Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali, Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

Share

Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun. Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun, kita kena dedahkan anak dengan amalan solat.

Bagaimanapun untuk membiasakan anak-anak kecil solat ada caranya. Bukan hanya sekadar suruh tetapi perlu buat sesuatu pendekatan yang boleh menarik minat anak untuk belajar solat dan seterusnya menjadikan rutin harian.

Berikut dikongsikan tip untuk ajar anak kecil bersolat. Lagi awal dibiasakan lagi mudah. Jangan risau bab kesempurnaan kerana ia boleh diperbaiki tetapi yang utama adalah DISIPLIN.

1) Biasakan solat depan anak

Bila ada anak kecil, kebanyakan kita lebih selesa untuk solat di dalam bilik. Namun dalam situasi ini, sebaiknya kita perlu biasakan anak untuk lihat ibu bapanya solat. Anak-anak kecil akan mudah belajar dan cepat meniru perbuatan kita.

Betul ada masanya anak kecil akan memanjat belakang badan, baring atas sejadah, menarik kain telekung dan sebagainya. Sebaiknya bersabar sikit kerana fasa ini akan berlalu bila anak semakin besar.

Bila setiap hari kita terangkan yang elok-elok untuk mereka, lama kelamaan anak akan faham dan tak menganggu ibu bapa lagi.

2) Ajak anak solat

Selalu ajak anak solat bersama. Contohnya “Abang, adik dah azan. Jom kita solat sama-sama nak tak?”

Ajakan ini untuk bagi anak rasa diri diperlukan untuk sama-sama solat. Dari situ, baru rasa keseronokan yang tinggi setiap kali diajak solat.

3) Ajarkan anak mengambil wuduk

Selepas ibu bpaa ambil wuduk, ajar sekali anak cara berwuduk. Bila setiap hari mereka dilatih, Insyaallah anak akan mampu buat sendiri dengan turutan yang betul.

4) Beli sejadah, telekung atau kopiah khas

Terdapat pelbagai cara untuk pastikan anak-anak bersemangat untuk solat. Kita sebagai ibu bapa perlu kreatif untuk menarik minat anak. Antaranya boleh belikan sejadah yang comel atau telekung khas.

Kini dah banyak pilihan sejadah yang cantik dan menarik untuk anak-anak. Misalnya sejadah keluaran NAWAITU yang menawarkan pelbagai koleksi untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Menariknya mengenai sejadah NAWAITU ini ia menggunakan material daripada foam serta anti slip di setiap permukaan belakang sejadah.

Material memory foam yang tebal dan lembut, mampu menahan daya tekanan dan sejadah kembali ke bentul asal untuk memberi keselesaan yang maksimum ketika beribadah, serta memberi galakan dan semangat anak-anak apabila solat. Bukan itu sahaja, khasnya sejadah NAWAITU ini juga boleh digantung selepas solat.

Menggunakan tagline NAWAITU seisi keluarga, anda boleh dapatkan produknya menerusi website: www.nawaitu.com.my; facebook: nawaitu.hq; instagram: nawaitu.hq atau hubungi 016-9441593

NAWAITU juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Sejadah Keluarga Pilihan Pa&Ma.

5) Berikan pujian

Berilah anak pujian untuk setiap usaha yang dia lakukan walau hanya solat 1 rakaat sahaja. Pujian sebenarnya memberi kesan motivasi yang sangat besar pada diri anak. Bila mereka termotivasi, dengan sendiri mereka akan solat tanpa disuruh suruh.

6) Bersabar

Nak mengajar anak cinta solat semuanya mengambil masa. Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan istiqamah dalam mendidik anak agar cinta kepada solat.

Jadikanlah rumah kita sebagai sekolah ibadah pertama anak-anak. Sesungguhnya solat akan mencegah kita dari kemungkaran. Apa yang penting terapkan disiplin, dengan izin Allah perlahan-lahan anak akan memahaminya.

Published by
Wan Amy