Ajar Anak Ikut Cara Rasulullah S.A.W Minum Air. Simple, Tapi Kesannya Anak Boleh Jadi Orang Hebat

Share

Ayah ini ajar anaknya ikut cara Rasulullah s.a.w minum air. Nampak simple tapi kesannya anak boleh jadi orang hebat satu hari nanti dengan izin Allah SWT.

Kadang-kala kita tak perasan perkara simple yang kita ajar anak mampu mengubahnya menjadi orang yang hebat satu hari nanti. Tapi syaratnya ia mesti amalkan secara konsisten dalam kehidupan seharian. Insha-Allah menjadilah. Jom sama-sama amalkan seperti dikongsi oleh Dr.Taufiq Razif ini.

Tadi saya nampak mood anak saya tengah baik je jadi saya sengaja nak ajar dia satu benda yang boleh buat dia jadi hebat dibandingkan kawan-kawannya yang lain.

Yep, Maryam Soolihah ni baru je 3 tahun tapi apa yang saya ajar ni boleh ubah hidup dia untuk 50 tahun ke hadapan.

Saya ajar dia 5 benda simple je.

PERTAMA : Saya ajar dia untuk guna tangan KANAN bila pegang gelas untuk minum

KEDUA : Saya ajar dia baca Bismillah bila nak teguk air. Tak perlu doa panjang-panjang pun, cukup Bismillah je

KETIGA : Saya ajar anak saya supaya jangan tiup air tu walaupun air tu panas. Biarkan je air tu sejuk sendiri

KEEMPAT : Saya ajar anak saya minum 3 kali dalam setiap gelas yang diminumnya. Kiranya habiskan segelas air tu dalam 3 kali tegukan. Bukan teguk skali harung je sampai habis.

KELIMA : Saya ajar anak saya ucap Alhamdulillah bila dah habis minum. Tu je. Simple kan?

Kenapa saya nak sangat anak saya buat 5 benda simple ni?

#1 – Selain manfaat kesihatan, saya sebenarnya nak anak saya kontrol emosi dia. Bayangkan bila tengah haus kita main taram je teguk air. Bila ada step yang dia perlu buat sebenarnya saya dah ajar dia secara halus supaya dia boleh kawal emosi dia sendiri lagi-lagi bila tengah lapar dan haus.

Ni la sebenarnya antara teknik saya ajar anak saya untuk manage emosi mikro dia supaya Emotional Intelligence ( EQ ) anak saya jadi makin hebat! Bila emosi yang mikro pun dia boleh handle, emosi lain yang lebih besar nanti jadi lebih senang la untuk dia kawal.

p/s : Lebih dasyat lagi, ni la sebenarnya apa yang Nabi kita buat bila minum air! Sebijik dengan apa yang Nabi kita sendiri buat. Jadi dah baca ni terus amal kat anak masing-masing ye.

Sumber: Taufiq Razif

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal