Uncategorized

Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak, Rugi Tak Ambil!

Share

Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya. Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih-lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah.

Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa. Menuntut lebih perhatian dari seorang wanita bergelar ibu. Malah buat ibu-ibu makin berusaha untuk mendidik anak yang satu ni. Tak gitu?

Selain bijak mengawal emosi, makanan juga memainkan peranan untuk mendidik anak perempuan. Lebih-lebih lagi menjadikan mereka lebih bijak, cantik dan sihat. Ibu pun boleh tumpang cantik sekali. Sama-sama amalkan.

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, ada beberapa makanan superfood yang baik untuk otak seorang perempuan. Ibu-ibu wajib tahu!


Kenapa perlu kelihatan tua, sakit dan otak lembab ? Apabila kita boleh nampak cantik, sihat, lentik, muda dan otak power?

Kalau kita dambakan otak power, kulit cantik dan badan lentik, kita pasti mahu ambil superfood berikut setiap hari:

1. Greek Yogurt – GY ada probiotic. Bagus untuk otak dan usus. Kurangkan risiko kanser payudara. Kandungan 448 mg kalsium, dan lebih banyak dari susu.

2. Lemak ikan – Banyakkan ikan seperti sardin dan makerel. Kalau mampu ikan salmon boleh dimasukkan dalam senarai. Ambil lemak ikan begini akan jauhkan penyakit jantung, strok, lupus, arthritis dan nyanyuk.

4- Avocado – Sarat dengan Folate, Magnesium, Potassium, protein, vitamin B6, E dan K.

Ada lebih dari 20 kebaikan. Avocado adalah lemak sihat.

5- Chikpeas (kacang kuda) – phytoestrogen, calcium, iron. Ada ‘resistant starch’ bantu bakar lemak secara semulajadi.

6- Sayuran berdaun hijau – sesuai semasa mengandung. Banyak anti oksida. Vitamin K,C,E,B.

7. Berries (blueberries, blackberries, strawberries) – kaya dengan anthrocyanidins(powerful antioksida)

Lepas baca, cari dan amalkan dalam kehidupan kita. Otak kita tanggungjawab kita.

Artikel berkaitan: Nak Anak Jadi Lebih Bijak, Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Kalau Nak Anak Cerdik, Beri Zat Besi Yang Cukup, Kurang Zat Besi Dikaitkan Dengan Defisit Kognitif Pada Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM