Anak lelaki dan anak perempuan kita tak sama. Aktiviti mereka biarpun nampak sama tapi perlu dibezakan.
Anak lelaki sebenarnya perlu didedahkan dengan dunia lelaki sejak awal. Senang cerita, biarlah anak sentiasa dekat dengan bapa supaya anak tahu menjadi lelaki yang sebenar.
Anak lelaki perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan persekitaran terutamanya yang melibatkan adik beradik lain supaya sudah terbiasa dengan tanggungjawab. Ini yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol.
Selesai saja solat Jumaat, imam umumkan ada solat jenazah. Terus saya tarik tangan Ammar, anak lelaki sulung saya dan kami berjalan masuk ke dalam saf yang lebih hadapan.
Imam terangkan secara ringkas tentang cara solat tu dilakukan dan selepas beberapa minit semuanya selesai.
Dalam kereta, saya tanya Ammar. “Ammar pernah buat solat jenazah?”
Dia kata tak pernah. Itulah kali pertama dan dia tak sangka sangat mudah nak buat solat jenazah.
Petang tu pula, gas memasak habis sewaktu isteri saya sedang menggoreng ayam. “Jom Ammar, tengok papa buat. Kita tukar tong gas.”
Angkat tong. Pulas sini, cabut situ. Tak lama, semuanya selesai. Bab hati-hati dengan bau gas, itu saya tekankan. Ammar mengangguk faham.
Tentang anak lelaki
1. Anak lelaki perlu masa yang khusus dengan ayah. Biarlah jauh sekejap daripada ibu atau adik beradik perempuan.
2. Anak lelaki perlu rasa yang ayah mereka itu mudah didekati. Sama ada untuk bertanya atau untuk belajar sesuatu.
3. Kalau ayah nak keluar rumah untuk buat sesuatu perkara atau nak ambil barang, ajak anak lelaki sekali.
4. Apa saja kerja yang kita tunjuk atau buat bersama anak lelaki, dia pasti teringat sampai dewasa. Bangga dapat buat bersama ayah.
5. Ia lebih mudah jika perkara ni bermula sejak mereka masih kecil. Sama juga untuk anak perempuan.
Ada 1 pepatah yang mengatakan,
“Include them earlier since young or when they grow, they won’t include you.”
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI