Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan.
Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu, air masak sangat penting untuk:
1️. Latih anak minum menggunakan cawan
2️. Bersihkan mulut selepas makan
3️. Elakkan anak sembelit
Ads
4️. Buat anak belajar rasa dan hopefully sukakan air masak nanti!
Bila nak latih anak minum menggunakan cawan, saya cadangkan anda cari cawan yang kecil (saya suka ezpz) dan isikan air dalam kuantiti kecil. Bila anak nak minum, bantu letakkan cawan di bibir anak dan condongkan. Kira 1 – 2 – stop supaya tak terlalu banyak air masuk
Once anak dah biasa dan minum air dari cawan dengan yakin tanpa keluar semula air, boleh bertukar kepada straw pula. Pentingnya guna cawan berbanding sippy cup adalah untuk perkembangan oral motor anak dan mengelakkan masalah speech delay.
Ads
Ohh btw anak minum air masak tak boleh lebih 4 oz sehari ya. Kecuali kalau suhu terlalu panas dan nampak anak peluh banyak sangat!
Umumnya, banyak faktor boleh mencetuskan keguguran yang terjadi dan ada kalanya puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Pun begitu, ada yang mempercayai pengambilan beberapa jenis makanan boleh menjadi punca keguguran di awal kehamilan. Ini antaranya:
1. Nanas
Buah ini mengandungi bromelain – yang melembutkan serviks dan memulakan kontraksi bersalin sebelum masanya – kesannya boleh berlaku keguguran.
Namun keadaan ini hanya boleh berlaku jika buah nanas diambil dalam jumlah banyak yang boleh menyebabkan pendarahan.
2. Lidah buaya
Lidah buaya atau aloe vera mengandungi antrakuinon – sejenis julap yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan pendarahan pelvis. Keadaan itu sekali gus menjadi punca keguguran.
3. Ketam
Ketam kaya dengan sumber kalsium tetapi dalam masa sama ia juga mengandungi paras kolesterol yang tinggi. Ia boleh menyebabkan rahim mengecut dan mengakibatkan pendarahan dalaman serta keguguran.
4. Hati haiwan
Hati haiwan kaya dengan vitamin A. Namun pengambilan dalam jumlah yang tinggi oleh wanita mengandung boleh menggalakkan pengumpulan retinal secara perlahan-lahan dan boleh menjejaskan kesihatan bayi.
5. Buah kelor @ munggai
Ibu mengandung perlu berhati-hati semasa memakan buah kelor walaupun ia kaya zat besi, kalium dan vitamin. Ini kerana ia terdiri daripada alpha-sitosterol yang boleh memudaratkan kehamilan.
6. Betik
Betik muda mempunyai komponen yang bertindak sebagai julap dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Buah betik juga kaya dengan enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim sehingga mengakibatkan keguguran.
7. Herba
Ini bukan herba seperti dalam ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina. Herba yang dimaksudkan adalah rempah penambah rasa dalam makanan.
Rempah seperti fenugreek, asafoetida, bawang putih, angelica dan pudina sebaiknya dielakkan semasa kehamilan.
Ini kerana, ia boleh merangsang rahim dan mengakibatkan kontraksi, kelahiran pramatang dan keguguran. Ia juga mengakibatkan penipisan darah dan pendarahan semasa kehamilan.
8. Kentang berpucuk
Kentang yang sudah tumbuh pucuknya tidak boleh dimakan oleh wanita berbadan dua kerana mengandungi solanin – boleh menghalang pertumbuhan janin.
9. Kafein
Makanan atau minuman dengan kandungan kafein tinggi boleh meresap ke dalam susu ibu dan menjejaskan bayi. Jadi elakkan!
10. Taugeh mentah
Pucuk mentah seperti taugeh, alfalfa, lobak dan taugeh mengandungi salmonella dan ia tidak boleh dimakan secara mentah.
11. Sayuran tidak dibasuh & dikupas kulitnya
Sayuran mentah atau tidak dibasuh mempunyai toxoplasma gondii – parasit yang menyebabkan toxoplasmosis. Jika ia menjangkiti wanita hamil, ia boleh menularkannya kepada bayi dalam kandungan.
12. Ikan tinggi kandungan merkuri
Elakkan pengambilan ikan yang mengandungi kandungan merkuri tinggi seperti tenggiri dan tuna mata besar. Kandungan merkuri yang tinggi boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
13. Produk tenusu mentah
Sebarang produk susu tidak dipasteurisasi mempunyai bakteria pembawa penyakit seperti Listeria monocytogenes, yang boleh membahayakan kehamilan.
Makanan punca keguguran, benarkah?
Mengekalkan diet sihat dan seimbang amat penting semasa kehamilan. Kunci paling utama adalah kesederhanaan. Sebaliknya, jika diambil berlebihan – sememangnya boleh memudaratkan kehamilan.
Tetapi untuk makanan mentah, susu tidak dipasteur dan ikan tinggi merkuri, lebih baik dielakkan.
Cabaran menghadapi anak yang kurang gemar makan sering kita dengar. Dalam tempoh anak aktif membesar terutama ketika mereka bermain misalnya, kecenderungan untuk anak kurang gemar makan amatlah tinggi. Pun begitu anak kita bukan picky eater sebaliknya dia hanya akan makan sekiranya dirasakan perlu atau lebih tepat makan mengikut moodnya sahaja.
Penjelasan dari Dietition, Pn Fizah Sobri pasti membuatkan ibu dan ayah lebih jelas tentang pemakanan anak mereka yang sedang membesar. Namun apa yang dikatakan sebagai Picky Eater?
“Anak saya taknak makan nasi, nak makan roti dan buah je..adakah dia picky eater?” “Lepas tumbuh gigi anak tolak makanan macam ayam,ikan dan nak telur je..boleh ke?”
Macam macam soalan saya dapat dalam inbox berkaitan adakah anak picky eater? Boleh ke macam tu?
Jangan di doa anak picky eater. Trait picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood nak makan. Jika benar picky eater, anak anda mungkin autisme. Picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan sebab masalah bukan physiological tetapi psychological. Jarang disebabkan oleh sesuatu yang fizikal. Picky eater selamanya dan konsisten tidak suka sesuatu.
Ada 4 jenis picky eater yang iaitu
1. SENSORY Tidak mahu makan makanan yang tekstur tertentu seperti berair ke melekit ke walaupun makanan tersebut boleh diambil dalam tekstur lain Contoh anak suka makan nasi goreng tetapi bila buat nasi berkuah taknak makan langsung walaupun asasnya adalah nasi.
2. PREFERENTIAL EATERS Nak makanan tertentu sahaja, taknak makan benda lain. Contoh roti. Roti berkrim, roti chocolate, roti putih, roti cicah milo boleh makan tetapi bila tukar ke nasi atau makanan lain terus akan mnegamuk taknak makan. Hanya nak makan roti sahaja.
3. GENERAL PERFECTIONIST Nak makanan dimasak, disusun mengikut cara mereka, jika tidak tak boleh makan Contoh telur. Jika telur dimasak dalam bentuk telur mata nak makan tetapi jika telur dimasak dalam bentuk scrambled terus akan tolak. Jika telur mata dimasak nak cara telur mata masih bulat tapi anda masak cara telur mata dah pecah pun akan ditolak ke tepi.
4. BEHAVIORAL RESPONDERS Apabila diperkenalkan masakan lain terus buat aksi taknak agau aksi muntah walaupun tak mencuba lagi.
Nampal begitu serious keadaan picky eater? Tetapi semua tafsiran tidak termasuk: 1. Tolak makanan selepas pernah try. 2. Makan sikit harini tapi esok makan banyak (atau sebaliknya). 3. Geleng taknak makan. 4. Boleh ambil makanan tersebut harini tetapi taknak pada hari lain. 5. Makanan favourite bertukar tukar.
Ini bukan picky eater ye mommies…. Ini adalah makan ikut mood. Makan ikut mood boleh diubahsuai tetapi picky eater susah untuk diubah. Jika saya jumpa dan merawat picky eater kami kena plan menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakan sudah berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar ambil menu yang ada kepelbagaian)
Cara nak ubahsuai anak yang makan ikut mood? Janji masa makan utama ada sumber carbohydrate,protein dan serat you are fine mommies Aim for healthy and balanced. Sihat dan seimbang. Bukan aim makan nasi saja.
Nauzubillah anak betul-betul picky eater. Boleh guna term makan ikut mood.
Sekian Dietitian Fizah Sobri
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.