Bukan hanya nak kenyangkan perut anak, bahkan seorang ibu akan berusaha untuk fikirkan pelbagai cara agar dapat tarik perhatian anak untuk makan. Asal sahaja anak suka makan satu-satu jenis makanan, ibu akan cuba usahakan sebaik mungkin. Bukan hanya makanan berat biasa, finger food atau jenis makanan berbentuk finger atau jejari dan bebola sememangnya sangat menarik perhatian anak-anak kita.
Inilah yang cuba dilakukan oleh ibu ini, Puan Sha Roziah Al Yahya yang menyediakan beberapa menu terbaik untuk anak kecilnya. Paling menarik bukan hanya nak kenyangkan perut anak sahaja bahkan kesemua menu ini disediakan khusus untuk mengajar anaknya memegang makanan.
Jadi pilihan terbaik adalah finger food, jenis jejari atau bebola kecil yang tak berbahaya. Pastinya homemade malah tersangatlah kreatif. Jom cuba!
Antara kudap kudapan untuk dik Hannan, ummi buat untuknya. Yang simple-simple je dan barang-barang yang ada di dapur. Aneka Finger Food dan kudap-kudapan ni lah ummi ajar dik Hannan memegang sendiri dan menyuap makanan di mulut dan menguyah.
Alhamdulillah sekarang dah pandai makan ayam goreng upin ipin dengan jayanya. Sekarang umur dah 13 bulan.
Ads
Tengah makan ayam upin ipin.
WEDGES MIX HERBS
Kentang potong-potong
Mix herbs untuk tabur kat atasnya
Tepung gandung/tepung jagung untuk salut sikit
Rebus kentang sampai separuh masak. Cuba cucuk dengan garpu, kalau dah boleh cucuk padamkan apinya.
Tapis dan bilas dengan air. Tabungkan sedikit tepung dan mix herbs.
Goreng sampai garing. Siap.
Ads
Untuk kudap-kudap dik Hannan petang ni. Ummi try gorengkan broccolo. Sampai berbunyi krup krap tu manja ummi ni makan. Macam biasa, dua-dua tangan nak pegang.
BROCOLI GORENG
Brokoli
Tepung gandung
Air
Bancuh tepung dengan air, tak pekat tak cair.
Celupkan brokoli yang dipotong tadi dalam bancuhan tepung ganding.
Goreng sampai garing. Siap dimakan.
Ads
Menariknya bukan gorengan sahaja, bubur pun ada nak ubah selera anak. Lempeng pun tak ketinggalan.
Bubur pasta sweet untuk dik Hannan. Walaupun simple je pasti ummi tak lepaskan peluang untuk merasak. Cara mudah ummi Hannan.
Rebus pasta dan sweet potato hingga lembut. Baru masukkan labu. Dah lembut semua baru masukkan santan.
Jangan lupa cuba kesemua resipi-resipi lain yang semuanya super kreatif untuk anak kecil yang baru nak pegang makanan. Gerenti anak suka. Siap mintak lagi dan lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kalau makanan yang berasaskan coklat laju je makan. Tak kisahlah menu apa pun. Tak kira anak kecil atau yang dah besar semua akan suka. Ibu ayah pun boleh layan sekali.
Cuma bila anak minta nak makan kek ibu berkira nak buat bukan sebabnya malas tetapi kekangan nak membuatnya kerana tiada oven. Ok kali ni mungkin ibu boleh realisasikan permintaan anak dengan buat apam coklat yang sedap.
Hanya perlu ada periuk kukusan sahaja dan menggunakan bahan yang simple, dalam 20 minit dah boleh dapat 48 biji untuk satu adunan yang dibuat. Puas hati makan!
Apam Coklat Kukus
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara membuat:
Blend dulu minyak, susu cair, susu pekat dan telur. Apabila semua dah sebati masukkan dalam mangkuk dan masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas, kacau sebati. Sapu acuan dengan minyak, masukkan adunan. Kukus dalam 15-20 minit. Satu adunan dapat 48 biji, guna acuan lompang.
Kredit Resipi: Siti Nailah AlFarafisha Roslan
Nantikan Pa&Ma Journey bersama Jovianina bermula Rabu ini (26 Ogos) di saluran 104/124. Set kalendar ya!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun anak sudah mencecah usia 2 tahun dan sudah boleh makan makanan keluarga tapi pemakanan mereka tetap perlu dikawal.
Nak buatkan anak kek hari jadi mudah je asalkan ada kesungguhan untuk mengolah resepi yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil seperti perkongsian ibu ini. Bagi yang nak mencuba resepi mesra kanak-kanak ini boleh ikuti perkongsian di bawah.
Hari ini, sekali lagi tercapai juga hajat nak buat homemade birthday cake untuk Eshan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-2. Oleh sebab Eshan seorang yang choc cake lover, so mami alter resepi kek choc moist untuk dia dan alhamdulillah menjadi dengan gebu dan lembutnya. Tapi coklat bar dan gula-gula tu mami keluarkan siap-siap lepas siap bergambar sebab yang tu Eshan tak boleh makan lagi, strawberi dengan kepingan badam tu sokay laa kalau eshan makan. 😊
Di sini mami kongsikan resepinya:
CHOC MOIST CAKE
BAHAN A
🍰1 cawan susu full cream (mami guna fernleaf)
🍰1 cawan serbuk unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas, mami guna brand van houten)
🍰1 cawan madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰1 cawan minyak jagung @ masak
🍰3 biji telur
🍰Sedikit zest lemon (sebagai pengganti esen vanila utk elak bau hanyir telur, tak ada pun takpe)
**Blend/mixer kesemua bahan ni dalam masa 4 ke 5 minit. Make sure teksturnya betul-betul larut dan berbuih-buih ya.
BAHAN B
🍰1 1/4 cawan tepung gandum
🍰1 sudu teh bikabonat soda
🍰1 sudu teh baking powder
*ayakkan bahan-bahan ini.
Satukan BAHAN A dan juga BAHAN B. Ratakan menggunakan senduk kayu atau whisk sahaja. Apabila telah rata sebati, masukkan dalam loyang yang disapu dengan unsalted butter@minyak supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit. Jika guna oven panaskan oven dulu selama 10minit, dan bakar selama 50 min dengan suhu 160c.
UNTUK TOPPING
🍰⅓ cawan unsweetened choc (⚠️penggunaan serbuk koko untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰⅓ cawan minyak @ unsalted butter yang dicairkan terlebih dahulu
🍰4 sudu besar madu (⚠️penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas)
🍰Susu full cream (mami guna dalam +-3 sudu)
Masak secara double boiled. susu tu letak sedikit sahaja, setelah nampak ok, hentikan penggunaan susu.
Setelah kek dan topping sejuk barulah curah atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing. Siap.
✏️Penggunaan madu untuk 1 tahun dan ke atas
✏️Penggunaan serbuk koko juga utk 1 tahun dan ke atas dan perlu dihadkan kerana ia merupakan kafein dan boleh menyekat penyerapan zat.
✏️Penggunaan soda disarankan untuk umur 2 tahun. Bawah dari umur tu boleh guna tapi cari yang aluminium free.
Bukan sahaja ketika berpantang atau menyusukan bayi, penggunaan halba juga digalakkan pada waktu-waktu lain. Halba mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan secara semulajadi. Selain membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan, halba juga digunakan untuk membuang angin dalam badan.
Biarpun penggunaan halba selalu dikaitkan dengan kaum ibu, ia sebenarnya boleh diamalkan oleh orang lelaki juga. Salah satu manfaatnya yang lain adalah membantu dalam proses mengurangkan ketagihan merokok. Farisha Sofea berkongsi dua resipi penyediaan air halba yang boleh diamalkan.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Khasiat Air Halba
*Badan rasa segar & ringan
*Mencantikkan kulit
*Melancarkan haid
*Membantu menurunkan berat badan
*Melancarkan pengaliran darah dalam badan
*Baik untuk sistem penghadaman
*Menghilangkan kembung , sebu & senak
*Menguatkan jantung
*Menghilangkan lendir tekak
*Melegakan sakit kepala / migrain
*Membuang angin
*Menyembuhkan buasir
*Merangsang rahim
*Mengawal kencing manis
*Mengurangkan ketagihan merokok
*Kecergasan & kekuatan badan
*Memperbanyakkan susu ibu
*Menambah nafsu lelaki & wanita
*Menurunkan bacaan gula dalam darah
Cara-cara :
1. Rebus halba, halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih.
2. Biar seketika sehingga sedikit suam. Kemudian tapiskan dan perahkan 1/2 biji lemon.
3. Kacau sebati.
4. Siap, sedia diminum
Cara Kedua
Bahan-bahan:
1 sk halba
1 cawan air
Cara -cara:
1. Rebuskan halba bersama 1 cawan air sehingga mendidih. Tapiskan.
2. Biarkan seketika sehingga sedikit suam, barulah diminum. Siap!
*Boleh juga ditambahkan madu atau pun lemon jika suka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!