Bila anak sudah main, mamalah orang paling stress untuk kemaskan semula mainan yang bersepah di lantai dan kemudiannya kemaskan seluruh kawasan rumah. Jangan stress dan pening-pening jika anda tahu cara bijak. Minta anak kemaskan semula dengan trik yang betul.

Paling penting cara ni harus diajarkan lebih awal lagi. Jangan tunggu bila anak dah besar baru nak disuruh. Salah tu. Ikuti perkongsian oleh Dr Aein Zul ini buat semua ibu bapa.

Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya, Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah!


Tips untuk ibu ayah ajar anak kecil kemas mainan!

1. Kalau anak kecil dah boleh ikut arahan, boleh mula dengan arahan mudah contohnya letak baju dalam bakul. Kalau ok, so boleh suruh simpan mainan dalam kotak pulak.

2. Ibu ayah kena jadi contoh. Lepas main kena kemas sama-sama. Anak belajar bila dia tengok benda depan mata. Jangan suruh anak kemas tapi mak ayah tak kutip mainan sesama.

Dulu mula-mula mummy kemas sorang-sorang jugak, lepas tu slow-slow Aileen faham sebelum tidur kena kemas mainan. Ulang membebel benda sama setiap malam setiap waktu, bagi melekat dalam kepala anak. Cakap nak tidur kemas mainan. Ayat ringkas. Boleh la guna kuasa ibu bebel kat sini ye. Hehehe.

Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya, Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah!

IKLAN

3. Sediakan tempat yang senang anak capai contohnya rak rendah atau bakul besar.

4. Disiplin kan diri mak ayah. Baru boleh disiplinkan anak. Jangan harini ajar kemas, esok sepah, lusa kemas balik. Tak konsisten.

5. Jadikan aktiviti mengemas menarik. Macam sambil kemas sambil counting ke, nyanyi ke. Anak pun enjoy and akan rasa mengemas tu macam bermain.

6. Pastikan satu tempat je simpan mainan anak, adakan playroom/playcorner. Ajar kemas satu barang before main barang lain.

IKLAN

7. Kalau ada anak dah besar, boleh reward anak kalau dia kemas mainan, contoh pegi playground esok ke, pergi jalan-jalan ke. Tapi parents kena tepati janji.

Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya, Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah!

8. Anak kecil dapat kemas sikit pun takpe, 2-3 bola masuk dalam kotak pun dah kira bagus. Nanti lama-lama akan bertambah. Kita nak anak faham konsep kemas lepas main tu je. So pergi mana-mana, rumah orang ke dia ada tanggungjawab kemas barang lepas guna.

Boleh cuba ajar anak ok mommies, yang penting sabarrrrrrrr hehe.

IKLAN

Menarik: Tak Pandai Tiru Bunyi & Tunjuk Jari, Petanda Awal Anak Ada Masalah Lambat Bercakap, Awas!

Ajar Anak Kemas Mainan Ada Caranya, Jangan Paksa Tapi Guna Trik Mudah!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Aein Zul

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI