Ada sesetengah anak sukar untuk tidur malam. Biarpun pada siang hari mereka tidak tidur, tapi tetap sukar nak lelapkan mata. Anak-anak tetap aktif walaupun badan sudah keletihan kerana mereka umpama ‘menahan mata’.
Jika kurang tidur, ia akan mempengaruhi kesihatan mereka. Emosi pun mudah terganggu. Sebagai ibu ayah, kita boleh bantu anak-anak untuk lebih mudah tidur dengan beberapa kaedah ini.
Perkongsian dari Ustazah Nazirah ini sangat bagus dan elok untuk diamalkan.
Antara amalan ustazah sebelum tidurkan anak dan selepas anak tidur.
Amalan ini berbeza dengan 7 tahun lalu, 5 tahun lalu. Hatta berbeza dengan tahun lalu.
Ustazah sering share tips tidurkan anak kan sejak awal #hijrah ustazah. Moga moga Allah berkahi kita ibu-ibu.
Artikel Menarik: [Gen Bapa Penentu Anak Lelaki & Perempuan Berderet Atau Selang Bunga, Bukan Ibu]
Sebelum tidur semua mesti ambil wudhu’.
*Baca doa
*Ikrar tauhid
*Baca Ayatul kursi
*Selawat pada Rasulullah S. A. W
Dan lepas itu,
1. Mesti sapukan badan anak #minyakzaitunterapialquran urutan dan bonding keberkahan Al Quran dengan anak anak dengan amalan Terapi Al Fatihah dibibir.
Kadang anak dh tertidur. Ustazah tetap akan sapu badan anak minyak zaitun walaupun dh tidur.
Amalan menidurkan anak anak dengan didikan Al Quran.
2. Lepas anak anak tidur. Atau lepas siap sapu minyak Ustazah akan baca Al Quran sehingga anak anak tidur. Anak anak akan tidur dengan alunan amalan bacaan ummi. Dulu mungkin 7 tahun lalu kita guna radio al Quran.
Usaha jadikan bibir kita radio anak anak dan inilah jalan hijrah Yang kita sama berjuang insyl izin Allah akan sampai ke tahap lebih tinggi.
Artikel Menarik: [Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!]
Bila anak anak dah tidur.. Sambung amalan amalan berzikir dan amalan amalan diri serta amalan2 ustazah sebagai perawat.
Dulu anak tidur kita tidur… Atau buka hf main hf.
Elakkanlah.. Tidurkan anak anak dengan kelalaian. Kesian anak anak.
Esok bangun tidur saksikan… Macam macam masalah anak nak ke sekolah.
Artikel Menarik: [Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya, Guna Kata Kerja. Buat Anak Lagi Ingat & Faham!]
Apatah lagi jika anak memang bermasalah… Lagi makin parah masalah anak dek kerana kita ibu bapa kurang amalan didikan amalan Islam sebelum anak tidur.
Berpesan-pesan pada keimanan❤❤
Bukan amalan mudah. Insyl pelan pelan amal, doa pada Allah dan istiqamah pasti sampai kita pada titik ketenangan Yang dicari dengan izin Allah.
#terapialquranustazahnazirah
#didikanakhlakrasulullah
Semoga dengan perkongsian dari ustazah ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk membuatkan anak lebih mudah tidur. Kita juga mengharapkan dengan amalan ini dapat membuatkan tidur mereka lebih nyenyak dan berkualiti. Selamat mencuba.
Nak anak lebih lena tidur malam, boleh gunakan ‘senjata rahsia’ ini. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI