Berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan memang mencabar. Bermacam cara kreatif sudah dicuba mama tapi hasilnya tetap tidak menjadi, anak masih tidak mahu makan malah menjadi pemilih makanan. Pening dibuatnya.
Namun bagi personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana, dia langsung tidak berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan malah kedua-dua anaknya, Ajda dan Nolan makan apa sahaja yang diberikan kepada mereka sejak kecil.
Kongsinya menerusi Instagram, dua anaknya tidak banyak karenah malah tidak ada masalah jika diberikan makanan bukan kesukaan mereka.
“Anak-anak sis semuanya kelihatan lebih dewasa daripada umur mereka yang sebenar. Jika digenapkan tahun, Ajda berumur 5 tahun manakala Nolan berumur 2 tahun pada tahun ini.
“Ada yang bertanya, macam mana pola pemakanan anak-anak sis kerana mereka kelihatan strong & healthy.
“Sebenarnya sejak kecil, selepas mereka berumur 1 tahun 3 bulan, sis sudah memberi mereka makan family food. Apa yang sis makan, sis suap. Nasi lemak? sis suap. Lontong? sis suap. Ikan goreng? sis suap,” kongsinya.
Ads
Malah kata Dr Fatin Liyana, sejak kecil lagi, kedua anaknya itu sudah diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan. Walaupun punya makanan kegemaran sendiri, tetapi bertuahnya Ajda dan Nolan tidak pernah menolak makanan lain yang bukan kesukaan mereka.
“Pokok pangkalnya, sis telah introduce pelbagai jenis makanan kepada mereka sejak mereka kecil. Walaupun mereka ada makanan kegemaran, tapi mereka tiada masalah memilih makanan yang lain.
“Sis tidak pernah membawa baby food processor ke hulu ke hilir ketika travel kerana beg sis sudah mampat dengan baju & pampers.
Ads
“Maka dengan itu, ajarlah anak kalian untuk merasa semua jenis makanan sejak kecil supaya mereka tidak terlalu memilih.
“Tips lain, bagi mereka main di tengah panas seberapa ketika. Sis pasti mereka akan telan apa saja yang disuapkan ke mulut mereka sejurus itu,” katanya berkongsi.
Benar apa yang dikongsikan oleh doktor cantik ini. Pelbagaikanlah jenis makanan pada anak supaya anak lebih menerima pelbagai jenis makanan. Senang kerja mama nanti!
Nak bercuti dan relaks dihujung minggu, jom bawa anak ke The 5 Element Hotel.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3 dimasukkan ke hospital kerana cedera terkena air panas.
Anak-anak tengah nak membesar memang ada yang lasaknya buat kita sentiasa berwaspada dan monitor aktiviti mereka, tapi dalam pada selalu perhatikan pasti ada sahaja insiden yang tidak diingini berlaku.
Menurut pelakon Cinta Sekali Lagi ini kepada Portal Gempak, Ali terpaksa ditahan di wad untuk memudahkan rawatan terhadap luka terkena air panas .
“Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi sekeping gambar di Instagram, Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memuat naik foto bersama Ali di hospital di samping meluahkan rasa seorang ayah bila sudah mempunyai anak.
Sebelum ini Pa&Ma juga pernah melaporkan tentang Ali yang luka di dahi kerana terkena bucu meja.
Menurut Saharul, bila dah ada anak, apa sahaja yang berlaku atau menimpa anak walaupun perkara yang tidak besar boleh membuatkan ibu ayah risau yang teramat sangat.
“BERDERAU DARAH.
“Dulu selalu dengar je perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau darah” tu datang.
“Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah.
“Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya accident dulu.
“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walaumacammana cuba sekalipun melainkan dengan izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang.
“Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb,” tulisnya
Isteri kepada Saharul, Deena Emir juga turut berkongsi beberapa keping gambar Ali dengan tangan berbalut. Dengan kapsyen doa yang cukup ringkas, Ali dilihat tersenyum ceria meskipun ada luka di beberapa bahagian badan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Duit raya dikumpul anak-anak usahlah dibiarkan berbelanja dengan senang hati. Ada baiknya mak ayah bantu untuk ‘membiakkan’ duit ini agar lebih banyak dan menyenangkan mereka bila besar nanti.
