Ada waktunya kita marah bila mana anak asyik minta telur setiap kali makan. Jangan dilarang kerana nasi berlaukkan telur ini cukup baik untuk anak. Wajib makan setiap hari!
Telur mempunyai begitu banyak khasiatnya malah amat disyorkan sebagai makanan kegemaran anak setiap hari. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Ramai salah faham tentang telur. Tapi, dua pesakit yang saya jumpa minggu ni, buatkan saya terpaksa share dengan korang yang telur teramatlah bagus untuk semua.
Mereka dah buktikan, yang telur langsung tak bersalah tinggikan bacaan kolesterol. Korang boleh tengok dalam gambar bacaan kolesterol yang perfect betul.
Dua pesakit ni, makan telur setiap hari. Paling kurang pun, 4 kali seminggu. Terkejut saya dengan persamaan ni, bila saya tanya apa tabiat pemakanan mereka.
Dah lebih 3 tahun mereka amalkan makan sampai 3 atau 4 biji telur setiap pagi masa breakfast.
Anak-anak dan keluarga kita, jom ajar diorang makan telur jugak. Ajar dari kecil, biar telur jadi menu favourite anak-anak dan seisi keluarga.
Nak lentur buluh, kena dari rebung kan.
5 sebab kenapa kena ajar anak dari baby untuk makan telur;
1. Makanan tinggi nutrisi yang sangat mudah nak buat
2. Betain dalam telur bagus untuk kesihatan jantung
3. Choline dalam telur bagus untuk otak dan bayi dalam kandungan.
4. Lutein dan zeaxanthin bagus untuk kesihatan mata
5. Telur tinggi protein dan bantu untuk dapatkan berat badan yang ideal
Telur bukan penyebab kolesterol dan jantung. Betulkan salah faham yang kita dah bawa sejak kecil ni tau.
Korang boleh cari telur yang lebih berkualiti sikit k. Kalau dapat cari telur ayam tanpa antibiotik dan hormon, insyaAllah itu lebih baik.
Kita cuba jadikan telur sebagai makanan favourite kita dan anak-anak tau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit, Doktor Kongsi Sebabnya
Bila dah mula bersekolah, mula pergi ke pusat asuhan anak-anak akan cepat jatuh sakit. Bila menjaga anak-anak yang sakit, bukan hanya luaran sahaja yang perlu di ambil berat. Pemakanan anak-anak juga perlu dijaga sebaik mungkin.
Faktor pemakanan juga akan mempengaruhi cepat atau lambat proses penyembuhan tersebut. Ikuti perkongsian doktor ini berkenaan pemakanan anak-anak ketika sakit.
Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit.
Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat. Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik . Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
1. Roti dan biskut
- Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
- Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
2. Salad dressing
- Mayonis, thousand island dan sebagainya.
- Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
3. Gula
- Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
4. Gula tersembunyi
- Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
- Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
5. Makanan dalam tin
- Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
- Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
6. Susu
- Makanan yang boleh timbulkan radang.
- Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
7. Daging proses
- Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
- Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
Sambung dalam komen k. 🥰
Kredit: mazliana.mazlan
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi, Ada Kaitan Dengan Pemakanan. Elak Bagi Coklat, Kafein
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam, kanak-kanak pun tidak terkecuali juga. Aduh, ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut?
Masalah tidur malam dalam kalangan kanak-kanak
Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami. .
Langkah mengatasi masalah tidur malam anak
Berikut disenaraikan 6 masalah tidur malam yang sering dialami kanak-kanak serta langkah mengatasi untuk dicuba.
Antara masalah tidur anak adalah:
Insomnia
Biasanya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur.
Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku,anak anda mungkin mengalami insomnia.
Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.
Langkah mengatasi gangguan ini adalah dengan mengikuti rutin tidur yang baik selama 2 minggu. Ia merangkumi waktu tidur dan bangun yang teratur. Bagi anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang.
Hindari daripada memberikan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kepada anak.
Adakalanya masalah tidur malam insomnia ini boleh jadi gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.
Tidur berjalan
Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga awal remaja.
Ia dipercayai berlaku jika anak terlalu letih, mempunyai suhu badan tinggi atau berasa tertekan mahupun gelisah.
Individu yang tidur berjalan biasanya:
- Mempunyai pandangan kosong
- Sukar untuk bangun pagi
- Tidak mendengar atau melihat sesiapa
- Tidak ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya
- Mungkin keliru dengan apa yang berlaku apabila terjaga
Tiada sebab jelas mengapa anak anda tidur berjalan.
Namun berkemungkinan besar kerana mereka terlalu letih, mengalami suhu badan yang tinggi mahupun berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.
Mimpi yang menakutkan
Anak yang mengalami mimpi buruk biasanya akan bangun selepas beberapa jam pertama tidur dan menjerit mahupun memanggil ibu bapanya.
Keadaan ini sering berlangsung untuk tempoh beberapa minit dan adakalanya melangkau sehingga 30 minit atau lebih.
Sekiranya anak mengalami mimpi yang menakutkan, ibu bapa sila lakukan perkara ini:
- Jangan kejutkan mereka semasa mimpi itu terjadi
- Kekal bertenang dan bersama anak. Tunggu sehingga anak terjaga
Pastinya ia akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa, kan? Tetapi masalah tidur malam dialami anak ini tidak berbahaya dan merupakan sebahagian daripada fasa tidur yang normal.
Tidur apnea
Kanak-kanak yang mengalami tidur apnea biasanya akan tidur berdengkur dan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika melelapkan mata – sekali gus memberi isyarat kepada otak untuk membangunkan mereka.
Kekerapan tidak bernafas diikuti dengan terjaga daripada tidur pada waktu malam, biasanya cenderung membuat anak akan letih dan tantrum pada siang harinya.
Punca berlakunya tidur apnea pada anak adalah tonsil atau adenoid membesar dan membengkak.
Hipersomnia
Merupakan keadaan di mana anak akan tidur lebih banyak daripada biasa pada usia mereka.
Seorang kanak-kanak dengan hipersomnia akan selalu letih walaupun selepas tidur untuk tempoh yang lama, mudah meragam dan cepat marah.
Mereka juga dikatakan kurang daya tumpuan dan mempunyai ingatan yang lemah.
Jika anak anda mempunyai hipersomnia, langkah mengatasi yang boleh dicuba adalah dengan menetapkan rutin waktu tidur malam dan siang untuk beberapa hari.
Jika tiada perubahan, lakukan pemeriksaan doktor.
Mengetap gigi
Sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi mereka saat tidur. Dalam istilah perubatan, masalah tidur malam ini dipanggil bruxism.
Tingkah laku ini juga turut dilakukan saat mereka sedang marah, kecewa ataupun gelisah.
Umumnya, ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini terjadi sekali-sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku, keadaan tersebut boleh menjadi punca kerosakkan gigi atau rahang anak.
Atasi kondisi ini dengan mencuba untuk mengurangkan tekanan mereka. Tetapkan waktu tenang sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur tanpa mengira usia anak anda.
Jika gangguan tidur malam menyebabkan kerosakan gigi anak, anda mungkin perlu mendapatkan rundingan doktor gigi untuk membantu mengatasinya.
Kesimpulannya
Tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil.
Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran pembelajaran untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah tidur malam yang dialami anak, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asal Suap Makan, Menangis. Demand Susu Coklat Setiap Hari, Boleh Ke?
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu. Seperti yang diketahui, susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil. Sesetengah anak, selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula tidak mahu minum susu.
Mereka lebih cenderung untuk minum air kosong sahaja. Bagaimana para ibu mahu menangani masalah anak yang menolak susu dan hanya makan beberapa jenis sayur di dalam diet mereka?
Ibu pasti risau kalau anak tidak mendapat zat dan nutrien yang diperlukan untuk membesar pada tahap optimum kerana tidak meminum susu tepung untuk membesar. Biarpun sudah mencuba beberapa jenama susu tepung untuk membesar, tetapi anak masih tidak mahu. Anak mahu minum susu segar tetapi hanya yang berperisa sahaja. Sudah tentu ibu tidak mahu terlalu menggalakkan pengambilan susu berperisa kerana ia tinggi gula.
Artikel Menarik: [Kena Pasang TV Baru Anak Nak Makan, Sebenarnya Anda Membahayakan Anak]
Keperluan susu sangat penting khususnya pada waktu emas dalam kitaran hidup seorang manusia (golden age), iaitu 1000 hari terawal dalam hidup. Keperluan nutrisi yang cukup pada waktu emas ini sangat penting bagi memastikan si kecil mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum.
Ibu disarankan untuk memberi susu berperisa coklat tersebut kepada si kecil memandangkan itu yang si kecil mahu. Ini kerana, berbanding kesan kandungan gula di dalam susu coklat tersebut, jika dibandingkan dengan kekurangan nutrisi hariannya, kesan kurang nutrisi lebih berat berbanding kesan kandungan gula dalam susu coklat tersebut. Which one is harmless? The sugar inside the chocolate milk is harmless if compared to consequences of nutrient inadequacy.
Artikel Menarik: [Senangkan Mama Masak Dengan Kiub Pes Tomato, Campak Seketul Dua Dah Sedap!]
Yang penting adalah jumlah kalori seharian si kecil. Jika 2-3 gelas susu (6 oz = 180 ml) tidak akan memudaratkan si kecil.
Susu berperisa coklat mungkin sangat sedap buat si kecil yang mungkin boleh menyebabkan si kecil hendak minum lebih banyak. Penting untuk ibu kawal kuantiti susu yang diberikan. Selain itu, berkaitan susu adalah kesihatan gigi, iaitu disarankan agar si kecil minum sedikit air kosong selepas minum susu bagi mengelakkan karies gigi.
Artikel Menarik: [Asyik Minta Susu, Waktu Makan Selalu ‘Ngelat’. Perlu Bijak Rancang Menu, Ikut Favourite Anak]
Bukan gula semata-mata, kandungan karbohidrat lain dalam susu, iaitu lactose, maltose dan lain-lain boleh menyebabkan karies gigi.
Selain susu tepung, makanan gentian yang memberi khasiat yang sama adalah yogurt dan susu soya segar. Kuantiti hidangan yang disarankan adalah sama seperti susu, iaitu 2-3 cawan kecil yogurt atau 2-3 gelas susu soya dalam sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI