Kes kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dilanggar van sekolahnya sendiri meninggalkan kesan amat dalam bagi mak ayah. Apa lagi yang terpaksa memilih untuk menghantar anak menggunakan khidmat van sekolah.
Bukan pilihan namun itu sajalah pilihan yang ada bagi membolehkan urusan anak ke sekolah berjalan lancar. Namun bahaya yang datang tiada siapa yang tahu malah mempersalahkan orang lain bukan jalannya.
Apa kata kita cuba latih anak kita mengikut yang disarankan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, seperti yang diajarkan kepada kanak-kanak di Jepun. Mana tahu ia sedikit sebanyak membantu.
Kes kemalangan kanak-kanak dilanggar oleh kenderaan yang mula maju (frontover) atau mundur (backover) lazimnya adalah melibatkan kenderaan jenis SUV, van dan lori.
Ini kerana posisi duduk bagi pemandu kenderaan sebeginj adalah lebih tinggi berbanding kereta. Posisi tinggi ini memberi kelebihan untuk pandangan jauh, tetapi satu keburukan untuk pandangan dekat.
Kenderaan besar begini boleh mempunyai titik buta setinggi 4-5 kaki (130-150cm) di hadapan bamparnya.
Secara kasar, itu bersamaan ketinggian seorang kanak-kanak berusia 6-8 tahun. Ini menjadikan kanak-kanak darjah satu dan dua berisiko tinggi untuk dilanggar jika mereka melintas betul-betul di hadapan kenderaan seperti van sekolah dan bas sekolah.
Ads
Di Jepun, salah satu langkah keselamatan jalan raya yang diajar kepada kanak-kanak adalah mengangkat tangan ke atas ketika melintas. Secara teori, ini akan menambahkan ketinggian mereka.
Bermakna, jika mereka berada di titik buta pada hadapan kenderaan, sekurang-kurangnya pemandu akan terlihat tangan mereka sewaktu mereka melintas di hadapan kenderaan itu.
Amalan ini tidaklah 100% berkesan mengelakkan kemalangan, namun ia sesuatu yang kita boleh ajarkan kepada anak-anak untuk dijadikan amalan bagi mengurangkan risikonya.
Selain itu, ia tanggungjawab pandu van dan bas sekolah untuk memastikan penumpang(murid) selamat tiba pagar rumah masing-masing sebelum memandu pergi.
Ads
Antara amalan lain yang boleh dilakukan oleh pemandu adalah hanya benarkan penumpang(murid) turun di belah bahu jalan. Larang penumpang turun di sebelah jalan raya.
Disarankan juga, ketika kanak-kanak sekolah rendah naik dan turun daripada kenderaan sekolah, perlu ada orang dewasa (penjaga/ibubapa) yang mengawasi dan membantu mereka.
Sama-sama kita berusaha pastikan kes seperti ini tak berulang lagi. Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan, Keselamatan dan Perubatan
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua kenangan yang paling tak dapat dilupakan sampai bila-bila bagi pelakon Idzham Ismail apabila dia diuji dengan ujian di awal kerjayanya dan anak sakit. Namun baginya ujian ini jugalah yang menguatkan hubungannya dan isteri.
Menerusi perkongsian di instagramnya, dia pernah menyatakan pernah berkongsi semangkuk mee segera dengan isteri sementara menunggu dapat tawarab bekerja.
Bukan itu saja, dia dan isteri turut di duga apabila anaknya, Nur Sofea Inara pula mempunyai komplikasi jantung yang dipaggil Transposition of Great Arteries (TGA) dan terpaksa menjalani pembedahan injap jantung utama pada 19 Jun tahun lalu.
“Dua insan yang aku sangat perlukan dalam hidup. Susah senang ada dengan aku.
“Berbekalkan Maggi Rm2.50 pernah kami kongsi. Benda ni buat aku kuat untuk ada dengan diorang sampai bila-bila.
“Diduga dalam bentuk rezeki lepas dapat rasa nikmat bawa inara balik rumah dari operation jantung. Masa tu sendirian uruskan kerjaya. Wife nekad jaga inara sampai betul-betul sihat baru teruskan kerjaya dia.
“Dulu, bila tengok balik memori kitorang ni aku tak tahu kalau aku jumpa orang lain sanggup ke dia duduk semeja dengan aku makan maggi RM2.50 hari hari sampai aku dapat kerja?.
“2 May 2019 (semalam) hari inara kena scan detail jantung dia. Doakan inara di jalan terbaik ye semua.
“Korang yang baca ni ada kisah dengan pasangan yang korang ingat sampai mati tak?
“Jum kongsi untuk semua hargai pasangan masing-masing. Yang buruk kita buang dan ubahkan yang baik kita simpan dan jadikan ingatan,” katanya.
Sumber: ig Idzham Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Asyik abang dan kakak je mengalah dengan adik”, setiap keluarga pasti mengalami situasi ini. Yang menjadi mangsa pening kepala pastinya mama. Mama lah orang yang akan leraikan pergaduhan tersebut.
Namun bukan senang untuk tenangkan anak-anak. Bila minta si abang yang mengalah pasti abang rasa tidak adil. Bila diminta adik mengalah, si adik pula yang menangis tak henti-henti.
Anak sulung saya lelaki (6 tahun) adiknya pula 1tahun 6bulan. Saya tahu dia memang sayangkan adiknya. Tapi, ada masanya dia marah-marah dan akan menangis sebab dia terpaksa beralah dengan adik. Contohnya dia isi air dalam botol minuman untuk dia minum. Tapi, bila adiknya nampak adiknya nakkan juga botol minuman tu.
Saya serba salah. Sebab bila saya minta adik pulangkan botol pada abang, si adik enggan dan akan menjerit. Akhirnya saya terpaksa minta abang beralah. Saya katakan, dia seorang abang yang baik dan sayang pada adik. Kemudian dia akan menangis dan saya biarkan sampai dia reda. Then, barulah saya peluk dan pujuk.
Betul ke cara saya ni Ibu?. Kalau dulu, saya suka marah-marah, tapi sekarang saya tak nak marah-marah lagi.
JAWAPAN:
Ini satu peningkatan bagi puan. Dalam masa yang sama, Ibu ingin puan naik ke satu tingkat lagi. Puan perlu kuat hati untuk memberi peluang abang untuk menang sekali-sekala.
Dan mengajar anak yang kedua itu juga mengalah serta tidak mengambil barang abangnya sewenang-wenang. Walaupun masih kecil, kita boleh mendidik dengan sabar ya.
Kita tidak mahu abang itu akan timbul kepercayaan diri yang dia sentiasa perlu mengalah kerana dia sulung. Dan yang paling penting, kita tidak mahu adik itu mendapat kepercayaan bahawa dia boleh ambik semua barang abang dia dan abang perlu mengalah.
Ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anak kedua itu selalu membuli si abang. Fenomena ini biasa kita lihat bukan? Abang sulung selalu mengalah bila ada perebutan harta pusaka. Ibu melihat sendiri terjadi pada arwah ayah ibu.
Lagi satu bila si abang sudah besar, dia tiada the ability to negotiate and win. Susahlah karier atau bisnesnya.
Bila anak diserang batuk dan selesema tentu Mama jadi tak keruan kan? Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor, ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
APAKAH 5 PETUA SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN?
1. Bawang Merah
Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk mengeluarkan jusnya. Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.
Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.
3. Tidur Cara Meninggikan Bahagian Kepala
Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal nipis supaya anak dapat baring dengan selesa. Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.
4. Daun Kaduk
Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.
Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya membantu mengeringkan hingus bayi.
RESIPI BAM SEMULA JADI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kecil minyak kelapa
3 sudu besar beeswax
15 titis minyak eucalyptus
20 titis minyak peppermint
10 titis minyak pati lemon
10 titis minyak pati kayu manis
1 bekas
CARA MEMBUAT:
Cairkan beeswax secara double boil dan sejukkan sedikit.
Campurkan minyak kelapa dan minyak pati ke dalam beeswax tadi.
Kacau adunan tersebut sehingga bertukar jernih dan berbau harum.
Tuangkan ke dalam bekas kaca dan sejukkan sepenuhnya selama sejam atau dua jam sebelum boleh digunakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.