Apa mak ayah nak buat? Simpanan bagaimana yang begitu menguntungkan mereka kelak? Perkongsian Abd Hadi Abd Halim ini mak ayah perlu teliti. Pilihan di tangan anda.
Duit raya menjadi penyeri sambutan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sudah menjadi budaya masyarakat kita yang sangat baik iaitu bersedekah dihari yang mulia. Sedikit tips dari saya, berikanlah duit raya pada hari terakhir Ramadhan sebelum berbuka. InsyaAllah kita peroleh ganjaran bersedekah dalam bulan ibadah. Bila hari raya bagi RM1 je. Hehe 😉
Baik, berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit raya anak-anak kita:
AHB – Amanah Hartanah Bumipurta. Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September). Kadar dividen adalah 6.6% setahun.
Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya. Boleh semak kuota di Maybank dan Ambank. Ia adalah terhad.
Tabung Haji – Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.
Emas – Satu kaedah yang semakin popular kini. Ia adalah satu lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar.
Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan.
ASB – Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana yang melabur dipelbagai sektor. Ada pelbagai pendapat mengenai status syariahnya, namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan ia adalah harus. Kadar dividen tahunan purata adalah 7.2%
SSPN-i – Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun. Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24% hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.
Jadi kini kita boleh memilih untuk menyimpan duit raya anak kita dimana-mana instrument yang dinyatakan. Jangan duit raya habis beli mercun.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga popular dengan perkongsian mengenai keibubapaan sekali lagi tampil berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak-anak untuk saling sayang antara satu sama lain.
Menurutnya, dia selalu berpesan kepada anak-anak tak kira peringkat umur untuk sentiasa menjadikan pesananya sebagai amalan setiap hari.
‘Macam mana nak pupuk kasih sayang antara adik beradik?’
‘Menggalakan mereka untuk sayang satu sama lain, untuk peluk satu sama lain, untuk cium satu sama lain.’
‘Lakukan 5 kali sehari setiap hari.’
Selain itu, Ini antara perkara yang perlu anda lakukan semasa anak-anak masih kecil kalau anda mahu hubungan adik beradik anak-anak terus kukuh dan bahagia sampai bila-bila yang pernah dikongsi dalam Majalah Pa&Ma.
Sama Adil
Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar. Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung. Alasan yang tua tidak jaga yang kecil. Apabila situasi ini terlalu kerap berlaku akan membuatkan si sulung membenci adiknya dan mereka secara tidak langsung menjadi jauh dan mencemburui antara satu sama lain.
Begitu juga apabila ingin membeli sesuatu pasti kan anda membelinya sama adil agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul. Mungkin anda rasa abang dah besar takkan nak beli permainan lagi. Abang tak payah beli adik sahaja. Anak-anak sentiasa menuntut untuk dilayan serta di hargai sama rata tidak kiralah apa jua situasi. Jadi anda lah yang perlu bijak mengawal situasi seperti berikut agar tiada yang terasa hati. Harus diingatkan juga, kebiasaannya anak yang rasa dirinya tidak disayangi semakin mereka besar semakin akan menjauh dari keluarga. Jangan sampai jadi begitu ya..
Sikap Tolong-Menolong
Walaupun mereka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi. Contohnya apabila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas. Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama. Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan. Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama.
Begitu juga apabila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga. Mungkin bantuan adik tidaklah besar mana kerana kemampuannya tetapi yang penting anda telah didik mereka adik beradik sentiasa bantu membantu dan susah senang bersama hanya dimulakan dengan perkara-perkara kecil.
Makan sama-sama
Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama. Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai antara satu sama lain. Malah akan membuatkan kasih sayang makin hari makin kuat antara satu sama lain.
Jaga antara satu sama lain
Sehari paling kurang sekali wajib pesankan pada anak-anak untuk mereka sentiasa jaga antara satu sama lain. Sebelum pergi sekolah atau boleh juga sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik dan begitu juga adik perlu jaga abang atau kakak……..”. Percayalah kalau dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini pada anak-anak apabila mereka dewasa kelak pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka adik beradik.
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu. Anda juga perlu pasti kan hubungan anda dengan adik beradik baik. Sentiasa tolong menolong, ziarah menzirahi serta sayang menyayangi antara satu sama lain. Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.