kita!

Kadang-kadang, anak pun sanggup keluarkan duit simpanan mereka. Kalau kekangan dari segi kewangan, sesimple ajak anak susun pinggan lepas makan kat luar, susun troli pasaraya, susun sejadah dan telekung kat surau, atau sesimple senyum pada orang pun cukup.

Ads

Pernah juga kami tanam kucing mati dan lepaskan kumbang yang tersangkut. Kadang-kadang kan, support bisnes kawan pun, antara benda yang boleh kita buat. Walaupun hakikatnya, barang yang dijual tu kita tak perlu atau tak pakai. Beli, kemudian sedekah ada orang.

Ajar Anak Berbuat Baik, Gembirakan Orang Lain, Besar Kesannya Pada Anak Kita!

Percayalah, buat benda-benda mudah macam ni, bukan bagi hati sendiri happy, malah buat orang lain happy dan ajar anak kepuasan memberi.

Ads

Malah, anak juga dapat pengajaran. Dan sama-sama dapat bonding time yang amazing. Saya cerita ni bukan sebab nak meriak. Tapi nak ajak korang cuba buat sendiri. Baru faham bestnya feeling tu.

Artikel berkaitan: Didik Anak Kenal Allah, Belajar Erti Syukur, Baru Anak Tidak Meminta

Mommy Sorry Ok, Jangan Malu Nak Minta Maaf Pada Anak, Tak Rugi, Malah Anak Pun Lembut Hatinya!

Ajar Anak Berbuat Baik, Gembirakan Orang Lain, Besar Kesannya Pada Anak Kita!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI