Sekolah merupakan antara tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak, namun, memastikan keselamatan anak di sekolah merupakan kebimbangan bagi sebilangan besar ibu bapa. Penyakit, kemalangan dan kecemasan boleh berlaku, persediaan kecil boleh membantu untuk memastikan anak selamat di sekolah.
Sediakan anak dengan maklumat untuk dihubungi
Ibu bapa perlu memastikan anak dapat mengingati semua makluman individu penting untuk dihubungi, termasuk nama penuh, alamat dan nombor telefon ibu bapa. Ia adalah untuk membantu anak untuk dapat menghubungi ibu bapa apabila berlaku kecemasan. Disarankan juga untuk memberikan pihak sekolah maklumat tersebut dan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan. Maklumat seperti preskripsi ubatan, masalah perubatan, pembedahan yang pernah dijalankan adalah penting untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah.
Maklumkan kepada sekolah mengenai keadaan kesihatan anak
Sekiranya anak anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik, seperti asma, diabetes atau alahan yang teruk, anda perlu mempunyai pelan perancangan yang teratur dengan sekolah. Ibu bapa perlu meminta untuk berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab terhadap keperluan kesihatan kanak-kanak untuk berbincang mengenai situasi yang dihadapi anak. Untuk melindungi anak anda, adalah sebaiknya untuk melatih mereka untuk bertindak balas jika berlaku sebarang kes kecemasan atau untuk mengendalikan ubatan. Adalah penting untuk kanak-kanak mengetahui cara untuk menyelamatkan diri atau meminta bantuan daripada guru atau rakan.
Ads
Ajarkan asas kebersihan dan penjagaan diri
Membasuh tangan merupakan satu rutin kebersihan diri yang membantu melindungi kanak-kanak daripada jangkitan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak mengenai barangan yang mereka tidak boleh kongsikan dengan individu lain seperti berus gigi, tuala, pisau cukur, sapu tangan, penyepit kuku dan barang-barang peribadi lain, kerana berkongsi mungkin menjadi punca kepada jangkitan.
Dapatkan vaksin mengikut ketetapan masa
Ads
Sekolah merupakan antara tempat yang penuh dengan banyak individu, menjadikan ia antara sumber penyebaran virus dan penyakit. Oleh itu, mengikuti jadual vaksin yang ditetapkan adalah antara cara penting untuk melindungi anak anda daripada penyakit di sekolah. Setiap dos vaksin adalah penting kerana ia melindungi dan melawan penyakit berjangkit yang menjadi ancaman kepada kesihatan.
Berwaspada dengan pembuli
Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa buli jarang berkongsi cerita dengan individu lain terutamanya ibu bapa mereka. Dan sebagai ibu bapa, anda harus sentiasa mengambil berat dan berbual dengan anak anda serta mengenal pasti sebarang tanda amaran, seperti kemerosotan gred, merayu untuk tidak hadir ke sekolah atau menyendiri daripada sosial. Mengenali rakan kepada anak anda juga boleh membantu anda untuk memahami anak anda, situasi mereka dan mencari jalan untuk membantu.
Ads
Peraturan keselamatan lain
Jika anak anda mengambil bahagian dalam acara sukan sekolah, pastikan mereka memakai pakaian yang betul semasa bermain. Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom gegaran dan memerhatikan keadaan anak selepas mereka pulang daripada aktiviti sukan.
Ajarkan kepada anak anda tentang peraturan keselamatan jalan raya. Jika ibu bapa membenarkan anak untuk berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah, ajarkan mereka cara untuk menyeberangi jalan menggunakan lintasan jalan yang disediakan. Jika mereka menaiki bas, ajar mereka untuk melihat pemandu bas sebelum melintasi bahagian hadapan bas dan elakkan untuk berjalan di belakang bas.
Setiap ibu bapa yang menerima cahaya mata pasti mempunyai perasaan teruja tambahan pula anak tidak mengalami sebarang masalah sejak lahir dan perkembanganya seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol? Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi? Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam? Bayi siapa yang paling cepat merangkak? Bayi siapa yang paling cepat berjalan? Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya? Anak siapa yang paling awal membaca? Anak siapa yang paling mahir matematik? Anak siapa yang paling cepat bercakap? Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika? Anak siapa yang paling berakhlak? Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi? Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang? Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama? Anak siapa yang paling berbakat? Anak siapa mempunyai skil yang hebat? Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan. Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
Sumber;
Noor Afidah Abu Bakar
Hyde Park
Disember 2019 Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anak 2 tahun, semua orang macam sama sahaja padanya. Jadi dia akan juga marah nenek dan atuk dia. Jerit pada mereka dan sebagainya. Ikuti perkongsian Ibu ini.
Bila anak buat begitu kepada atuk dan nenek, tiada masalah untuk anda membetulkan dia di depan atuk dan nenek mereka.
Contoh kata-kata yang boleh jadi menyelesaikan 2 masalah dalam satu masa ialah;
“Oh, mama tahu sayang suka menjerit-jerit sebab sayang belum faham. Sayang, menjerit pada orang lain tu tak elok. Sebab sayang masih kecil lagi, mama tak cubit mulut sayang. Tapi bila dah besar, buat macam ni, mama akan cubit mulut dan hukum. Sekarang say ‘nenek’, say ‘atuk’ say ‘love you’”
Kemudian ambil tangan dia dan usap.
Dan usap kepala dia dan kata :
“You are a good boy…sikit lagi, bila dah mula faham, abang akan berhenti menjerit-jerit pada orang begini. Terutama pada nenek dan atuk. Sebab you are a good boy and you love nenek and atuk. And mama loves you…sekarang minta maaf dengan nenek dan atuk. Tak elok kita jerit-jerit pada orang ya. Minta maaf dan cium tangan nenek dan atuk.”
Bila anak itu ulang untuk kali KEDUA, maka beri amaran yang lebih TEGAS.
Keraskan lagi suara. Guna jari untuk say, “NO”
Dan nyatakan perkara itu tak elok. Suruh minta maaf and say Yes, Yes, Yes! bila dia minta maaf.
Bila dia nak buat lagi sekali : Cepat-cepat tutup mulut dia dan bawa dia ke tempat lain dan kali ini perlu lebih keras untuk saya No, No and No! dan bila dia dah mula tunjukkan boleh control behavior dia, katakan Yes, yes, yes dan katakan bagus dia pandai tak jerit pada orang.
Semasa membetulkan perbuatan anak itu, fikirkan juga mengapa dia suka menjerit. Adakah dia mengikut seseorang atau bagaimana? Dan selesaikan yang itu juga.
Bila nenek dan atuk dengar, mereka tahulah yang sayang sebenarnya sedang mengajar anak sayang berakhlak mulia. Dan secara tidak langsung nenek dan atuk yang dah lupa budak usia 2 tahun memang begitu akan teringat balik anak-anak dia masa usia begitu pun seperti itu.
Jadi mak dan ayah ni perlu pandai
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja! Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri. Isteri tidak mengharapkan bulan bintang, cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama-sama membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga.
Isteri sent gambar ini ketika saya outstation. Entah bila dia snap gambar yang saya sedang cuci tandas.
Bagi saya cuci tandas ini tidaklah rasa apa-apa yang besar sangat, lagi pun dah biasa cuci tandas di tempat kerja. saya terkesan sangat apabila isteri cakap yang dia rasa gembira sangat bila saya ringan tulang kat rumah.
Saya mula beri perhatian dalam hal ini. Sekecil perkara yang saya buat ini pun buatkan hati seorang isteri gembira. Sedangkan banyak perkara dalam rumah kebiasaanya isteri yang lakukan. Saya sebak sangat,jika nak outstation semua keperluan saya disediakan,pakaian,berus gigi disusun dengan baik,hatta kasut mana yang sesuai untuk saya outstation pun dah tersedia didepan pintu.
Bukanlah untuk memuji isteri berlebihan, tetapi inilah hakikat ramai isteri yang baik melayan suami agar suami redha kepada mereka.
Alangkan gembiranya seorang isteri jika suami sentiasa beri perhatian kepadanya dan ambil peduli tentang penat lelah dia uruskan rumatangga, apatah lagi jika suami bimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Sebaliknya begitulah isteri berusaha buatkan suami tenang melihatnya.
Rupanya dalam rumahtangga kita jangan fikir apa pasangan perlu buat untuk saya,tetapi kita kena fikir apa lagi yang perlu saya buat untuk gembirakan pasangan.
Tahu tak,jika kita berusaha untuk gembirakan keluarga ini,الله akan gembirakan kita dalam banyak perkara dan buatkan kita rasa bahagia bersama keluarga.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.