Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya. Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih-lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah.
Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa. Menuntut lebih perhatian dari seorang wanita bergelar ibu. Malah buat ibu-ibu makin berusaha untuk mendidik anak yang satu ni. Tak gitu?
Selain bijak mengawal emosi, makanan juga memainkan peranan untuk mendidik anak perempuan. Lebih-lebih lagi menjadikan mereka lebih bijak, cantik dan sihat. Ibu pun boleh tumpang cantik sekali. Sama-sama amalkan.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, ada beberapa makanan superfood yang baik untuk otak seorang perempuan. Ibu-ibu wajib tahu!
Kenapa perlu kelihatan tua, sakit dan otak lembab ? Apabila kita boleh nampak cantik, sihat, lentik, muda dan otak power?
Kalau kita dambakan otak power, kulit cantik dan badan lentik, kita pasti mahu ambil superfood berikut setiap hari:
Ads
1. Greek Yogurt – GY ada probiotic. Bagus untuk otak dan usus. Kurangkan risiko kanser payudara. Kandungan 448 mg kalsium, dan lebih banyak dari susu.
2. Lemak ikan – Banyakkan ikan seperti sardin dan makerel. Kalau mampu ikan salmon boleh dimasukkan dalam senarai. Ambil lemak ikan begini akan jauhkan penyakit jantung, strok, lupus, arthritis dan nyanyuk.
Ads
3. Kekacang atau beans – kacang dal, kacang kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam kategori ini. Isaflavone dalam kekacang ini mampu stabilkan hormon. Ia juga bantu hal berkaitan simptom PMS, Perimenapause dan Menapause. Ramai yang tanya di Fb saya, apa lagi makanan yang bagus untuk otak wanita? Jadi saya tambah lagi 4 di sini.
4- Avocado – Sarat dengan Folate, Magnesium, Potassium, protein, vitamin B6, E dan K.
Ada lebih dari 20 kebaikan. Avocado adalah lemak sihat.
5- Chikpeas (kacang kuda) – phytoestrogen, calcium, iron. Ada ‘resistant starch’ bantu bakar lemak secara semulajadi.
6- Sayuran berdaun hijau – sesuai semasa mengandung. Banyak anti oksida. Vitamin K,C,E,B.
Ads
7. Berries (blueberries, blackberries, strawberries) – kaya dengan anthrocyanidins(powerful antioksida)
Lepas baca, cari dan amalkan dalam kehidupan kita. Otak kita tanggungjawab kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Ramai ibu yang risau memikirkan tempat yang terhad untuk menyimpan susu ebm ini jika terpaksa outstation untuk bekerja atau pun travel. Ramai yang tidak tahu cara mengendalikan stok susu ibu yang sudah di pam ketika Outstation.
Jangan jadikan itu sebagai halangan untuk anda terus membekalkan khasiat susu ibu walaupun anak berada jauh dari anda. Ikuti tip dan perkongsian dari lady boss Bella Ammara, Belle Al-Yahya.
Mcm mana Belle bawa balik expressed breast milk (ebm) everytime outstation? Ok so ni adalah tips/cara yg Belle selalu buat;
Paling penting kena ada soft coolbag utk isi ebm dan ice pack. Belle guna brand coleman sebab dia boleh tahan 24jam untuk ebm kekal sejuk/beku so kalau flight lama sampai belas jam pun still boleh tahan. Ada bag yg boleh tahan smpai 48jam tapi Belle guna yg 24jam je dah ok.
Untuk ebm yang dah pam tu Belle akan minta hotel simpankan dalam chiller/freezer. Sebab tu bagi Belle penting pilih hotel yang ok untuk stay supaya mereka boleh layan apa yg kita nak. So nanti hari untuk check out just minta je balik. Lepas tu dekat airport just check in bag.
And dalam flight pun boleh pam and minta stewardess simpankan dalam fridge. Nak landing minta balik and simpan dalam cooler bag yang kecil.
Susu tak boleh bawa naik cabin. Kena check in dengan luggage. Just bagitahu time check in ni ebm so dia orag akan tampal sticker ‘fragile’ so staff akan handle with care. Masa travel ni Belle sehari pam 3 kali je sebab busy photoshoot.
Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian yang diberikan, ada yang turut berkongsi pengalaman dan ada juga yang terus memberikan kata-kata semangat untuk ibu yang menyusu. Ada juga yang turut bertanya tentang tip untuk dapat susu yang meriah seperti Belle.
Sesekali anak menonton di Youtube pastikan dalam tempoh dua jam itu anak diberikan bahan tontonan yang benar-benar memberi manfaat kepada mereka. Bukan sekadar sekadar tontonan kosong.
Jika program Cocomelon dikatakan kurang sesuai kerana berkemungkinan membuatkan anak speech delay, lain pula kisahnya dengan rancangan Blippi yang begitu disyorkan kerana banyak cara pembelajaran yang dipersembahkan dalam program ini.
Ini yang dikongsikan oleh Pn Farhuda Zulaikha di facebooknya. Malah kata beliau, inilah cara yang digunakannya untuk mengajar anaknya lebih cepat mengenal huruf.
Rancangan wajib ditonton anak-anak.B.L.I.P.P.I
Ia merupakan a must watch educational show for kids. Banyak bermain dengan warna, perkataan yang disebut berulang kali, benda yang dieja satu persatu, simulasi, the process dan macam-macam lagi. Ia benar-benar rancangan yang bagus untuk anak-anak tonton.
Memang anak-anak dok tonton dah selama ni, tapi kami ambil peluang minta Rayyan tonton Blippi Alphabet Song setiap hari untuk mengenal huruf. Wajib setiap hari.
Alhamdulillah senang sahaja nak ajar anak ke-3 saya ini membaca. Sebelum ni rasa nak koma mengajar kakak-kakaknya.
Anak-anak saya tak jalan dengan flashcard. Emaknya pun jenis kurang sabar, jadi ada baiknya benarkan mereka ulang tonton video Alphabet song tu.
Anak suka, emak pun tak hijau. Usai mengenal huruf, terus fokus baca suku kata terbuka setiap hari. Dengan teknik qiraati/phonic sound. Tak perlu mengeja.
Jadi hasilnya dah boleh membaca ayat-ayat pendek dalam masa 2 bulan.
Depa pun speaking bukan main berhabuk dah sekarang walaupun kami bukan speaking pun di rumah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...