Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza. Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap.
Anak lelaki dan perempuan, harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan memainkan peranan dalam institusi keluarga sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi bila ibu ayah sudah tiada lagi, sekurang-kurangnya mereka tahu untuk bergantung antara satu sama lain.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan buat mama papa yang mempunyai anak lelaki. Tidak salah jika diajar dari awal tentang melindungi maruah adik beradik perempuan, mengamalkan sikap lemah lembut dan melakukan kerja-kerja rumah, pengalaman berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan.
Ada Anak Lelaki, Ajar 5 Perkara Mesti Buat Sebelum Usia 15 Tahun
#1 – Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
Ads
#2 – Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3 – Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
Ads
#4 – Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
Ads
#5 – Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya.
Selain fasih berbahasa Inggeris anak pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad turut boleh berbahasa Mandarin.
Anak sulung pasangan selebriti popular Nabil dan Nazirah Ayub atau lebih glamor dikenali dengan panggilan Zira mempunyai dua orang anak perempuan yang comel iaitu Naira Mikayla,6 dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Baru-baru ini Zira memuat naik video gelagat anak sulungnya yang manja dengan panggilan Mika sedang mempromosikan produk bengkung milik ibunya dalam bahasa Mandarin.
Wah! memang kagum melihat kefasihan si comel ini bercakap Mandarin.
*Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.
*Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.
Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:
Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.
Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.
*Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti harian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah sememangnya Pakar Motivasi dan Keibubapaan yang terkenal dengan pelbagai perkongsian tip dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
Satu perkongsian menarik daripada beliau telah dikongsikan oleh Dr Erna Nadia di dalam laman facebooknya mengenai nasihat Dr Fadzilah tentang amalan yang patut dilakukan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak.
1. Merotan dibolehkan untuk kanak-kanak berumur 7-11 tahun dengan tujuan untuk mengajar.
2. Jangan rotan anak-anak yang berumur 14 tahun ke atas kerana mereka akan memberontak atau rebel. Jadikan mereka seperti kawan kita.
3. Kanak-kanak perempuan berusia 11-13 tahun berada dalam fasa yang paling miang/gatal/gedik sepanjang usia mereka.
Jadi ibu bapa perlu beri lebih perhatian jika anak perempuan mereka di usia ini supaya tak hanyut teruk. Di fasa ini mereka sudah berkeinginan untuk tengok porn dan mencuba aksi-aksi daring/ nakal/ lucah.
4. Peluk anak-anak lelaki nakal/garang berusia 16 tahun ke atas. Jangan jerit dan balas setiap kata-kata kasar mereka. Peluk dan baca Bismillah, surah Al-Fatihah, surah Alam Nashrah dan hembus ke ubun-ubun mereka.
5. Setiap kali balik dari mana-mana nak masuk rumah, bacalah surah Al-Fatihah & surah Al Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah. InshaAllah rumah kita dipenuhi kebahagiaan.
6. Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Ibu bapa yang kasar akan melahirkan anak-anak yang kasar. Jaga bahasa kerana mereka serap setiap bait kata dan tindak tanduk ibu bapa.
7. Kalau nak anak-anak baik, ibu bapa perlu jadi baik dahulu. Ajar anak-anak untuk tidak tinggal solat, mengaji setiap hari dan pastikan ada masa berkualiti bersama anak-anak.
8. Kawal kelakuan dan aktiviti anak-anak. Boleh pakai gadget tapi perlu kawal.
Jangan ibu bapa pulak yang asyik dengan gadget.
So, kita ubah diri kita dahulu sebelum kita bebel anak-anak kita nakal.
Jom lahirkan keluarga yang berjaya dunia & akhirat.
Pantang nampak! Anak-anak mana yang tidak suka main air. Bila sudah mandi manda, jawabnya susah hendak naik. Terpaksalah ibu menunggu berjam-jam lamanya.
Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.
Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Lima kebaikan berenang
Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Hubungan sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang
Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
Pakaian yang sesuai. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
Peralatan aktiviti air yang selamat
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
Kedalaman air yang sesuai
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Pemantauan orang dewasa
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan.
Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.