Ayah ini ajar anaknya ikut cara Rasulullah s.a.w minum air. Nampak simple tapi kesannya anak boleh jadi orang hebat satu hari nanti dengan izin Allah SWT.
Kadang-kala kita tak perasan perkara simple yang kita ajar anak mampu mengubahnya menjadi orang yang hebat satu hari nanti. Tapi syaratnya ia mesti amalkan secara konsisten dalam kehidupan seharian. Insha-Allah menjadilah. Jom sama-sama amalkan seperti dikongsi oleh Dr.Taufiq Razif ini.
Tadi saya nampak mood anak saya tengah baik je jadi saya sengaja nak ajar dia satu benda yang boleh buat dia jadi hebat dibandingkan kawan-kawannya yang lain.
Yep, Maryam Soolihah ni baru je 3 tahun tapi apa yang saya ajar ni boleh ubah hidup dia untuk 50 tahun ke hadapan.
Saya ajar dia 5 benda simple je.
PERTAMA : Saya ajar dia untuk guna tangan KANAN bila pegang gelas untuk minum
KEDUA : Saya ajar dia baca Bismillah bila nak teguk air. Tak perlu doa panjang-panjang pun, cukup Bismillah je
Ads
KETIGA : Saya ajar anak saya supaya jangan tiup air tu walaupun air tu panas. Biarkan je air tu sejuk sendiri
KEEMPAT : Saya ajar anak saya minum 3 kali dalam setiap gelas yang diminumnya. Kiranya habiskan segelas air tu dalam 3 kali tegukan. Bukan teguk skali harung je sampai habis.
KELIMA : Saya ajar anak saya ucap Alhamdulillah bila dah habis minum. Tu je. Simple kan?
Ads
Kenapa saya nak sangat anak saya buat 5 benda simple ni?
#1 – Selain manfaat kesihatan, saya sebenarnya nak anak saya kontrol emosi dia. Bayangkan bila tengah haus kita main taram je teguk air. Bila ada step yang dia perlu buat sebenarnya saya dah ajar dia secara halus supaya dia boleh kawal emosi dia sendiri lagi-lagi bila tengah lapar dan haus.
Ads
Ni la sebenarnya antara teknik saya ajar anak saya untuk manage emosi mikro dia supaya Emotional Intelligence ( EQ ) anak saya jadi makin hebat! Bila emosi yang mikro pun dia boleh handle, emosi lain yang lebih besar nanti jadi lebih senang la untuk dia kawal.
p/s : Lebih dasyat lagi, ni la sebenarnya apa yang Nabi kita buat bila minum air! Sebijik dengan apa yang Nabi kita sendiri buat. Jadi dah baca ni terus amal kat anak masing-masing ye.
Mungkin ramai ibu bapa yang memfokuskan kepada kepandaian anak semata-mata tetapi tidak mengambil tahu tentang perkembangan emosi mereka. Ini adalah perkara penting yang perlu didahulukan sebelum pengisian akademik.
Menurut Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria, keadaan ini dinamakan Hyperlexia. Berikut ialah perkongsian beliau mengenai keadaan ini.
“Pernah dengar tidak istilah ‘HYPERLEXIA’?
“Pandai baca dan mengira, tetapi tidak pandai mengawal emosi. Minta berhati-hati ya!”
PADA USIA ENAM TAHUN PERTAMA PERLU DILAYAN SEPERTI RAJA
Pengawalan emosi perlu dididik dalam ENAM tahun pertama kanak-kanak. Ada sebab kenapa dalam Islam ada mengatakan umur sebegini perlu dilayan seperti raja.
EMOSI ANAK SANGAT KRITIKAL
Menurut Dr Putri Afzan, pembentukan emosi kanak-kanak pada usia ini amat kritikal. Pendedahan kepada sesuatu yang tidak perlu pada usia ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Emosi adalah pada tahap pembentukan KRITIKAL. Melakukan sesuatu yang tidak diperlukan TERLALU AWAL, ternyata suatu PEMBAZIRAN sekiranya jika yang perlu didahulukan tidak didahulukan terlebih dahulu.
90% PEMBENTUKAN OTAK BERLAKU PADA 6 TAHUN PERTAMA
ibu bapa perlu memahami apa yang diperlukan oleh si manja semasa pembentukan otak yang berlaku pada 6 tahun pertama. Jadi ibu bapa perlu tahu apa yang perlu didahulukan sepanjang 6 tahun pertama ini.
Ingat ya, 90% pembentukan otak yang pertama, perlu ditekankan pada usia umur 0 hingga 6 tahun. Apa yang sebenarnya diperlukan? Apa yang sebenarnya boleh tunggu hingga otak sudah bersedia menerima?
Fahami KEPERLUAN ini sebaik-baiknya.
TIP BAGAIMANA IBU BAPA PERLU BANTU ANAK FAHAMI EMOSI
Mustahak bagi ibu bapa untuk membimbing anak untuk mengenali dan mengendalikan emosi seperti marah, kecewa, sedih, gembira dan sebagainya. Selain itu, pada peringkat ini, ambil inisiatif untuk membina satu hubungan yang erat dengan anak-anak. Menurut Dr Putri Afzan, hal ini lebih penting daripada menghafal ABC, 123 dan AlifBaTa
Tips: Bantu anak faham emosi dan pertingkatkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.
Segala aktiviti yang membantu 2 perkara ini adalah lebih penting berbanding menghafal ABC dan 123 dan AlifBaTa.
EMOSI YANG BAIK AKAN MEMBENTUK TINGKAH LAKU YANG BAIK
Dr Putri Afzan juga menegaskan yang emosi yang terhasil daripada perhubungan dengan ibu bapa yang baik akan membantu anak menjadi insan yang berfungsi baik dalam masyarakat.
Emosi yang baik akan membentuk tingkahlaku yang baik. Perhubungan dengan ibubapa yang baik, akan menjadikan anak itu FUNCTIONAL dalam masyarakat.
Ibu bapa perlu tunjukkan tingkah laku yang baik jika mahu anak punya asas/fundamental agama yang baik.
Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak-anak. Mereka tak tahu apa perlu dilakukan, terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam, atau di majlis keramaian.
Tantrum adalah cara anak-anak mengambil perhatian kita, dan memberitahu bahawa mereka mahukan sesuatu. Oleh kerana mereka tak tahu cara yang sesuai, sebilangan anak-anak menggunakan cara ganas, atau sering disebut sebagai menunjuk perasaan.
Ada yang menangis berguling-guling di lantai, menjerit-jerit hingga tegang urat leher, menghentak barangan, malah ada yang memukul ibubapa serta diri sendiri.
1. TAK USAH MARAH: dalam keadaan begini, anak tidak akan dengar apa yang anda marahi dan nasihat padanya kerana emosi dah pemikirannya pada masa itu adalah tidak rasional.
Anda harus kekal tenang. Jika anda turut naik marah, maka anak-anak ini mendapat signal bahawa emosi marah ini adalah cara yang betul untuk meminta.
Yalah, ibubapa mahu anak hentikan tantrum dan cara yang digunakan untuk sampaikan mesej itu adalah melalui marah.
Jika kita perasan, ia tak beza daripada kelakuan anak kita tu. Dia nak sesuatu, dan dia gunakan emosi marah anda berontak. Sama, kan?
Jadi tak usah marah, apatah lagi memaki atau gunakan kekerasan fizikal. Silap hari bukan anak kita ikut gunakan kekerasan fizikal ketika tantrum kelak.
2. TAK USAH TURUTI: adakalanya ibu bapa malas hendak melayan kerana tantrum anak, maka ibu bapa hanya turuti sahaja kemahuan dan permintaan anak. Hentikan amalan ini.
Amalan ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektik untuk menyampaikan dan mendapatkan kemahuan.
Mereka tak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah salah, dan selesa melakukannya di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Malah, amalan menuruti kemahuan anak ketika tantrum adalah sesuatu yang menggalakkan lagi anak ulang kelakuan itu.
Jadi tak usah menuruti kemahuannya ketika anak sedang tantrum jika tak mahu ia menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
3. ABAIKAN TANTRUM ANAK: Perkara terbaik untuk mengatasi masalah komunikasi ini adalah tak mengendahkan perlakuan tantrum anak anda dengan syarat-syarat berikut: ▪️Berada di kawasan selamat ▪️Tiada objek yang berbahaya ▪️Anak tidak mencederakan diri
Jangan beri perhatian: jangan pandang, jangan pujuk, jangan bercakap dengannya. Ini beri mesej pada anak bahawa kelakuannya tidak akan dilayan.
Jika anda di rumah, tinggalkan bilik/kawasan di mana anak sedang tantrum. Teruskan aktiviti anda sebelum itu. Namun, pastikan anak selamat.
Jika anda di tempat awam, cuba bawa anak ke tempat yang kurang orang seperti di lorong antara kedai atau ke dalam kereta. Biar mereka.
Biasanya, jika tak diberi perhatian, mereka akan berhenti setelah 10 minit kerana kepenatan mencuba dapatkan perhatian.
4. ABAIKAN KATA ORANG: Orang persekitaran akan mengkritik serta mengecam perbuatan ibubapa mengabaikan perilaku anak. Namun, ketahuilah apa yang dibuat adalah perkara terbaik buat anak.
Jangan makan hati bila kawan-kawan kritik. Jangan makan hati jika emak dan mertua sindir. Jangan juga biarkan pasangan kita “kasihan” pada anak.
Lagipun orang dulu pun ada gunakan cara begini. Bila anak tantrum mereka akan kata “Kau mengaruklah situ sorang-sorang” dan kemudian buat tak tahu.
Sebagai pihak ketiga(penonton) pula, tak usahlah kita berprasangka buruk pada ibu bapa yang sedang mendidik anak-anak mereka.
Tak perlu masuk campur dengan menawarkan untuk beri apa yang budak itu mahu, atau sibuk memburukkan ibubapa berkenaan.
5. RASIONALISASI: ini langkah yang hanya boleh dilakukan setelah anak bertenang serta berhenti menunjukkan perasaan. Ketika ini emosinya dah stabil dan pemikirannya dah sedikit waras.
Pada waktu ini, barulah tunjukkan empati dan kasih sayang. Peluk ada dan tanya elok-elok apa dia mahu. Beri masa anak untuk beritahu apa kemahuannya.
Jika perkara yang dia minta itu tak boleh ditunaikan segera, berilah alasan yang rasional. Namun, jangan sesekali janji perkara yang tak mampu kita tunaikan.
Jika perkara yang diminta tu boleh ditunaikan segera, maka tunaikan dan perlu beritahu anak bahawa cara meminta begini adalah cara yang sihat(betul).
Terakhir sekali, nasihatkan dia bahawa perilaku tantrum adalah perilaku yang tak elok dan ia tak akan membuatkan kemahuannya ditunaikan.
Follow t.me/NotaDrKamarul untuk dapatkan nota kesihatan yang ringkas dan padat.
Nota: Jika anak ada masalah lain, seperti autism, ADHD, maka cara tangani tantrum mereka mungkin lain sedikit. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rina yang merupakan anak kepada influencer media sosial Riyzal Ibrahim dan Maryam kini sudah berusia 13 bulan. Telatahnya yang comel sering mendapat perhatian warganet kerana dapat dilihat dia seorang anak yang bijak dan aktif.
Bukan sahaja video Rina makan sering dikongsi pasangan ini tetapi aksi comelnya yang lain turut dimuatnaik di laman Instagram mereka. Baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan Rina sibuk mengelap lantai mencuit hati orang ramai.
Di dalam video tersebut, Rina dilihat memegang sehelai kain dan begitu tekun mengelap lantai. Biarpun Maryam menegurnya, Rina buat tak endah sahaja dan tetap fokus mengelap lantai. Bersungguh-sungguh betul muka dia!
Gelagat Rina itu membuatkan Maryam dan Ryzal tergelak kerana anak mereka langsung tidak mempedulikan hal lain dan hanya sibuk mengelap lantai. Kecil-kecil dah rajin, mungkin dah selalu tengok ibu ayahnya mengelap lantai, ia menjadi ikutan Rina. Memang kagum dengan gaya parenting Maryam dan Ryzal ni!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...